Mesyuarat Yang Menyakitkan Hati
Aku datang bengkel lagi 15 minit nak pukul 10 pagi. Sampai sahaja, ayah ngan Shah tak naik atas. Datang ke main awal dah tu duduk bawah apa hal pula. Hari ni mak bapa tak ramai datang, yang datang pun muka yang sama saja. Agenda untuk mesyuarat kali ni adalah tentang : - 1) Yuran kenderaan dan kos penyelenggaraan akan dinaikkan. Dengar cerita dalam dari RM80 naik ke RM 120 atau RM 150. Mak bapa nak tak nak kena bayar nak buat macam mana. Yuran makan pula mula bulan lepas dinaikkan dari RM60 ke RM65. Cakap pasal yuran cerita bab JKMla, PDKla macam biasa duk kutuk. Kutuk orang bukan dapat apa pun. Buat apa nak harapkan PDK bagi buat lawatan kat tempat dia, pergila sendiri tengok cara mereka. Ini tak....2) Yuran bulanan, ibu bapa kena bayar yuran sebelum tarikh yang di tetapkan dan duit makan tak akan digunakan untuk bayar duit kos penyelenggaraan, KWSP dan SOCSO. 3). Lesen pendaftaran bengkel tak setel-setel lagi. Kata orang tua tu tunggu lagi 3 bulan tak ada apa-apa reaction juga tutuplah bengkel. Cakap saja orang tua tu, macam bulan lepas patut expired date 26/9 bengkel kena tutup katanya tak tutup-tutup juga. Bila aku cakap tau pula diam. Orang suka cakap putar belit camtulah. Ada juga En. Imran minta siapa-siapa ibu bapa ada buat perniagaan tolong pelatih bekerja sementara. Lepas tu nak bercadang buat persatuan sediri pula untuk OKU. Nak pergi PDK dah takut, bukan takut apa takut pelatih tak ada kerja kat sana dengan duit bantuan RM 350 dah tak dapat. 4). Aktiviti tahunan main bowling lagi, macam dah tak ada aktiviti lain dah nak buat. Aku memang tak minat main bowling. Nak buat aktiviti bowling mula-mula kat Dewan Ocean Bowl Manjung (belakang Aeon), lepas tu tengok bayaran mahal buat kat tempat tahun lepas kat Kampung Koh, Sitiawan. Mulanya nak buat 24/12, aku cakaplah yang aku tak ada balik kampung seminggu dan nak habiskan cuti tahun. akhirnya buat pada 17/12 nanti, malas gila aku nak join. Lepas tu bercadang lagi nak buat Hari Keluarga pula 28/1 tahun depan buat kat Teluk Batik...Dan yang terakhir, aku dah agak dan memang tak disangka-sangka. Orang tua gampang tu ungkit pasal kes yang aku buat kat Yana, Adibah, Am dan sesetengah budak lain. Dia aibkan aku habis-habisan kat En. Imran, isteri dia, ayah dan En. Khairuddin. Katanya nak nasihatkan aku bagai, pala jubolah kau orang tua!!! Eh! kau pergi mati cepat, dasar tak tau dek untung tak sedar diri!!! Memang malu gilalah. Kau cakap dengan mak bapak pun tak betul!! Kalau kau tak puas hati cakap saja dengan aku tak payah nak cakap dengan bapak aku!! Yang ayah pula back up orang tua gampang tu walhal dia kat rumah pukul dan marah Shah. Nak tunjuk baik tapi diri sendiri pun tak betul. Ini pun 2 x 5 juga sama saja. Apasal masa kau tengking aku depan budak kau tak cerita sekali dengan mak bapak?! Sebab tu aku tak nak datang mesyuarat. 2 kali mesyuarat berturut-turut hentam aku depan mak bapak siapa tak sakit hati!! From now on, apa-apa event kat sekolah bengkel kena terlibat atau di bengkel aku nak 'lari' juga ataupun cari alasan tak datang. Biar orang tua gampang tu handle sendiri. Lepas tu pelatih aku tak akan layan sangat macam dulu-dulu. Layan pelatih macam budak tadika. Kalau diaorang buat hal aku buat bodoh, aku cakap dengan budak pun pasal kerja saja. Orang tua gampang pun macam tu juga, aku cakap benda yang penting saja. Dia tanya sepatah aku jawab sepatah, enough! Aku nak tengok muka si orang tua gampang pun naik meluat benci membuak-buak!!! Sebab tu sebelum balik aku ke belakang buat kerja, aku cukup tak suka tengok muka dia.
Ulasan