Aktiviti bersama Saudara Maraku

Pukul 8 pagi, Ibu ajak Azrul ke kebun pagi ni minta tolong dia dan ibu suruh aku bawa Cik Nab, Atok, Aiman dan Cik Lan jalan-jalan ke teluk batik dan Lumut. Yang Cik Nab pula kata pergila sekalilah semua. Cik Nab pun nak ke kebun juga nak tengok rupa mana kebunnya. Sampai sahaja kebun, semua pakat kagum dengan kebun ibu. Ibu suruh aku ambil buluh pakai troli, mana boleh lagi jatuh adalah mana taknya buluh panjang-panjang. Aku ajak Iwan pergi sekali, disuruhnya ambil sendiri pakai troli. Cakap orang tak caya tak boleh akhirnya Cik Lan tolong aku dan Iwan. Azrul ibu suruh dia meracun pokok. Aku dengan Cik Nab sempat tanam anak pokok yang belum tertanam lagi. Agak meriah jugalah kat kebun bawa sedara mara datang tengok.


Abang Wan

Ibu sibuk nak sembur racun pada pokok cili

Atok dan Aiman

Saja tangkap gambar Cik Nab curi-curi hu3x....

Aku, Azrul dan Abang Wan

Selesai dalam pukul 11 pagi, cepat sikit dari biasa pasal ibu nak meracun sahaja hari ni. Terus kami ke Taman Paya Bakau, jalan-jalan sambil tengok gelagat monyet-monyet.


Abang Wan dan Ibu

Pakat penat, tak larat nak berjalan lagi hu3x :P

Comelnyaaa....;)

Dalam pukul 12 tengahari, kami ke Teluk Batik pula kata atok nak belikan cenderahati buat cucunya Danish, Daniel dan Darwish (anak-anak Mak Su). Ingat nak berjalan-jalan tepi laut tapi disebabkan orang ramai sangat hari minggu dan musim cuti tak jadilah pergi. Cuma belikan cenderahati sahaja, ibu dan Cik Lan tak ikut tunggu dalam kereta itu pun parking sesak sangat. Aku, atok dan Cik Nab sempat cuci mata tengok baju-baju. Atok belikan cucunya t-shirt Teluk Batik. Dan aku sempat juga beli satay ikan kegemaranku. Habis shopping, kami balik masing-masing dah keletihan. Ibu cadang nak bawa Cik Nab sekeluarga dan atok mandi sungai kat Beruas esok, tapi Cik Nab pula nak balik esok juga sebab hari rabu Cik Nab kena balik JB esoknya dah mula kerja balik. Malam, aku ikut Cik Nab sekeluarga pergi Giant beli selipar si Aiman dan Azrul nak beli katanya. Dah sampai Giant tak jadi beli pula, sempat aku ikut Cik Nab pergi cucuk duit saja temankan. Lepas tu kami pergi aksesori handfhone. sempat aku beli cover handfhone. Selesai membeli, lepak kedai mamak mengeteh pula kat tempat semalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)