Hari Ketiga Tanpa Pelatih Dan Pentadbir

Ting Hong Aun datang bengkel minta aku belanja tak habis-habis. Kopak duit aku macam ni =( Dia juga nak temankan aku, malkumlah cikgu dia ni tinggal sorang saja kat bengkel. Akhirnya, aku ajak dia makan KFC kt Tesco aku belanja tengahari nanti. Kebetulan aku tak makan pagi ni dan cadang memang nak makan kat luar. Sementara tunggu tengahari aku siapkan alas kaki pula hari ni. Minggu ni buat alas kaki. Pukul 12.30 tengahari, aku dan Ting pergi Tesco. Aku nak pergi sana memang tak ada masalah sangat tapi si Ting tu risau juga aku dahlah dia bawa basikal dengan Tesco kat seberang jalan lagi kereta pun lalu lalang. Sampai Tesco aku tengok dia tak datang-datang lagi. Tapi alhamdulillah nasib baik dia selamat sampai. Ting cakap yang aku tak payah belanja dia sebab dalam beg dia ada RM100 jadi dia belanja aku pula. Nasib baik tapi apa-apa pun aku akan belanja dia balik. Kami memang macam ni, kalau dia belanja aku, aku akan belanja dia balik. Kalau aku belanja aku, dia akan belanja aku balik. Aku pesan snak plate 1 set, nasi dengan ayam 1 set. Puas hati aku tengok dia makan =P Lepas kami makan, masih ada masa lagi aku ajak dia berjalan-jalan kat dalam pusat beli-belah Tesco. Sempat beli jajan sikit =) Ting jumpa aunty mana entah, kata Ting aunty tu marah cakap kenapa jalan sampai ke sini? Ting cakap dia ikut bos jalan. Pandai saja kata aku bos dia =D Lepas jalan-jalan kat dalam tu, aku ajak Ting duduk kat kerusi urut. Sedap saja badan kena urut dek kerusi urut tu. Selesai mengurut, ajak jalan kat bahagian bawah lepas tu baru balik. Itu pun bukan terus ke bengkel, aku singgah Butik Awenda nak beli anak tudung. Lupa nak beli hari tu, minta Ting temankan. Dah puas berjalan dengan aku baru ingat nak balik pula. Aku macam biasa sambung balik buat alas kaki sampai ke petang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)