Melawat Adik Ipar Bersalin
Pukul 8 pagi, aku dan ibu dah bergerak ke Ipoh nak ambil Cik Nab, atok dan melawat bini adik aku no 2 bersalin. Kami tak sempat nak sarap jadi beli kuih sahaja. Pukul 10 pagi, kami dah sampai Ipoh dan hampir nak ke rumah adik aku no 2 tu. Sempat juga makan dulu kat sebuah gerai makan, kata ibu kat situ mi kari dia sedap tapi orang yang buat mi kari pula tak ada hari ni. Tak ada rezeki ibu nak makan mi kari tu. Lepas tu kami ke rumah adik aku yang no 2 tu. Masa telefon adik aku tu ibu kata kat rumah mak mertua dia ada kakak ipar saja. Ibu bila dah jumpa cucu dia mulalah nak peluk cium bagai, rindu sangatlah tu gamaknya. Bini adik aku no 2 tu tak balik lagi masih di hospital. Pukul 11 pagi, adik aku nak pergi ambil bini dia bawa balik. Bini dia dah boleh keluar hospital dan ibu pula ajak aku ambil Cik Nak dan atok. Mereka tak tahu jalan nak ke rumah adik aku no 2 tu. Agak 2 jam jugalah kami tunggu Cik Nab kat tepi jalan, sampai aku kena bising dengan ibu pasal aku lupa tutup pintu belakang. Macam biasalah bila kena marah aku dihina macam-macam. Sabar saja aku....=< Akhirnya, kami tunggu kat depan gerai makan yang pagi tadi. Barulah Cik Nab dapat jumpa kami. Tak sangka yang ada Azrul, Aiman, Cik Lan dan Atok. Azrul tu dah habis semester minta Cik Nab dan Cik Lan ambil barang dia. Sebelum ibu bawa mereka ke rumah adik aku no 2, ajak makan tengahari kat gerai makan yang sama. Aku tak ada mood nak makan, lauk tak sedap. Selesai makan tengahari terus gerak pergi melawat bini adik aku no 2. Sampai rumah bini dia dah balik dengan bawa baby baru. Adik aku dapat anak lelaki. Kiranya dia dah ada anak 2 orang yang sulung perempuan. Ibu ada tanya nama budak tu. Kata menantu ibu tu, Mohd Danish. Danish lagi? Anak mak usu pun Danish. Kata ibu, balik-balik situ juga namanya. Sempatlah juga aku tengok anak buah baru. Ibu pula sempat berposing dengan cucu barunya, termasuk atok. Seronoklah atok cicit dah 3 orang. Pukul 3 petang, baru kami balik. Sebelum balik aku adalah bagi duit sikit kat 2 orang anak buah aku tu. Itulah buat pertama kali aku bagi duit kat anak buah. Dalam perjalanan, mujur tak hujan cuma nampak mendung saja. Sampai rumah pun dalam pukul 6 petang. Ibu suruh aku pasangkan sarung bantal. Aiman, Azrul dan Cik Lan tidur bilik depan. Cik Nab dan Atok tidur bilik no 3. Pukul 9 malam, kami keluar berjalan lagi. Mula-mula pergi laundry service basuh baju. Kemudian, mengeteh kejap kat kedai mamak. Selesai mengeteh, baru bawa Cik Nab, atok, Cik Lan, Aiman dan Azrul ke Lumut jalan-jalan kat pekan Lumut. Kebetulan pula malam ni hujan, Lumut pula sesak gila pasal ada buat Festival Thai Food sebelah Jetty Lumut. Ingat naklah turun jalan-jalan tepi laut dah jadi macam ni terus balik. Nak parking pun payah. Pukul 12 tengah malam, aku sibuk kemas beg untuk balik kampung Isnin nanti. Tak sabar aku nak balik kampung mana taknya balik naik kereta Cik Nab. Ibu balik lambat hari Rabu baru balik kampung.
Sebelum balik Manjung, sempat kami pekana sate di Bota. Seronok sangat makan ramai-ramai = ) Mula-mula sampai memang ramai gila orang beratur. Ikutkan nak bungkus makan kat rumah saja, mujur ada 1 gerai char kue tiaw tu bagi makan kat kedai dia. Apa lagi kami makanlah kat situ. Yang mana nak makan char kue tiaw order, sementara tunggu sate sampai. Malam kami tak makan, masing-masing pakat kekenyangan sate.



Ulasan