Sepanjang Ketiadaan Pelatih Dan Pentadbir
19/12 - Sepatutnya hari ni aku tak terus pergi bengkel, pergi Bank BSN, Lumut untuk bank-in duit peruntukan pelatih tapi terlupa nak bawa balik duit tu masa hari sabtu terpaksa pergi bengkel juga. Pukul 10 pagi, baru aku gerak pergi Lumut. Minggu ni aku kena siapkan kerja-kerja sebelum aku bercuti balik kampung. Tak sabar rasanya. Petang, aku ingat nak terus transfer dalam account pelatih baru nak buka lappy aku tak boleh nak on pula. Ah! sudah apahal pula ni? Susah hati aku masa macam nilah nak buat hal. Terpaksa balik pula ambil charger Notebook, entah macam mana aku tak tengok terambil yang charger cucuk kat lappy. Lubang dia tak sama. Terpaksalah buat esok sahaja.
20/12 - Hari ni aku bawa Notebook sekali dengan charger dia. Aku try buka lappy pakai charger yang cucuk kat plug baru boleh. Sah! charger lappy aku yang rosak. Lepas tu terus aku buat transfer duit peruntukan pelatih. Settle, aku buat memo yuran pelatih pula. Tengahari, aku tidur kejap mengantuk gila. Tengah sedap tidur ada orang datang pula, adooiii kacau betul rupa-rupanya orang nak baiki paip air. Aku suruh dia datang minggu depan saja sebab minggu ni orang tua tu tak ada.
21/12 - Pukul 10 pagi, aku keluar pergi Public Bank pula nak settlekan KWSP online untuk pelatih (pakai personal account). Aku tanya kat customer service katanya kalau nak buat KWSP online tak boleh pakai personal account kena pakai account majikan juga. Tapi hari tu tanya dengan KWSP, kalau nak pakai majikan punya account ambil masa 2, 3 minggu baru dapat ID dan Password itu pun bergantung pada bank. Masalah juga tu...Aku balik ke bengkel terus telefon orang tua tu, telefon bengkel pula buat hal tak ada line. Masalah betullah! Terpaksa telefon pakai handfhone. Mula-mula orang tua tu tak angkat hari tu dia juga cakap kalau ada perkara penting bagitahu ni bila ada hal penting tak angkat pula. Lepas 2, 3 kali telefon baru angkat, aku pun cakaplah pasal KWSP online dan hal semalam. Kata orang tua tu hal KWSP tu lepas habis cuti baru bincang. Kemudian telefon En. Munisamy pula untuk claim payment. Aku siapkan bill book. Aku balik awal hari ni pukul 3 petang nak pergi TGV layan movie Maona. Mujur tak jumpa En. Munisamy atau sesiapa di Aeon, kalau tak mampos aku kantoi. Malam, aku dan ibu layan cerita hindustan Mann. Bilik dan ruang tamu entah bila nak kemas lagi 2 hari Cik Nab dan atok nak datang. Tak sabar aku.
22/12 - Pagi-pagi buta ibu whatsapp aku bagitahu yang menantunya dah selamat bersalin anak lelaki. Semasa nak bersiap pergi kerja aku tengok ayah dan Iwan bangun awal, aku agak mereka nak pergi melawat menantunya. Pukul 10 pagi, aku berurusan dengan En. Munisamy. Lepas berurusan dengan dia, terus aku pergi bank keluarkan duit. Mujur tak ada apa-apa masalah. Lepas tu selesaikan bil elektrik kat Pejabat Pos Sitiawan. Jarang sangat aku Pejabat Pos Sitiawan, biasa pergi Pejabat Pos Manjung. Selesai, sempat pergi makan tengahari kedai makan melayu baru buka, SJS Restoran. Lauknya tak banyak pilihan, tapi okla ada kedai makan melayu tak adalah asyik beli kat mamak saja. Jemu dah 1 hal mahal pula tu. Pukul 2 petang, aku siapkan buku report sambil menonton movie. Malas pula nak buat buku report dah 3 bulan aku tak buat. Entah macam mana ada seorang uncle datang bengkel, rupa-rupanya dia bakal ambil alih tempat En. Khaw, En. Leong. Katanya dia dari Lions Club, Dato Yeoh suruh dia ambil alih dan dia juga bendahari Sekolah Semangat Maju Sitiawan. Macam-macam dia tanya pasal bengkel dan jualan. Nampak orangnya macam ok saja. Petang, ibu cerita pasal kes ayah ajak dia melawat menantunya lepas bersalin. Kata ibu dia mana boleh pergi hari ni dia kerja. Malam, aku tolong ibu kemas bilik tengah dan belakang (rumah ibu). Letih gila...(-o-)
Ulasan