Hari Pertama Tanpa Pelatih Dan Pentadbir
Seminggu ni milik aku. Pasal apa? Pasal aku bebas!! = D Macam ni baru tak stress, ayah dengan Shah balik kampung hari ahad baru balik. Pelatih pula diberi cuti seminggu dan orang tua gampang tu plak habiskan cuti tahun. Elok kau cuti selama-lamanya pun tak apa aman dunia...>:( Aku datang lambat sikit ke bengkel, datang awal-awal buat apa bukan ada siapa pun. Sampai bengkel aku standby Cash Book mana tau ada ibu bapa pelatih nak bayar yuran. Pukul 9.30 pagi En. Khairuddin datang nak bayar yuran Khairunnisa. Selang beberapa minit orang Avimor pula datang macam biasa minta cop dan tandatangan gaji Ting. Selesai semua, aku ke tandas tengok ada kain buruk dalam baldi. Allah! lupa nak basuh hari rabu, maka dengan segera aku basuhlah kain. Kalau busuk susah juga. Tengah syok basuh baju kat bilik air, entah macam mana Marina datang pula. Dia datang nak bagi balik keychain yang dia ambik minta tolong jualkan. Rupa-rupanya dia dah nak pindah ke Tanjung Pengelih, JB sebab suami dia dapat kat sana. Sempat kami menyembang kejap...Kejaplah sangat sampai pukul 12 tengahari. Lepas dia balik bergegas aku sambung basuh kain yang tergendala. Selesai basuh dan sidai, pukul 12.30 tengahari terus aku pergi makan kat Secret Receipi. Dah lama tak makan kat situ. Aku ambil yang set launch punya ada offer, Fried Rice With Satay And Ice Tea baru RM 17.90. Lepas makan, pukul 1.30 petang pergi Econsave beli barang keperluan sabun Dettol dan Lipbalm Mathelathom. Selesai beli terus balik bengkel jahit sarung kotak tisu sambil menonton movie.
Ulasan