Puasa Hari Ke-14

Pukul 12.40 tengah malam, cinta hati whatsapp minta share kreadit dengan dia. Aku cakap kreadit pun sikit, tak kuasa aku nak share kreadit dengan dia. Aku ingatkan dia dah tidur. Katanya belum nak tidur lagi tengah makan, cinta hati tanya aku dah habis tengok cerita ke? Tengah malam makan? Aku jawaplah dah habis main game kejap tadi lepas tu dengar lagu pula sebelum tidur. Dia cakap aku sibuk sangat. Aku taklah sibuk sangat hanya nak luangkan masa tak adalah bosan sangat. Cinta hati kata luangkan masa? Ni dah subuh, bukan  pagi nak luangkan masa. Dia dah mula dah nak bising...Aku cakaplah nak luangkan masa pagi dan petang tak boleh sebab kerja jadi malamlah sajalah. Ada ke patut cinta hati aku kata dah macam kelawar...Aku memang macam ni sejak belajar dulu. Cinta hati suruh aku kurangkan nanti aku akan jadi macam ni berterusan, dia ingatkan balik yang aku ada darah tinggi sebab tidur tak teraturlah sebabnya. Aku balaslah iyalah dan bukan selalu. Kata cinta hati, bukan selalu? Dia dah jadi boyfriend aku dekat sebulan lebih dah tak pernah dia tengok aku tidur awal, paling awal pun pukul 2 pagi. Ai...macam tau-tau saja kan dah kantoi :P Cinta hati kata dia tu walau tak selalu whatsapp aku dia tahu dan minta aku tolong sangat berubah...bahayalah...cakap nak sihat...dia tak apalah sebab kerja punya hal dia jadi macam ni.  Amboiii...cakap orang pandai, yang dia apa cerita pula? Tengok salah orang pandai, salah sendiri tak nampak. Menyampah pula aku...Dia dah berleter kat aku, terus aku offline whatsapp. Buat sakit hati saja! Sahur pukul 4 pagi, aku baru online whatsapp tengok dia ada balas tapi aku tak balas langsung whatsapp dia. Pukul 8 pagi baru aku balas, itu pun aku cover line kata aku mengantuk sangat dan minta maaf. Kalau tak, mau dia merajuk atau marah aku. Pukul 9 pagi, aku siapkan yuran Yana. Lepas tu, ingat nak mop lantai tak sempat nampak gayanya. Hari ni dah 3 kali aku cirit birit sakit perut, entah apa aku makan tak taulah. Sahur tadi aku makan pengat pisang saja. Pukul 10 pagi, aku dan Ting pergi Econsave beli barang sikit. Lepas balik dari Econsave, aku ke Manjung pula fotostat surat perakuan pendaftaran bengkel dan isi minyak motor aku. Masa aku isi minyak motor ibu whatsapp, aku ingat cinta hati. Kata ibu dia suruh aku balik awal hari ni dia ada order COD pukul 5 petang, ibu order nasi ambeng. Pula dah...Aku tengok cinta hati offline whatsapp pukul 10 pagi sampai ke petang tak online. Apa dia buat? Dalam perjalanan pergi Perak ke? Ke nak lari dari aku? Whatsapp aku pagi tadi pun tak balas...Pukul 3.30 petang, aku whatsapp cinta hati tanya dia kat mana?Jadi datang tak? Pukul 4.20 petang, baru balas katanya jadi. Aku tanya dianya kat mana? OK tak ni? Dia kata ok dan mengantuk. Aku tanya kat mana tak dijawapnya? Cara dia macam nak memperbodohkan aku tau...Pukul 4.45 petang, baru aku balik selepas aku selesai buat blogger. Merempit aku, dah lambat sangat. Sampai rumah mujur ibu tak pergi kebun lagi, ibu suruh aku tunggu orang COD ibu ada bagi aku duit. Tunggu punya tunggu dah pukul 5.30 petang tak datang-datang pun. Apa ni? Aku ni dahlah nak solat Asar lagi. Yang orang COD ni pun dah 1 hal, janji nak hantar pukul 5 datanglah! Pukul 6.30 petang, baru nak datang. Sampah betul! Macam ni berniaga?! Pukul 7.15 petang cinta hati whatsapp ucap selamat berbuka puasa dan katanya lepas berbuka baru dia dalam perjalanan. Maknanya dia masih kat Shah Alam lagi...Ni pun lagi satu hal, baru nak cakap sekarang...Pukul 10 malam, mata aku rasa mengantuk sangat. Akhirnya aku tidur sajalah. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)