Puasa Hari Ke-27

Pagi-pagi bapa khairunnisa nak bayar yuran. Awal gila...Aku minta dia bayar lepas aku cuti raya, sebab hari ni aku sibuk nak keluar ke bank BSN dan balik awal pukul 1 tengahari. Semalam ibu pesan ambil kerja separuh hari sebab nak beli barang. Pukul 10 pagi, aku dan ayah pergi BSN Lumut nak setelkan password account bank aku. Aku harap tak ada apa-apa masalah lagi. Sampai kt BSN Lumut, aku masukkan no. password tak boleh. Buat kali ke dua tak boleh juga. Aku dah susah hati. Ayah panggil abang polis yang jaga tanya kat dia. Abang polis tu ajar dan aku cuba lagi tapi kali ni password aku terbalikkan. Alhamdulillah...dah boleh buka account aku. Lega sangat-sangat. Apalagi terus aku cash deposit duit peruntukan pelatih dalam account aku. Lepas tu, baru aku balik bengkel ayah yang hantarkan sebab pergi naik motor dengan dia. Sampai bengkel terus aku online BSN banking internet. Selesai kerja-kerja aku, Pukul 12.30 tengahari, aku kemas barang-barang bagai. Pukul 1 tengahari, baru aku balik rumah. Ibu kata petang baru pergi beli barang, sebab pukul 3 ibu tunggu orang hantar ikan. Sempat aku main whatsapp engan cinta hati, aku bagitahu aktiviti petang ni. Lepas tu aku tidurla sekejap. Pukul 4.30 petang, aku dan ibu pergi kedai Pet Shop kat Top Pet Sitiawan hantar Lily. Sampai sana, Lily dah mula buat perangai makin agresif pula nak pula bila kena cucuk vaksin dan bagi ubat cacing. Selesai buat pembayaran untuk tinggalkan Lily di bawah jagaan pet Shop, aku pergi beli barang dengan ibu. Kami pergi beli beg balik kampung dulu yang ada roda, ibu panggil beg 360 darjah. Aku berkenan beg yang gambar Pooh tapi ibu kata besar sangatlah pula. Ibu ajak pergi tengok kedai lain dulu. Pergi kedai Shin Chaw, tak ada beg 360 darjah pula akhirnya ibu beli kasut sukan pula. Lain nak beli. lain pula beli. Sempat lagi menyembang dengan pekerja Sabahan. Lepas tu dah tak ada pilihan, ibu ajak pergi kedai yang mula-mula pergi balik, dapatlah aku beli beg balik kampung warna coklat. Alhamdulillah dapat juga beg balik kampung yang baru...Beg yang lama dah koyak. Sebelum tu, aku dan ibu sempat tengok beg tangan pula dan kami pun beli seorang satu. Mujur aku cucuk duit lebih sikit semalam. Pukul 6 petang, ibu hantar aku balik, lepas tu terus dia ke kebun dan aku keluar balik nak beli tudung. Aku pergi kedai kat area Rapid, sampai sana tak banyak tudung yang jual sikit sangat. Akhirnya pergila kedai Aweenda kat luar Rapid. Kali ni aku ada bawa kain baju lebihan yang ibu potong. Pening juga nak buat pilihan tudung yang sesuai dengan jubah raya aku ni. Aku ingat nak beli tudung kelabu tapi budak jaga kedai kata dah habis stock untuk shawl dan instant shawl yang tinggal warna coklat muda sahaja tapi matching jugalah. Aku bajet sempatlah nak pergi bazaar kejap sebelum habis Ramadhan tapi tak sempat jam dah pukul 7 petang. Aku pun terus balik sajalah. Malam, aku sibuk sangat lipat baju dan packing baju sebab lepas sahur esok terus gerak balik kampung. Pukul 11 malam, baru aku online whatsapp. Aku tengok cinta hati ada whatsapp aku katanya tak keluar ke? Nak keluar apanya aku sibuk packing baju...Takut no aku terserempak dengan dia...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)