Puasa Hari Ke-15
Pukul 4 pagi, baru aku bangun untuk sahur. Aku tengok cinta hati ada whatasapp pukul 2.25 pagi, dia panggil aku katanya dia dah sampai tadi dia tidur hotel. Katanya lagi bila nak jumpa? Aku balaslah minta maaf sebab tertidur, aku tanya dia kalau petang macam mana? Aku tak lupa kejut dia bagun sahur. Aku ke dapur panaskan sup dan lauk sotong. Aku sahur sayur dengan lauk sotong saja. Aku tengok cinta hati tak balas-balas lagi online pun tak. Aku cuba call dia takut dia terlajak sahur pula. Tak angkat pula mamat ni...tido mati apa, penat sangat baru sampai kot. Lepas sahur aku tak tidur balik, main game kejap. Masa main game mata rasa mengantuk balik. Pukul 6 pagi, aku mandi dan solat subuh. Jarang aku solat subuh...aku hamba yang berdosa Ya Allah :( Lepas solat subuh tidur balik. Sedar-sedar dah pukul 8.55 pagi ah! sudah! Dah terlajak pula. Aku tengok whatsapp cinta hati ada online pukul 7.40 pagi tadi. Sakit hati betul mamat nila, bukan nak balas whatsapp. Apa dia buat entah...Kat bengkel aku balik lambat, malas pula nak balik awal tidur kat bengkel lagi best. Sempatlah solat zohor dan asar kat bengkel. Aku tengok whatsapp cinta hati tak juga-juga online, last dia online pun pagi tadi. Nampak sangat tak jadi jumpa lagi. Pukul 4 petang, aku whatsapp cinta hati walaupun dia tak online. Aku punya bising kat dia tanya nak jumpa ke tak nak? Cakap nak jumpa hari ni? Cakap saja aku ni bagi harapanlah dah berjanjilah tapi tak tunaikan yang dia lagi teruk senyap tak whatsapp bagitahu apa pun! Lain kali nak tengok salah orang tengok salah sendiri dulu! Angin betul aku! Apa punya boyfriend entahlah aku...Lepas tu aku offline whatsapp sampai pukul 12 tengah malam. Hari ni aku malas nak pergi bazar hari ni, tak ada mood.
Ulasan