Puasa Hari Ke 17

Pukul 12 tengah malam, cinta hati whatsapp suruh aku call dia pagi-pagi dan cakap jumpa kat tempat kerja aku. Aku manalah kerja...kan Perak cuti Nuzul Quran. Lupalah tu, buat apa susah payah jumpa kat sana? Aku tak bangun sahur hari ni tapi bangun awal pukul 8 pagi. Aku keluar bilik saja tengok ibu tak ada. Pergi kebunlah tu...Ibu ada whatsapp aku, dia ada tinggal duit untuk beli pasir, rantai kucing, tanya kedai pet berapa harga kalau tinggalkan kucing dan beli ikan untuk Lily. Sebab kami balik raya nanti tak bawa dia. Aku sidai baju dulu. Kemudian baru mandi, sebelum mandi aku tengok whatsapp cinta hati ada online tak? Ada online, lepas mandilah baru call. Selesai mandi dan bersiap aku call cinta hati tapi dia tak angkat pula. Puas aku call dia tak juga di angkatnya. Aku dah mula sakit hati dengan dia. Semalam bukan main suruh aku call dia, bila call tak diangkat pula. Pukul 10 pagi, aku gerak pergi kedai Top Pet kat Sitiawan. Sampai sana, aku tengok rabbit dulu comel betul. Lepas tu masuk kedai, ambil pasir kucing dan pilih rantai kucing. Tak ada yang berkenanlah pula. Aku tanya orang kedai tu berapa sehari kalau tinggalkan kucing? Katanya sehari RM10.60. Dan aku tanya bagi makanan basah ke kering? Katanya dua-dua ada bagi. Aku tanya lagi, ada mandikan kucing tak? Katanya lagi, ada tapi harga lain lah, RM36 mandi sekali, bersihkan telinga dan sebagainya. Dah puas aku tanya, lepas bayar. Aku masukkan pasir dalam bonet motor. Nasib baik muat dahlah berat pasir kucing tu. Sempat aku tengok rantai loceng kucing nak beli untuk Lily. Satu pun tak ada yang berkenan. Sebelum balik aku cuba call cinta hati lagi tapi...masih sama tak angkat phone. Aku betul-betul fed up dengan perangai dia. Aku pergi kedai haiwan lain pula kat area Manjung. Kedai haiwan kat Manjung mahal pula kalau tinggalkan Lily kat situ. Rantai loceng pun tak banyak pilihan, nak buat macam mana takkan aku nak patah balik pula pergi ke Top Pet jadi aku pun beli sajalah warna hijau muda untuk Lily. Kemudian baru aku pergi Billion beli ikan untuk Lily pula. Sampai rumah, aku terus ke bilik untuk tenangkan fikiran. Bila aku terkenangkan apa yang cinta hati dah buat kat aku, aku menangis sepuas-puasnya. Sakitnya hati, kecewanya aku hanya Allah SWT sahaja yang tau. Kenapa lelaki selalu buat aku macam ni?? Pukul 2 petang, aku solat zohor. Masa berdoa aku menangis, masa mengaji pun aku menangis tak henti-henti. Aku bermohon supaya Allah memberi aku ketenangan dan kesabaran. Sampai tengah malam cinta hati tak online langsung whatsapp dia, aku pun malas nak ambil tahu....Rasa macam nak minta putus pun ada...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)