Puasa Hari Ke-8
Cinta hati suruh aku call dia katanya dia rindukan aku. Baru dia tau azab rindu, aku pun rindu sangat kat dia. Pukul 12.20 tengah malam, aku whatsapp cinta hati bagitahu dia dah sampai ke? Cinta hati kata dalam perjalanan. Lepas tu dia minta gambar aku sekarang. Aku pun bagilah. Aku siap pesan kat dia jangan bagi kawan-kawan dia tengok malulah aku. Kata cinta hati dia tak pernah bagi orang lain pegang handphone dia. Pukul 1.25 pagi, Cinta hati suruh call. Aku pun call lah dia. Bila cinta hati angkat phone saja, dengar suara dia aku rasa seronok sangat. Rasa bahagia dan rindu tu hanya Allah SWT saja yang tau. Kami berborak sambil bergurau senda, Cinta hati lebih banyak cakap berbanding aku. Ada saja benda yang nak diceritakan. Cinta hati ada bagitahu yang dia dah 2 tahun tak balik kampung. Aku pun cakaplah cubalah minta cuti kat pegawai atasan. Katanya kawan dia dah minta tak boleh juga, yang pangkat rendah ke tinggi kena kerja juga. Aku dah faham sangat, memang polis tak boleh nak cuti nak pula masa nak raya ni. Lepas tu, mengadu yang dia letih pula. Dia kat Sarawak tu training menembak, buat pemasangan pistol dan senapang. Aku dengar pun macam best saja aktiviti tu. Cinta hati juga luahkan rasa tak puas hati dengan kapten yang mengajar menembak, mana taknya suruh pasang senapang dalam masa 1 minit...Katanya lagi kalau pasang pistol dalam 1 minit tu logikla juga, ni senapang banyak part nak kena pasang. Dasyat betul...Cinta hati ada juga bagitahu kemungkinan dia akan ke Perlis pula. Ermmm...lagi kena tinggal. Asyik ke sana sini saja...:( Makin rindulah jawapnya...Dah call cinta hati terubat sikit rasa rindu tu, happy tu tak tau nak cakap macam mana dah. Lenalah sikit nak tidur malam ni :P Pukul 4.30 pagi, cinta hati whatsapp tanya aku dah tidur ke? Dia terbangun pasal sakit-sakit badan. Aku tanya dah sahur ke? Katanya minum air kosong saja. Sempat ingatkan kat aku untuk bank-in duit. Aku pun ya kan sajalah. Aku rasa macam berat nak bagi dia pinjam lagi duit. Aku ingat nak pakai duit air kotak bengkel saja nanti aku bayar balik. Apa nak buat dapat boyfriend semedang tak ada duit. Sebelum tu, ayah ada masuk bilik aku nak kejutkan bangun sahur dimarahnya aku pasal tak tutup alarm jam. Orang tua ni betul-betul buat aku terkejut, ingat siapalah masuk bilik aku. Kebetulan aku tidur pasang lagu kat earphone mana nak dengar. Aku ingat dah off dah. Akhirnya aku tak boleh nak tidur balik, bangun main game kejap. Lagi sekali orang tua tu masuk bilik aku tanya tak sahur ke? Aku cakaplah tak. Lepas tu, tanya kenapa tak nak sahur? Suka hati akulah nak sahur ke tak nak, sibuk betul macam aku ni budak kecik pula. Taulah nak sahur ke tak nak. Bengang punya pasal, aku turun pergi rumah sebelah yang dia suruh aku goreng telur lauk tak ada. Aku bukan nak makan naik tingkat atas rumah ibu pergi bilik depan sambung tidur. Menyakitkan hati saja bulan puasa ni! Pukul 8 pagi, aku bersiap pergi kerja. Ikutkan hari ni aku cuti tapi nak ganti untuk cuti raya kerja juga. Masa nak pergi kerja, orang tua tu sedap mengangkang dengan kain pelekatnya elok sangatlah tidur macam tu, meluat aku! Sampai bengkel, aku isi borang cuti tahun dan terus online blog. Aku ingat nak keluar pukul 11 pagi, pergi bank in duit kat cinta hati, tengok wayang lepas tu baru shopping. Sebelum balik pukul 11 pagi, aku pinjam duit air kotak bengkel RM70. Nanti aku gaji aku bayar balik hutang. Hutang bulan lepas aku dah bayar siap dah. Selesai bank in duit kat cinta hati terus whatsapp dia bagitahu. Mesti masa ni dia tengah sibuk training. Aku terus balik rumah dulu nak letak beg bagai, lepas tu jumpa ibu kejap mana tahu ada apa-apa nak beli ke? Ibu tak sihat hari ni demam katanya, minta aku belikan bubur ayam dan beli sedikit kuih muih. Aku shopping kat Giant bulan ini. Tak banyak barang aku beli. Aku ada pergi kat bahagian pakaian lelaki. Ada 1 t-shirt lengan panjang aku dah berkenan pula cantik kalau cinta hati pakai mesti segak. Ingat nak belikan dia sehelai tapi takut tak kena dengan saiz pula. Dibuatnya tak muat kan susah, nak tanya dia sibuk kerja pula. Tak apalah hujung bulan ni aku balik kampung, aku cuba cari kat Johor mana tau ada lagi cantik dari kat Giant tu. Lepas shopping, pergi Aeon pula sementara tunggu movie pukul 2 baru mula. Jalan-jalan kejap. Pukul 2.05 petang, cinta hati whatsapp dia cakap terima kasih kat aku dan kata rasa nak mati. Penat sangatla tu sampai tak larat. Aku suruh dia banyakkan bersabar dan suruh dia rehat. Kata cinta hati dia rehat 10 minit saja, lepas tu kena pasang pistol lagi. Terkejut aku kejapnya rehat, baik tak payah rehat macam tu. Aku ada masuk kedai Sasa, bahagian minyak wangi berjenama. Aku tengok yang CK punya pun sampai RM200 lebih, RM300 lebih pun ada dasyat betul harga...Hari ni aku tengok movie 'Baywatch', best cerita tu kelakar dan thriller. Sekali tengok Zac Efron terus jadi peminat dia, hensem gila wei!! Pukul 4 petang, aku lepak CC kejap pasal awal sangat bazar pun belum nak buka lagi. Pukul 6 petang, baru pergi beli bubur ayam untuk ibu kat restoran Wau Bulan dan pergi bazar. Hari ni aku dan ibu berbuka bubur ayam dan kuih saja.
My New Favorite Actor


Ulasan