Isnin, 9 April 2018

Perhubungan Berakhir Jua

Pukul 1.05 pagi, Hairee whatsapp lagi marahkan aku. Dia tanya aku whatsapp dengan jantan mana? Lemas aku asyik nak bising dan tuduh saja. Aku main game dan whatsapp dengan Ain itu saja. Hairee siap perli yang dia lupa tak perlu nak cemburu lagi dah. Lepas tu katanya dah banyak kali dia cakap akan bertanggungjawab sebab dah 'bersama' dengan aku. Aku kata tak perlu nak bertanggungjawab, kalau aku ada anak dengan dia pun kami tak perlukan dia. Aku boleh jaga sendiri. Hairee tanya pernah ke dia buat sampai dalam. Aku kata dalam tak dalam belakang cerita...kalau benda nak jadi Allah nak bagi, nak kata apa? Aku dah cakap awal-awal dengan dia jadi apa-apa kat aku tinggalkan saja kami. Hairee kata kalau macam tu tak apalah kami putus saja. Pukul 6.55 pagi, Hairee whatsapp bagitahu yang dia datang hari ni dan minta aku bawa barang yang dia bagi termasuk Iphone dan nak 'bersama' dengan aku. Nampaknya dia betul-betul nak berpisah dengan aku. Aku cakap nak berpisah...berpisah sajalah buat apa nak 'bersama' lagi. Hairee kata memang berpisah, 'bersama' dia tetap nak 'bersama' dengan aku. Pagi ni, aku terus ke Sekolah Semangat Maju Sitiawan sebab ada rawatan pergigian. Pukul 9 pagi, baru anak murid sampai itu pun 6 orang saja tumpang kereta bapa Gary. Anak murid yang naik van tak datang lagi. Jadi aku kena uruskan mana anak murid yang datang dulu. Kak Yan sempat puji kata aku dah kurus...sukanya :D Jam dah pukul 9.45 pagi, penyelia masih tak datang dengan anak murid yang lain. Aku call penyelia datang ke tak? Penyelia kata dia datang tapi lambat sikit sebab Chiew Kai Xing buat hal pagi ni tunggu ibubapa ambil dia. Pukul 10 pagi, baru penyelia datang dengan anak murid yang lain. Mana yang dah selesai buat rawatan pergigian tu dah boleh balik. Aku minta Ting temankan aku kejap. Pukul 10.30 pagi, penyelia datang dan suruh aku balik katanya ada orang nak jumpa aku. Siapa pula? Ni mesti Hairee sebab dia kata nak datang hari ni dan tak tau aku kena pergi sekolah. Sampai bengkel, aku duduk kelas atas dulu jaga anak murid. Dahlah bosan, panas pula mengantuk aku dibuatnya. Pukul 11.30 pagi, Ting call cakap dia kat SJS nak ajak aku makan. Aduuhh...dahla aku tengah sesak ni. Aku suruh dia datang bengkel dulu pasal aku tak boleh suka-suka nak keluar makan awal. Aku cakap pukul 12.30 tengahari baru pergi makan. Elok dia datang, tak sampai beberapa minit nak balik dulu agak tengok awal lagi. Pukul 12.45 tengahari aku tunggu Ting tak sampai-sampai bila aku call dia dah pergi makan dulu. Geram betul aku! Agaknya dah kebulur sangat la tu. Pukul 1.45 petang, Hairee call suruh aku bawa selipar dan kepala charger lepas tu hantar ke hotel dia selalu check in tu. Aku pinjamkan kejap selipar Solehah. Aku pergi Hotel Tropicana Inn, sampai kat depan bilik Hairee terus tarik tangan aku. Aku dah boleh agak apa yang dia nak. Hairee nak 'bersama', tapi aku tolak sebab period (hari pertama) lagi pula dah nak pukul 2 petang. Hairee ada cakap dia akan lepaskan aku tapi dalam masa yang sama dia akan jaga aku. Hairee akan tengok aku dari jauh. Katanya, bila aku dah ada bf lain baru dia takkan kacau aku lagi. Masalahnya, aku ni jenis susah nak dapat pengganti dengan si Amy dulu pun lepas berpisah berapa tahun aku single sampailah aku kenal si Hairee ni. Kata Hairee lagi, perpisahan ni hanya percubaan saja. Boleh pula macam tu tak pernah dibuat orang. Aku tau Hairee berat nak lepaskan aku sebenarnya, dia ni payah sikit. Lepas tu Hairee tanya aku ada lelaki lain ke? Aku diam dan geleng kepala. Hairee tanya lagi soalan yang sama, selagi aku tak jawap dia akan tanya lagi. Aku cakaplah tak ada. Aku tengok Hairee tarik muka masam, serius memanjang katanya dia tengah marahkan aku dan penat. Pukul 2.30 petang, dia suruh aku balik bengkel. Aku suruh dia pakai underware, baring atas katil tanpa seurat benang tak ada rasa malu langsung depan aku. Aku dah bising, baru nak pakai underware boxer dia. Lepas tu dia hantar aku sampai kat depan pintu saja, katanya pukul 4 petang dia datang bengkel ambil barang yang dia suruh aku bawa sementara tu dia nak tidur sekejap. Pukul 3.30 petang, ibu pula call suruh aku belikan ayam goreng RM1 kat Lumut lepas balik kerja. Aku whatsapp Hairee, minta dia datang bengkel awal sikit. Pukul 4 petang, aku dah nak balik. Hairee tak balas-balas whatsapp aku. Ini mesti tengah tidur. Aku tunggu dia depan bengkel bawa sekali barang dia, pukul 4.30 petang tak datang juga memang aku balikla. Aku cuba call dia pun tak berangkat, sah! membuta. Tepat 4.30 petang, terus aku pergi Lumut beli ayam goreng. Barang dia aku letak kat dalam bengkel balik. Pukul 6.30 petang, baru Hairee balas whatsapp aku. Aku dah sampai rumah baru nak whatsapp bagai. Hairee mengadu lapar, aku tanya nak belikan makanan ke? Mentang-mentang ex-gf kena belanja makan laju saja pesan nak Nasi Goreng USA, teh ais dan roti. Kopak poket aku macam ni. Tapi aku kena balik cepatlah pasal dah nak maghrib. Aku beli kat Restoran Cinta Bulan, roti beli kat taman rumah aku saja. Siap saja makanan terus aku pergi Hotel Tropicana Inn. Sampai kat hotel aku call Hairee, elok aku call dia keluar jumpa aku. Lepas ambil makanan dia terus aku balik, Hairee sempat pesan suruh aku hati-hati balik. Suara pun macam orang tak sihat serak-serak basah, baru bangun tidur la tu. Malam, aku mengadu kat Ain yang aku dah di'cerai'kan buat sementara. Ain pun tak tau nak cakap apa dia pun pening dengan kami. Kejap ok, kejap gaduh. Ain suruh aku move on saja, orang dah tak sayang buat apa nak dikejar lagi.

Isnin, 2 April 2018

Masalah Tak Bersudah

Subuh Hairee dah call aku, malas nak jawab. Dia ada whatsapp aku pesan suruh bawa helmet, malas aku nak bawa. Lepas tu pukul 8 pagi, dia call pun aku malas nak angkat. Hairee pesan suruh belikan nasi lemak pula. Sebelum aku pergi bengkel beli kejap nasi lemak kat tepi jalan. Sampai bengkel aku whatsapp dia, suruh datang bengkel dan ambil sendiri nasi lemak tak kuasa aku nak pergi hotel hantarkan. Macam biasa hari pertama bulan 4, aku kena buat resit untuk budak yang bayar yuran. Aku buat kerja kat belakang pula, sebab dah simpan duit bengkel kat sana. Sejak Hairee ambil duit bengkel aku terpaksa lebih berhati-hati. Sorok kat tempat lain, aku jadi risau kalau dia datang bengkel dibuat perangai lagi. Sekali dengan beg duit sekali aku sorok. Aku letak siap-siap nasi lemak atas meja. Pukul 8.50 pagi, elok tengah sibuk nak kerja Hairee pula datang bawa notebook aku yang dia pinjam semalam. Aku suruh dia ambil nasi lemak yang beli tadi tapi...aku tersalah pesan ayam tak ada Hairee minta nasi lemak ayam dan paru. Hairee tanya pasal helmet, aku cakap lupa bawa bagi alasan pagi ni kelam kabut bagai. Dia minta kad bank pun aku cakap tertinggal kat rumah...tak sengaja. Tapi memang tak sengaja pun. Hairee dah mula bising dan marahkan aku. Dia cakap aku buat perangailah, semalam tanya tak nak cakapla, itu lah ini lah. Hairee tanya aku nak selesaikan tak masalah kad bank tu? Hari ni saja dia dapat setelkan sebab dia tengah cuti dan nak bayar duit bengkel lagi. Katanya lagi kalau tak nak tak apalah dia pun tak akan datang bengkel lagi dan minta halal. Aku ni dah serba salah, dahlah dengan ada kerja nak buat dia pula lagi tambah kerja dan masalah aku. Sakit jiwa betullah! Hairee ada tanya aku ada buka KampungChat lagi ke? Aku cakap mana ada aku buka lagi. Hairee cakap macamlah dia tak tau, kat blog aku tulis macam-macam. Ya Allah dia pergi baca blog personal aku. Hampeh betullah...Hairee dah mula paksa aku, dia suruh aku balik sekarang ambil helmet, jam baby-g aku dan kad bank. Dia nak setelkan semua masalah hari ni juga. Nak tak nak terpaksa balik juga. Aku bagitahu penyelia yang aku nak balik sekejap, tengok muka pun macam tak senang saja. Yang si Hairee pula entah mana dia nak pergi aku pun tak tahu. Beg dan helmet dia tinggal kat bengkel. Aku terus balik, sampai rumah ambil barang yang Hairee nak terus balik bengkel. Mujur helmet mahal aku tu boleh masuk dalam bonet motor. Sampai bengkel, Hairee call tanya dah sampai ke? Dan tanya aku kereta proton siapa kat luar? Ni mesti kereta ayah yang dia maksudkan. Aku sampai bengkel mana ada kereta proton, yang ada kereta toyota kelabu. Penyelia duduk depan Teoh Pei Ji buat kerja dan kebetulan ada yuran budak nak bayar aku pun ambil. Aku ada minta penyelia ajarkan macam mana nak buat SOCSO internet. Elok aku berurusan dengan penyelia, Hairee pula muncul. Aku jumpa kejap dia kat luar. Hairee minta kad bank aku, no pin dan kunci motor dia pergi bank naik motor aku. Muka pun macam orang tak cukup tidur. Sempat aku temankan dia sampai ke motor aku. Sementara tunggu Hairee balik, aku buat kerja dulu. Penyelia ajar SOCSO internet, entah macam mana tak boleh nak masuk pasal password atau email ada salah. Puas kitaorang cuba masih macam tu juga. Sementara tunggu dah ok, aku setelkan dulu yuran budak. Agak dalam pukul 10.15 pagi, Hairee datang agak dia tak perasan penyelia aku datang dia panggil aku kuat-kuat. Taula suara macam petir, cover linela sikit. Terus aku bawa dia jumpa kat luar saja. Hairee kata kad bank aku tak ada masalah cuma kad BSN pihak bank pegang kejap. Sekarang ni Hairee nak balik balai katanya nak setelkan kad bank aku dan ada kerja. Kata semalam hari ni cuti. Hairee pergi balai pun naik teksi. Masa aku berbual dengan dia, aku tengok bibir dia macam luka dan ada kesan bengkak sikit. Sejak aku temankan dia kat motor tadi lagi dah perasan sebenarnya, tapi aku diamkan dulu. Aku tanya dia kenapa bibir luka? Bibir kering ke atau...ada bergaduh dengan orang? Kata Hairee, dia ada masalah dengan kawan dia hari tu. Ya Allah dia ni la...Hairee suruh aku masuk dalam dulu dia risau nanti penyelia marah. Baru nak temankan dia tunggu teksi. Tak boleh juga temankan pasal penyelia pun tak habis lagi ajarkan aku SOCSO internet. Aku sambung tengok penyelia ajar, aku pahamla sikit. Pukul 10.20 pagi, Hairee whatsapp aku dia minta maaf kalau dia berkasar dengan aku. Aku cakap tak apa lagi pun dia marah aku bukan teruk sangat. Aku minta maaf kat dia juga. Dia whatsapp aku agaknya dah pergi kot. Lepas tu tengahari, Hairee whatsapp minta aku padam kat blog ada yang tak patut aku catat, nanti orang lain baca tengok muka aku yang dapat malu. Aku tanya siapa suruh baca blog peribadi aku. Blog tu aku buat privasi, memang aku sakit hati juga dia sebarangan baca. BFF aku pun tak tau aku pakai blog dan baca. Hairee minta maaf lagi. Masa rehat, selesai kerja aku terus aku betulkan balik catatan dalam blog aku. Petang, sebelum balik aku check baki duit dalam akaun. Aku dah agak dah memang tinggal sikit duit aku tak cukup nak bayar duit kereta nanti. Sampai rumah aku whatsapp Hairee bagitahu. Hairee call, katanya sistem dah ok dia suruh aku check lagi sekali duit kat akaun. Malam, aku whatsapp dengan Hairee, Ain dan Nanie. Nanie bagitau sabtu ni hari lahir Humaira, anak dia setahun. Siap minta aku belikan hadiah untuk anak dia lagi.

Selasa, 20 Mac 2018

Rombongan Ke Padang Besar, Perlis

Pukul 4.30 pagi, aku dah bangun. Aku iron baju kemeja dan tudung. Siap iron, sambung tidur kejap mengantuk gila. Pukul 5 pagi, aku mandi dan bersiap sempat minum kopi panas bagi hilang mengantuk. Pukul 6.15 pagi, baru bergerak Cik Ana jiran aku tumpang kereta ibu. Sebelum bergerak ke Batu Gajah, kami tunggu Cik Zali dan isterinya kat hentian bas tepi jalan. Pukul 6.30 pagi, baru kami gerak ke Batu Gajah. Sampai Stesen KTMB, Batu Gajah dalam pukul 8 pagi. 


KTM sampai dalam pukul 8.45 pagi, sementara tunggu yang lain sampai. Aku dengar dalam 10 kereta, 40 orang yang pergi. Pukul 8.30 pagi, bila semua dah sampai kami naik jejantas pergi keretapi yang kat seberang, Platform 2. Ibu ada minta kat aku tiket masa subuh tadi ibu suruh letak dalam beg. Semua pak cik-pakcik pakat keluarkan tiket dah. Bila keretapi lain sampai semua pakat nak ambil gambar kat keretapi lepas tu tangkap gambar beramai-ramai. Tepat pukul 8.45 pagi, kami naik keretapi aku dapat seat sebelah ibu. Nasib baik aku ada bawa buku Diary Of Wimpy Kid, sempat membaca. Pukul 10 pagi, aku dah mula mengantuk tidur sekejap. Pukul 11 pagi, aku terjaga. Pekerja keretapi ada bagi kotak makanan percuma kat setiap penumpang. Lepas tu ibu ada ajak Cik Ana, Cik Sara dan aku pergi kafeteria. Saja nak jalan-jalan dalam keretapi. Sampai kat kafeteria, aku beli sandwich cheese. Aku ingat nak ke tandas tapi kena berbaris pula tandasnya dahlah 1 saja. 


Pukul 12 tengahari, baru kami sampai Padang Besar, Perlis. Dah lama aku tak pergi sini. Sampai Stesen Padang Besar, kami berpecah. Yang nak naik teksi kena pergi 4 orang. Kumpulan aku yang pergi sekali, aku, ibu, Cik Ana dan Cik Bedah. 



Kami naik teksi. Yang abang bawa teksi pula jenis ramah, siap tunjuk sempadan Thailand bagai. Sampai Padang Besar, kami pergi makan tengahari dulu. Siap pekena tomyam dia lagi. Lepas makan, baru berjalan-jalan shopping barang. Orang ramai maklumlah musim cuti sekolah ni. Pertama barang aku beli gelang emas. Itu pun ibu tanya tak nak beli ke? Aku cakaplah nak jadi aku tengok-tengok dulu mana yang berkenan. Ibu, Cik Ana dan Cik Bedah dah sibuk cuba gelang emas. Aku beri peluang dulu kat diaorang beli gelang, sebab orang yang jual pun 2 orang itu pun dah kalut semacam. Minta kurang harga tak dibaginya. Aku ingat nak beli jaket harga pun 'cantik', masa cuti sekolah letak harga bukan main lagi. Jaket ada yang aku suka tapi jenis free size itupun tak muat dengan aku. Setel Ibu, Cik Ana dan Cik Bedah pilih dan beli gelang emas giliran aku pula pilih gelang emas. Aku dah jumpa yang berkenan tapi Cik Bedah cadangkan gelang emas pattern lain sesuai untuk anak dara macam aku. Aku pun ambillah dengan harga RM38. Aku minta dia potong sikit sebab longgar dan pakai terus gelang tu. Ibu nak cari troli letak barang, habis 2, 3 buah kedai di tanya. Cari-cari kedai jual troli tak ada pula. Cik Bedah ajak naik tingkat atas. Kami pun pergila naik. Aku ternampak keychain ingat nak beli untuk anak murid aku dan Hairee sekali. Ibu, Cik Bedah dan Cik Ana pula sibuk pergi kat 1 kedai yang jual kerepek, pes tomyam, asam-asam bagai. Ibu pun nak beli juga pes tomyam kat rumah dah habis tinggal 2 botol saja. Aku beli juga keychain dan 1 keychain untuk aku semua dah RM22 aku minta kurang RM20 baru budak kedai tu bagi.


Aku dan Cik Bedah


Ibu beli pes tomyam sekotak dapat murah dengan budak kedai tu. Yang tak tahan nak kena junjunglah pes tomyam tu dengan plastik, budak tu keluarkan dari kotak masukkan dalam plastik. Yang makcik-makcik lain ada beli asam, kerepek-kerepek. Lepas membeli semua tu, diaorang duduk kejap kat bangku tepi kaki lima. Ibu dan seorang makcik pergi kedai jual beg tangan, sebab tadi ibu tengok kawan dia ada beli beg tangan jenama Prada dia pun nak juga. Sampai tak larat aku tengok beg tangan banyak sangat. Akhirnya ibu beli juga beg tangan jenama Prada pattern lain RM120. Raya nanti tak payah nak beli lagi. Aku nak beli duit tak cukup, bawa RM100 saja. Nak shopping sini RM100 memang tak cukuplah mau kena bawa RM500 baru cukup. Lepas tu, makcik-makcik, ibu dan Cik Harun duduk berehat lagi. Dah tua-tua tak larat deme nak banyak berjalan sebab masing-masing ada sakit lutut dan kaki. Kaki aku pun dah mula sakit banyak berdiri dan berjalan. Sementara diaorang berehat nak saja aku berjalan kedai ke kedai. Pukul 2 petang, diaorang nak ke surau pula nak solat Zohor. Kebetulan aku tak boleh solat jadi kena jaga barang-barang Cik Nor, Ibu dan Cik Bedah. Aku tunggu kat luar dulu. Cuaca kat Padang Besar panas gila...membahang panasnya. Tak tahan aku duduk luar macam nak cair pun ada, gelap balikla muka aku. Agak lama tunggu mak cik-mak cik solat aku masuk dalam surau tak tahan panas duduk luar, rupanya diaorang dah abis solat sempat duduk menyembang lagi. Aku pun joinla juga


Aku dan Cik Ana


Aku dan Ibu

Lepas lepak dalam surau, kami pergi duduk sekejap kat kedai jual barang make up. Sempat Aku beli lip gloss jenama MAC, Ice Mocha dan berjalan sana sini nak duduk tak ada tempat dah. Ibu suruh aku cari tudung sarung yang dia suka pakai, katanya selesa. Aku pun mulakan sesi mencari kat kedai tudung, tanya budak kedai sekali dengan harga tudung. Dah jumpa bagitahu ibu dan bawa pergi kedai tu tengok tudung. Ibu beli 2 helai tudung. Lepas tu kami bergerak ke tempat lain pula tapi bukan pergi kedai ke kedai duduk berehat pula sebab masing-masing tak larat nak berjalan lagi. Aku seorang saja yang merayap sana sini. Sempat aku beli 2 bungkus kerepek. Pukul 4 petang, ibu, Cik Bedah dan Cik Ana beli makanan di gerai makan. Diaorang bungkus dan makan dalam keretapi nanti. Lepas beli makanan, ibu call abang teksi tadi. Di stesen keretapi, kami berkumpul dan tunggu keretapi sampai. Pukul 6 petang, baru kami naik keretapi sikit punya penuh tangan aku nak membawa barang. Gila letih. Dalam keretapi sempat aku whatsapp Ain siap tayang gelang tangan baru aku beli he5x... Hairee pun whatsapp aku tanya kat mana sekarang? Pukul 7 petang, pengumuman KTM kata keretapi ada masalah teknikal dan akan berhenti di Stesen Keretapi Ipoh pukul 9 malam nanti untuk pertukaran keretapi. Ini pukul berapa nak sampai rumah? Aku nak tidur dalam keretapi memang tak lena lah aku walaupun dah letih sangat mana taknya dengan budak bising, lampu pula terang benderang lagi. Tepat pukul 9 malam, kat Stesen Keretapi Ipoh kami tukar keretapi lain. Sampai Stesen Batu Gajah pukul 10 malam. Sebelum kami bertolak balik ibu dan geng makcik pakcik solat isyak kejap. Lepas tu baru kami bertolak balik dan sebelum sampai rumah pukul 12 tengah malam sempat kami mengeteh kat kedai makan kawasan Sitiawan dan kebetulan aku pun dah lapar. Sebelum tu ibu ajak makan kat Cafe Petronas, Seri Iskandar tapi dah tutup pula. Sampai rumah pukul 1 pagi, sempat lah aku mandi sekejap dan terus nak tidur. Ain dan Hairee whatsapp suruh aku rehat. Memang penat gila sakit kaki pun tak hilang lagi. Aku dah whatsapp dengan penyelia esok aku datang kerja lambat sikit, ikutkan hati nak saja cuti lagi esok untuk rehat. Barang-barang shopping ibu suruh bawa masuk esok saja. 

Jumaat, 16 Mac 2018

Shopping Sakan Dengan BF

Pukul 11 pagi. aku ingat nak keluar beli sarap kejap. Laparlah pula, nak tunggu si Hairee entah pukul berapa dia nak sampai. Elok nak bersiap keluar terdengar pula motor macam aku biasa dengar, rupanya Hairee datang. Apalagi mengelupur aku berlari ke belakang nak pakai tudung. Hairee cari aku tanya kat budak kelas. Aku dah kelam kabut kat belakang pakai tudung bagai :P Hairee pergi kat belakang, sempat dia kacau aku. Geram pula rasa, orang tengah nak pakai tudung dia boleh kacau aku pula. Aku cakap dengan Hairee nak keluar sarap sebenarnya, kebetulan dia pun tak sarap lagi alang-alang ajak aku keluar sarap sama-sama. Hairee sebenarnya baru balik dari Ipoh ada mesyuarat, pukul 8 pagi bertolak dari Ipoh katanya. Sempat buat live rakaman video atas motor bagai. Dia check in lagi kat Tropicana Inn Hotel. Masa kami tengah sarap, Hairee sempat cerita dengan aku yang kawan dia kerja JPJ kena tangkap dengan SPRM sebab terima rasuah RM50. Kata Hairee, kawan dia kena penjara 20 tahun. Dasyat betul...Lepas sarap, aku ajak Hairee temankan aku pergi Econsave kejap sebab beli fail untuk bengkel. Pukul 11.30 pagi, kami ke Econsave. Aku beli fail, sempat beli yang lain juga itu pun Hairee nak belanja. Aku ambil buku latihan, berkenan pula aku dengan buku tu sebab cover buku tu menarik. Sesuai kalau buat diari. Hairee pun beli barang dia juga. Selain buku latihan, aku ambil juga coklat cadbury yang besar semalam dah teringin sangat nak makan coklat. Setel beli barang baru balik bengkel naik motor besar dengan Hairee lagi. Pukul 12 tengahari, Hairee ambil hf dia tengah cas. Aku cas balik hf Asus aku. Sebelum dia balik hotel sempat aku ingatkan dia pergi solat jumaat. Petang, aku check kat TGV cinema website nak tengok cerita apa yang best lagi. Hairee nak ajak aku tengok wayang lagi hari ni. Aku tengok TGV cinema website cerita Pasific Rim : Uprising, macam best cerita ni ala-ala transformers. Aku sempat whatsapp Hairee nak tengok cerita tu tapi hari ni atau esok? Kalau nak tengok hari ni pukul 4.05 petang, kalau esok 1.30 petang. Kalau nak tengok hari ni aku minta penyelia balik awal dalam 3.45 petang. Kata Hairee, tengok wayang esok sajalah hari ni jalan-jalan saja kat Aeon. Pukul 3 petang, Ting pula call ajak aku keluar esok sebab dia tak kerja dan tak ada pergi mana-mana. Ini pun satu hal pula, bila aku nak keluar beli barang dia pula kerja bila aku tak keluar beli barang sibuk ajak keluar. Dah tu esok aku ada dating dengan si Hairee lagi. Aku cakap minggu depan saja hari Isnin atau Rabu beli air kotak dah habis dalam peti ais. Aku mengadu kat Hairee, dia pun macam tak ambil port apa aku bagitahu. Agaknya dia sakit hati kot bila ada orang lain ajak aku keluar. Pukul 3.30 petang, aku nampak Hairee macam dah keluar. Pukul 4 petang, terus aku pergi Aeon. Sampai Aeon, Hairee ajak pergi makan sebab dia pun dah lapar. Kami pergi kat food court macam tak banyak pilihan lepas tu dia ajak makan kat tempat lain. Aku ajak dia makan kat Chicken Rice Shop, Hairee kata dia dah lama sangat tak makan kat situ tak tau nak pesan. Jadi dia suruh aku pesan memandangkan aku dah biasa makan kat situ. Aku pesan yang set punya untuk 2 orang. Masa tunggu makanan sampai, Hairee masih dengan hf dia juga. Aku saja macam orang bodoh tak tau nak buat apa. Hairee tengok aku, dia tanya aku kenapa? Apa masalah? Kalau ada masalah bagitahu, katanya masalah kat tempat kerja dia boleh selesaikan inikan pula masalah gf sendiri. Aku diam...masalah bukan pada aku tapi pada dia yang tak reti nak ajak gf sendiri berkomunikasi dan beri perhatian. Bila makanan dah sampai banyak makanan terhidang atas meja, inila pertama kali aku makan dengan Hairee dengan cara macam ni. Aku jadi segan pula nak makan...Aku tengok Hairee makan bukan main berselera, betul-betul macam orang lapar. Hairee memang jenis kuat makan, tapi bila teringat kata-kata Ain hari tu nak tergelak pun ada. Kata Ain, lelaki yang kuat makan ni dia jenis tak kedekut siap puji aku ni beruntung. Hairee tengok pinggan aku kosong tak ada lauk, dia tegur kenapa tak ambil lauk? Tadi aku juga yang pesan. Hairee tak suka tengok pinggan aku kosong. Dia siap ambilkan lauk letak dalam pinggan aku, katanya barulah ada warna warni sikit. Aku mulalah mengada-ngada dengan dia kata yang aku nak diet tak nak makan banyak. Hairee tak bagi aku diet, katanya dia tak diet sihat saja. Lepas makan, kami pergi ke kedai pakaian yang jual murah RM 8 ke atas. Hairee kata kalau nak ambillah tapi dalam bajet RM100 saja. Aku pun pilihlah baju t-shirt. Aku ambil 2 helai lengan pendek, 2 helai lengan panjang. T-shirt aku dah bersepah kat rumah, kena pilih mana yang dah tak elok dan tak sesuai lagi. Hairee pula sibuk pilih short pant, lepas tu cuba kat fitting room. Selesai pilih pakaian masing-masing, Hairee yang bayarkan. Hairee kata tadi nak pergi kedai jam nak betulkan jam dia rosak. Sebelum tu dia ada tanya nak beli apa lagi? Aku baru teringat nak beli minyak wangi, tak beli-beli pun lagi. Dia ajak pergi kedai minyak wangi dulu, aku pula ajak dia pergi kedai jam dulu sebab kedai tu dekat saja nanti dah betulkan baru pergi kedai minyak wangi yang kat hujung. Hairee degil nak juga pergi kedai minyak wangi, aku malas nak melayan ikutkan saja. Kami pergi kedai SASA, harga minyak wangi kat situ memang mahal dan berjenama. Hairee panggil pekerja situ minta tolong carikan minyak wangi untuk aku yang baunya lembut dan tak terlalu kuat. Bila pekerja tu dah jumpa minyak wangi yang sesuai dengan kehendak aku, dah cuba bau minyak wangi tu terus aku ambil. Sempat aku bertanyakan minyak wangi jenama Britney la, Jennifer Lopez la. Pekerja tu kata tak ada jenama tu. Aku tanya minyak wangi Calvin  Klein (CK), pekerja tu kata ada tapi botol dia besar dan bau pun aku tak berapa suka. Minyak wangi tu unisex lelaki perempuan boleh pakai. Selesai Hairee membayar. Kami pergi kedai kasut pula, sementara aku tengok kasut Hairee sempat keluar merokok kejap. Aku tengok kedai tu tak banyak pilihan kasut, dan kasut satu pun tak ada yang aku berkenan. Lepas tu baru kami pergi kedai jam, aku suruh Hairee beli saja jam tangan baru G-Shock yang orang lelaki pakai sekarang. Dia kata dah ada. Sementara Hairee sibuk tengok jam tangan dan tunggu pekerja baiki jam tangan dia sempat aku tangkap gambar dia curi-curi he5x...Hairee tanya aku nak jam tangan tak? Jam tangan G-Shock tapi untuk perempuan punya Baby-G. Kitaorang tengok jam tangan tu kat kaca, harga dia tak payah cakaplah RM500 lebih kot. Hairee kata kalau nak ambillah, aku pilih dan bila dah jumpa yang berkenan pekerja tu tunjuk kat aku dan cuba pakai sekali. Memang cantik. Aku pun ambillah, Hairee bayarkan juga. Aku tak terus pakai minta pekerja tu letak dalam kotak. Kebetulan jam tangan Baby-G ada offer, dapatlah kurang sikit. Beli jam tangan tu, dapat lagi satu jam tangan lelaki dengan harga yang murah. Hairee beli jam tangan tu dengan harga RM900. 

Sempat selfie kejap...heheheheh

Selesai saja, kami nak balik Hairee masih tanya lagi ada apa-apa lagi nak beli ke? Sebab hari ni saja boleh beli esok dah tak ada. Aku kata tak ada apa lagi nak beli. Hairee tanya lagi nak pergi Al-Ikhsan tak? Beli kasut? Aduuuhhh...dah banyak sangat dia belanja aku hari ni segan nak minta macam-macam lagi. Dekat RM700-RM800 dia habiskan duit untuk aku. Aku tarik tangan dia ajak balik, geleng kepala tak nak beli apa dah. Tapi aku tengok Al-Ikhsan macam ada offer, kami pergi sekejap saja. Aku cakap dengan Hairee lain kali sajalah. Lepas tu, Hairee ajak lepak kat CC yang selalu aku pergi. Baru pukul 6 petang masih awal lagi. Kebetulan ada kerja aku nak buat juga. Sampai kat CC, PC tempat aku duduk tak boleh guna pendrive. Macam mana nak buat kerja? PC Hairee sebelah aku, sibuk main game. Aku dah bosan tak tau layan apa. Buka facebook, bosan...buka blog, nanti Hairee terbaca...buka youtube, bosan...Sudahnya aku duduk sebelah Hairee tengok dia main game. Pukul 7 petang baru kami balik tapi kali ni Hairee boleh balik sendiri dia dah tau jalan nak balik. 

Selasa, 13 Mac 2018

Layan Wayang Lagi Dengan Hairee

Aku pergi kerja awal hari ni pukul 7.45 pagi dah gerak ke bengkel sebab Hairee dah janji nak sarap sama-sama dengan aku kat kedai mamak. Sampai bengkel aku whatsapp dan call Hairee tapi dia tak balas langsung. Ni mesti tidur lagi ataupun dah pergi kerja. Dah pukul 8.30 pagi tak jawab-jawab, sakit hati pula aku. Berderet aku text dia, bengang punya pasal. Disebabkan dia mungkir janji aku mula mengantuk gila. Lepas berurusan dengan En. Munisamy dan Penyelia, aku keluar kejap pergi kedai fotostat. Lepas tu jumpa penyelia kejap dan terus aku ke belakang...tidur. Mata aku dah tak boleh tahan mengantuk. Pukul 12 tengahari, Hairee datang bengkel cari aku. Dia minta maaf sambil usap-usap kepala aku alasannya tertidur. Aku dah mengantuk macam ni baru nak tunjuk muka dengan laparnya. Hairee minta charger kat aku battery hf dia dah low. Lepas tu dia tanya aku kat mana bengkel motor yang paling dekat kat kawasan ni? Nak service motor dia ada masalah sikit. Dia minta aku tunjukkan. Tapi sebelum tu dia ada bagi aku helmet baru khas untuk aku. Helmet bukan calang-calang, sesuai naik motor besar. Itu kalau jual RM1k dapat kata Hairee. Dia suruh aku pakai bila keluar naik motor dengan dia sahaja. Asalnya helmet tu kata Hairee bahan bukti dia beli RM200. 

Helmet baru aku.

Berbalik tunjuk jalan ke bengkel motor tadi, aku ingat dia suruh aku ikut dia ke bengkel motor rupanya suruh tunjuk arah jalan saja. Hari ni Hairee tunjuk motor besar dia kat aku kaler hijau tuuu...*0* Aku tanya dia dah makan ke? Dia kata belum lagi dan ajak aku makan tengahari kat SJS lepas balik dari bengkel motor. Aku ingat nak ushar hf Hairee kebetulan hf dia tinggalkan tengah cas. Baru nak buka dalam ada 'password' pula, potong betul...Pukul 1.30 petang, baru dia balik. Kami pergi kedai makan SJS naik motor, buat pertama kali aku naik motor besar jenis ni. Helmet aku Hairee pakaikan ketat tu tak payah cakaplah. Seat belakang pun tinggi, rasa kelakar pula aku naik. Segan pun ada. Sampai kat SJS, Hairee nak pergi beli rokok dia lupa nak beli tadi. Sementara tunggu dia datang, aku sempat ambil gambar helmet baru aku boleh tunjuk kat Ain dan gambar selfie aku. Sebelum nak makan, Hairee tiba-tiba tegur seluar aku terlondeh. Pergh! malu gila Allah sahaja yang tau. Aku terdiam dia tegur aku. Sebelum ni pun dia ada tegur juga pasa hal ni. Nak makan terus jadi tak ada selera tu pun gagahkan diri makan sudahnya makanan aku tak habis. Hairee tanya aku marah ke? Aku cakaplah tak adalah mana ada walhal dalam hati rasa nak menjerit saja. Hairee cakap lepas ni dia tak naklah tegur aku lagi, mungkin dia tau yang sebenarnya aku marah atau merajuk. Lepas tu dia tukar topik cerita pasal motor besar dia. Hairee nak ajak aku tengok wayang lagi hari ni, aku ada bagitahu dia pagi tadi aku dah tengok black phanter kt TGV Cinema website. Paling awal pukul 1.15 tengahari. Aku cadang pukul 12 tengahari keluar makan kat Aeon, tengok wayang lepas tu dalam pukul 3 petang balik bengkel. Dah dia pula membuta tak ingat nak pergi macam mana? Terdiam pula dia. Aku cakap yang aku nak tengok Tom Rider pukul 4.30 petang. Pukul 4 petang, aku dah siap kemas. Pukul 4.15 petang, baru kami nak gerak pergi Aeon. Kami pergi asing-asing. Hairee ikut aku dari belakang tapi bila dia terlaju bawa motor dia akan bagi aku jalan depan dulu. Biasala motor skuter cabuk aku mana boleh lawan dengan motor besar dia tu, lagipun dia tak tahu sangat jalan nak ke Aeon. Sampai Aeon. Hairee suruh aku naik dulu beli tiket. Aku tak nak, nak pergi sama-sama. Hairee kata dia nak merokok dulu. Lepas dia merokok dan simpan helmet mahal dia tu kat locker baru boleh pergi beli tiket wayang. Hari ni biar dia pula beli popcorn. aku suruh dia belikan. Aku nak air saja tak nak popcorn. Aku tanya dia esok cuti lagi ke? Dia kata esok dia kena kerja. Lepas tu bising tak berhenti membebel macam bertih jagung. Masa tengok wayang pun sama juga macam semalam hf tak pernah lepas. Aku rasa macam nak rampas hf dia buang jauh-jauh baru puas hati >:( Lepas tengok wayang, aku nak ke tandas bila aku dah selesai tunggu si Hairee kat tepi orang jual cover hf. Bila Hairee keluar aku tengok saja dia asyik belek hf ke hulur hilir sana sini. Sampai aku depan mata pun boleh tak nampak. Agak beberapa minit baru dia perasan aku, dia ingat aku kat dalam tandas lagi. Lepas tu salahkan aku pula, lain kali jangan diam dah keluar bagitahu. Itulah sibuk dengan hf girlfriend depan mata pun tak nampak. Hairee bawa aku pergi Popular, dia cakap aku nak buku apa ambil saja. Sebab semalam aku dah mengadu kat dia yang aku nak ke Popular sebenarnya. Dah dia suruh ambil saja aku ambillah 5 buah buku, 2 komik 3 novel semua RM130 lebih. Lepas tu Hairee ajak aku pergi Kaiso Japan pula shopping kat sana sebab ada barang dia nak beli. Hairee kata barang kat sini murah semua RM5 dan suruh aku ambil apa saja aku nak. Aku ushar juga barang kat situ macam tak ada yang menarik pun. Aku cakap dengan Hairee tak ada barang yang aku berkenan kalau ada pun aku dah ada barang tu kat rumah. Hairee mula bising kata aku tak suka shopping bagai, Bukan aku tak suka shopping masalah tak ada yang aku berkenan, aku kalau shopping bukan barang perkakas-perkakas punya. Aku shopping standard sikit macam seluar ke baju ke tudung ke kain ela ke, barang-barang pakaian. Lepas tu Hairee boleh perli aku kata shopping seluar tapi pakai seluar pun terlondeh. Terus aku tersentap dan terdiam. Dia beli beg untuk letak duit syiling tiba nak bayar orang jaga kaunter pula tak ada terus tak jadi bayar, padan muka. Aku suruh panggil budak kaunter tak nak kalut sangat nak cepat bagai. Lepas tu dia tanya aku nak pergi mana lagi? Aku cakap nak beli air Cool BlogSementara aku tunggu air siap, Hairee pergi kedai jual barang anime. Sempat lagi dia main mesin tikam figura anime. Benda macam ni pun minat ke? Macam budak-budak...bosan aku. Hairee bagi aku 1 figura anime kamen rider, aku tak minatlah kumpul barang budak-budak ni. Lepas tu Hairee ada tunjuk figura yang dia dah kumpul kat cermin koleksi figura kat kedai tu. Aku tengok pun acuh tak acuh saja. Hairee perasan aku macam tak tunjukkan minat. Hairee mula bising lagi kat aku, kata apa yang aku nak semua dia ikut tapi bila dia nak dan minat tak ada pun nak tunjuk minat dan ikut. Lepas tu dia ungkit balik pasal seluar aku yang terlondeh tadi tu. Aku diam saja sepanjang dia membebel. Katanya lagi, dia suruh aku fikir sendiri dan dia bukannya nak marah. Hairee juga ada tanya aku tak ada tali pinggang ke? atau tak suka pakai tali pinggang? Dalam hati aku cakap apa ingat orang pakai seluar jeans ke pergi kerja? Aku pakai seluar slack ok, mana ada untuk lilit tali pinggang. Masa nak balik memang aku tarik muka habislah, dia seorang saja macam orang tak ada perasaan berseringai macam apa entah. Ini kali pertama Hairee marah aku depan public, aku malu. Hairee pesan sampai rumah bagitahu, aku buat bodoh saja. Sampai kat satu simpang nak masuk Rapid baru, aku tengok Hairee ikut aku dari belakang lepas tu suruh aku berhenti tepi jalan kejap. Dah kenapa pula ni? Dia tanya jalan dia nak balik. Aku tunjukkan saja jalan. Lepas dah tunjuk jalan dia pula jalan depan aku, aku tengok dia dah salah jalan. Lain aku tunjuk lain pula dia ikut. Lantaklah situ, padan muka!! Aku buat bodoh juga sebab aku ikut jalan belakang. Hairee ikut aku lagi dan berhenti tepi jalan tanya aku kat mana? Sempat aku cubit dia, geram punya pasal. Aku suruh dia ikut aku dari belakang. Aku tengok jam dah pukul 7.15 petang, kena cepat ni. Bila aku dah tunjuk jalan yang betul baru dia faham dan tahu jalan dah. Dia suruh aku balik dulu. Sikit pun aku tak pandang dia. Masa dalam perjalanan balik aku tak tahan sakit hati apa yang Hairee cakap, aku menangis sepuas-puas hati atas motor. Ini kalau kena langgar memang malangla nasib aku. Sampai rumah, dalam bilik sambung menangis lagi. Aku whatsapp Hairee cakap dah sampai saja. Hairee kata dia pun dah sampai dan tanya kenapa muka aku masam saja? Dia minta maaf kalau dia marah. Aku apalagi hentamla dia. Hari ni dengan semalam keluar dengan dia betul-betul buat aku terasa hati, spoil habis. Hairee kata dia cuma cakap apa yang dia rasa saja, dia ikut semua mana aku nak pergi tapi bila dia minta sesuatu aku buat tak tahu saja. Habis tak fikir aku punya rasa? Aku tak puas hati dengan dia pun aku diam saja, eh bukan jenis aku ok nak marah orang depan public. Dia tanya yang dia marah sebab apa? dia suruh aku tenangkan diri dulu. Sakit pula hati aku ni, kalau dia depan aku mau kena pukul atau penampar dengan aku. Hairee betul-betul dah berubah tak macam first and second date dulu. Hairee janji dengan aku dia akan berubah dan minta maaf. Aku tak nak layan perasaan sangat terus aku mandi dan solat maghrib dan isyak. Dalam solat, sempat aku menangis lagi atas tikar sejadah. Jadi tak kusyuk pula solat aku. Masa tula nak ingat Allah sebab dah lama tak menghadap tuhan. Yang paling terkesan dan buat air mata aku mengalir laju bila mana aku rindu gurau senda dengan ibu, teringatkan ayah. Dah nak sebulan aku tak bertegur sapa dengan ibu. Ya allah! Ampunilah dosa-dosa aku...Lepas solat aku membaca sekejap komik yang beli tadi kat Popular. Pukul 10 malam aku dah tidur mengantuk gila. Iphone aku letak dalam laci bilik aku, aku tak nak layan 1 pun call atau mesej dari Hairee.

Isnin, 12 Mac 2018

Layan Wayang Dengan Hairee

Pukul 12 tengahari, Hairee call aku bagitahu yang dia dah habis meeting kt Ipoh dalam sejam atau 2 jam dia sampai terus ajak aku pergi makan tengahari. Katanya dia malas nak balik rumah just check in saja Tropicana Inn Hotel. Aku dah bagitahu penyelia yang aku keluar makan pukul 1.30 tengahari atau pukul 2 petang. Dah pukul 1.30 tengahari, Hairee tak sampai-sampai lagi. Sampai dah pukul 2.30 petang, masih tak sampai lagi. Aku whatsapp dia jadi ke tak makan tengahari ni? dia kata jadi dalam 5 minit dah nak sampai. Pukul 2.45 petang, baru cakap dah sampai Hairee check in hotel dulu. Dah nak pukul 3 petang, baru nak ajak makan tengahari bagai. Mujur penyelia tak bising. Elok nak keluar, Hairee dah datang dengan pakai jaket hitamnya dan seluar pendek hitam. Tak panas ke mamat ni?? Pintu bengkel terpaksa aku tutup buat kali ke 2 :P...Macam biasa kami makan tengahari kat SJS. Sebelum makan tu, Hairee nak mula soal siasat aku pasal kes hari tu. Habis segala detail aku dia ambil nak buat report. Inilah payahnya jadi awek anggota polis, dah macam aku pula buat salah hu5x. Hairee kata dia ada 4 kes kena selesaikan termasuk kes aku. Katanya lagi kes jenayah kat Manjung ni pun dah kurang sikit sejak dia in charge. Dia cakap ramai orang tak suka dia. Mat rempit pun takut nak pula kalau ada polis lalu atau ternampak muka Hairee. Dia pernah cakap dengan aku dia kalau buat kerja tak main-main dan tak pilih bulu. Keluarga ke, kawan ke, siapa ke semua dia langgar.  Hairee bagitahu jaket hitam tu dia beli kat KL RM 300 offer. Itu pun pakai duit lebihan pasang gear apa entah masa balik KL hari tu kat Desa Aman. Pukul 3.30 petang, baru aku balik bengkel. Sebelum balik Hairee minta aku fotostat I/C dan lesen memandu. Lepas balik dari bengkel dia nak ajak aku tengok wayang pula kat Aeon. Kami pergi asing-asing sebab dia pun ada hal sikit nak ke bank selesaikan hal aku. Pukul 4 petang, aku terus gerak ke Aeon sempat whatsapp kejap dengan si Hairee kata aku dalam perjalanan. Hairee kata dia kat balai kejap, nanti terus pergi sana. Ya Allah mamat ni la tadi kata nak pergi bank ni pergi balai pula. Ini dah pergi balai mesti lama ni, bila nak selesainya urusan aku macam ni?? Sampai kat Aeon, Hairee whatsapp lagi katanya dia dah sampai dekat tingkat atas dan dah beli tiket black phanter pukul 6.30 petang. Pukul 6.30 petang??? Adooiii..tepuk dahi aku. Kalau tengok wayang pukul 6.30 petang pukul berapa pula aku nak balik dahlah aku tak boleh balik lambat. Kalau 6.30 petang mau pukul 8.30 malam aku balik. Nak mampos?? Elok aku dah sampai tingkat atas Hairee berdiri betul-betul depan eskalator. Dia terpaksa beli tiket lain disuruhnya aku pilih nak tengok cerita apa. Kata Hairee tiket black phanter tu dia nak bagi percuma kat orang atau kawan dia. Sayang kalau tak bagi orang burn macam tu saja. Siapa suruh beli tiket tak tanya aku dulu, main beli saja bukan tak tau aku ni tak boleh balik lewat. Hairee bagi aku duit untuk beli tiket, aku update sekali member card TGV sekali. Kata budak kaunter, aku tak payah update memang dah update pun. Oh lupa pula aku pilih cerita KL Speacial Force, memang teringin nak tengok sebab orang kata cerita ni best setaraf filem barat. Masa nak beli popcorn pun Hairee bagi aku duit suruh belikan yang dianya ke hulur hilir call kawan dia nak bagi tiket wayang percuma. Bukan tau nak temankan aku. Aku pun tak tau apa dia nak, akhirnya aku main bantai order popcorn 2, air pepsi 2. Lepas tu Hairee cakap dia tak minum air pepsi dan tak nak popcorn. Tadi sebelum beli tak nak cakap sibuk ke hulu hilir macam orang baru mati bini! Nak tak nak dia kena telan juga. Sebelum movie nak mula, sempat dia pergi merokok dulu. Lepas merokok, dia duduk kat bangku. Aku mencangkuk kat dinding, nak duduk kat bangku segan ada lelaki. Aku tengok Hairee sibuk dengan hf. Entah apa yang best kat hf dia pun aku tak tau. Bukan tau nak berborak dengan aku ke apa, susah sangat ke? Sudahla jumpa jarang gila. Lepas tu boleh pula biarkan aku berdiri dan mencangkung sorang-sorang sampai sakit kaki aku naik kebas pun ada. Masa movie dah bermula, aku tengok cerita ni memang best gilalah tak sia-sia aku beli tiket cerita ni. Dalam wayang tadi aku nak bercakap dengan Hairee tapi dia boleh buat bodoh pula. Sebelum balik sempat aku dan Hairee jalan-jalan kejap kat Aeon. Hairee ada hulur aku RM100, duit belanja. Masa berjalan sama pun sempat layan hf dia. Jam dah pukul 7 petang, aku kena balik cepat. Hairee temankan aku sampai ke parking motor. Sampai rumah, aku terus termenung...bukan termenung apa teringat balik dating aku dan si Hairee tadi. Aku rasa keluar dengan dia dan tengok wayang dengan dia ibarat macam aku keluar seorang. Tak ada bezanya pun. Entah kenapa aku rasa Hairee dah tak macam masa pertama dan kedua keluar dating dengan dia. Dah nampak perubahan. Aku menangis sepuas-puasnya. Keluar dengan aku hanya bagi duit apa aku nak beli, beli saja. Bukan nak kata aku tak bersyukur tapi aku perlukan perhatian dari dia juga. Dulu cakap dengan aku, kalau keluar dating dengan aku takkan pegang hf lagi dah sudahnya pegang juga. Betul cakap orang, lelaki lebih suka pegang hf dari pegang tangan isteri/tunang/girlfriend sendiri. Malam, aku menangis pula depan Ain. Puas aku mengadu kat Ain. Ain suruh aku bawa berbincang dengan si Hairee. Rasa malu pula mengadu kat Ain sebab rasa macam aku ni asyik cerita masalah dengan Hairee saja. Nak buat macam mana aku dah tak ada tempat nak mengadu masalah aku. 

Ahad, 25 Februari 2018

Soalan Peribadi (Bahagian 36)

Di Manakah Tempat Yang Istimewa Di Mana Anda Akan Pergi Untuk Bersendirian Di Zaman Kanak-Kanak Anda? ^_^
  • Dalam bilik. Tak pun kat tepi parit taman bunga (sekarang dah tak ada lagi).
Adakah Anda Tidur Dengan Permainan? Apakah Ia? ^_^
  • Teddy bear kesayangan
Apakah Cita-Cita Yang Anda Impikan Semasa Zaman Kanak-Kanak Apabila Dewasa Nanti? ^_^
  • Doktor
Bagaimana Ibubapa Anda Bertemu? ^_^
  • Ibu dan ayah aku ni sepupu. Kata ibu dan ayah, mereka pernah bermain bersama-sama dengan sepupu yang lain masa zaman kanak-kanak. Ada juga ibu bagitahu yang dia dan ayah pernah dating masa zaman muda di suatu tempat di Batu Pahat, Johor. 
Ceritakan Percutian Sempurna Anda? ^_^
  • Bercuti di Langkawi. Aku pergi dengan saudara mara belah ayah. Bapa saudara bawa kami jalan-jalan ke sana dan itulah kali pertama aku naik feri. Memang seronok sangat. Kami ada pergi melawat muzium Beras Terbakar tak silap akulah. Lepas tu yang paling best melawat muzium Mahsuri, siapa tak tau sejarah cerita Mahsuri. Aku suka melawat muzium. Tak lupa ada singgah kedai jual kraftangan, adalah aku beli. Itulah percutian sempurna aku walaupun pergi balik hari. 
Adakah Anda Mengumpul Apa-Apa? ^_^
  • Ya, sticker. 
Adakah Mana-Mana Kawan Yang Membuat Anda Menangis? ^_^
  • Ya, ada
Adakah Anda Akan Memberi Peluang Kedua Dengan Mudah? ^_^
  • Dulu ya, sekarang tidak lagi. Aku kena lebih berhati-hati dan berfikir dulu untuk bagi peluang kedua. Tak semua orang mampu ubah untuk jadi lebih baik apabila diberi peluang kedua. 
Pernahkah Ibubapa Anda Tidak Menerima Perhubungan Anda Dengan Seseorang? ^_^
  • Ya, pernah. Sebab masa tu aku masih belajar di kolej dan mungkin disebabkan si dia bekerja sebagai Postman.
Adakah Anda Sukakan Diri Anda? ^_^
  • Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan begitu juga aku. Terima dengan hati terbuka, bersyukur dengan diri sendiri dan kekurangan yang ada aku percaya Allah SWT sayangkan aku.