Perasaan Kecewa
Elok pergi sarapan kat Manjung, ayah datang pula macam tau-tau sahaja aku sarapan kat situ. Selamat duit aku, ayah belanja lagi. Pagi-pagi, Aku dah nampak Hari
tengah buat kerja kat kawasan pencuci toilet dan barang-barang dapur. Aku
buat-buat sibuk tulis jualan walhal tak ada jualan pun. Aku berdiri lama dekat kawasan gel rambut sambil buat-buat tulis hanya semata-mata nak tengok dia. Lepas tu
tengok dia macam sibuk sahaja aku malas nak kacau dia, jadi aku pun ralit
tengok TV kejap. Tengah ralit tengok TV datang cleaner nepal gatal sergah aku
pun terkejutlah. Meluat dan geli pula aku tengok cleaner tu menyampah!
Kalau
Hari sergah aku tak apalah juga, mahu tersenyum sampai ke telinga aku dengan muka merah menyala
. Tengah syok pandang kat kawasan sabun
baju, entah macam mana Hari lalu bawa troli dia. Elokla aku pandang dia,
dia pandang aku. Dia senyum tapi aku cepat-cepat pandang tempat lain malu punya pasal lepas tu baru aku tersenyum. Fuyoo...hensem gila Hari, dia tu
tiap-tiap hari hensem asal senyuman dia sahaja boleh buat aku pengsan 2,3
kali
. Sebelum keluar rehat aku nampak Yik May Ginvera, Kak Ramlah dan
seorang lagi nama apa entah semua dari Guardian masuk dalam Giant. Pukul 1
tengahari aku tunggu aunty tak sampai-sampai. Selalu datang lewat yang jadi
mangsa keluar rehat lambatnya aku juga. Mujur Hippo Jaya datang dulu
kalau tak lewatlah aku keluar, terlepas nak bertembung dengan leng chai aku
tu. Masa nak keluar rehat, baru nampak Aunty Ginvera. Aku malas nak
makan hanya minum air coke sahaja dah kenyang pun. Tengok henfon aku Ain tak
ada pun telefon, entah jadi ke tak datang jumpa. Sambil rehat macam biasa
online facebook kejap. Lepas tu tengok TV, ceramah agama Ustaz Azhar Idrus. Best betul dan lepas tu singgah Guardian aku nak tengok harga wax rambut berapa ermmm dalam RM16 lebih bolehla aku beli esok. Lepas rehat,
sembang dengan aunty Ginvera pula sambil layan pelanggan dan ushar Hari leng chaiku buat kerja. Dia pun macam buat-buat tak nampak
sahaja. Ralit dengan kerja dia. Aku tergelak dengar cerita aku pun dia tak
pandang, kalau tak dia pandang. Kecewa betul, agaknya dia tak suka cara
aku gelak kot entahla. Petang, merchandiser Darlie datang buat hal
pula dahla tangkap gambar tak minta izin dari Giant lepas tu guna
tempat aunty Ginvera tanpa izinnya. Barang-barang aunty semua letak atas lantai, orang letakla dalam troli nanti pelanggan terpijak macam
mana. Memang bisingla orang tua tu. Mengadu kat Hippo Jaya, Hippo Jaya mengadu kat security. Sebelum Aunty Ginvera keluar rehat dia minta tolong
aku tengokkan merchandiser tu ada susun balik tak barang dia kalau tak
ada dia nak 'bunuh' orang tu!
Aku pun menjalankan tugas aku, nasib dia susun
balik agak lama juga aku ushar merchendiser tu. Masa pelanggan nak beli
barang aku pergilah dekat pelanggan entah macam mana Hari nampak aku,
asyik tengok aku sahaja. Hairan. Masa tu dia dengan Tamang dan cleaner
nepal gatal. Lepas tu aku tengah layan pelanggan india dengan senyuman dan cakap ayat yang selalu aku guna "Just pay in front, No resit, thank you". Hari pandang aku lagi. Apa pula mamat ni??
Masa aku pandang dia tak
nak pandang, masa aku tak nak pandang dia sibuk nak pandang aku. Hati aku mula tak tenteram, berdebar-debar rasanya. Aku
tengok jam lagi setengah jam nak pukul 6 petang Ain tak sampai-sampai. Dahlah masa ni Hari ada depan mata aku. Pukul 6 petang nanti dia keluar rehat
pula dah tak sempat nak 'kenalkan'. Tengah aku tunggu pelanggan datang
aku terdengar bunyi suara orang bising, aku pun pandanglah belakang,
sekali terpandang Hari pula. Dan dia tengah buka kotak sambil
membongkokkan badan agaknya dia pun terkejut terpandang aku juga. Aku
padang dia kejap sambil menjeling manja kononnya. Kali ke dua bunyi suara orang bising
lagi, aku pun cakapla "What was that?!" Lepas tu pergi tengok sambil berjalan lenggang lenggok. Hari pula pandang aku lama dengan
posisi macam tadi. Adoooiiii machonya dia!!
. Aku tak berani nak
pandang lama-lama dekat dia, malu. Ceh sempat aku buat muka serius hehehe, rupa-rupanya ada orang nak pasang cermin untuk susu tin kira renovatelah. Pukul 7 petang, Ain masih tak sampai-sampai aku pula dah nak balik
sebab hari ni aku pagi. Lantakla nak datang datang tak nak datang
sudah! fed up aku. Semalam cakap nak datang! Bengang betul aku! Masa
balik aku kacau Sham lagi, sahaja gurau dengan dia sebagai kawan. Aku
nampak Hari kat luar. Aku perasan sejak seminggu dua ni, jarang terserempak
dengan dia masa rehat dan balik. Tu pun terjumpa dia kat luar, seolah-olah
macam nak keluar awal dan masuk lambat. Nampak sangat tak suka
terserempak dengan aku. Tapi tadi bukan main pandang aku semacam. Hairan tak
paham aku dengan Hari ni. Mungkin hanya kebetulan kot...
Ulasan