Hari Yang Penuh Dugaan
Sampai sahaja Giant nampak salesman
aku. Salesman Greedy pun ada sampai juga. Tak sempat nak siapkan kerja Hippo suruh aku tolong
dia kirakan Dugro. Aku dah agak Aunty Ginvera mesti bising sebab tempat
bio-essence dia dah bertukar tempat. Nak pula Greedy ada dan aunty terbuka cerita
pasal Lai Ling cakap belakang-belakang pasal dia kat Greedy. Mati aku!
Aunty ni aku kata jangan cerita dekat orang lain tapi dia pergi cerita dekat Greedy pula lepas ni mesti Greedy sampaikan dekat Hippo dan Hippo marah aku. Habis kata-kata pedas dia keluar, kadang-kadang orang tua ni tak pandai simpan rahsia susah betol aku dengan dia
. Patutnya dia diam sahaja jangan pergi heboh kat orang. Kecuali hal ni aku dan
dia sahaja tau. Akhirnya aku sendiri kena marah katanya jangan cerita dekat dia pasal all noncence
story. Pula ermmm tak paham aku. Mengamuk gila orang tua tu. Greedy tak boleh nak cakap apa terdiam orang tua tu juga. Aunty kata tunang dia dah tak bagi dia rapat dengan aku lagi dan promoter
lain. Lepas tu aunty fight dengan aunty P&G pula. Bertekak pasal tempat…aku kire
susu Dugro sorang tapi hippo kate nanti minta tolong aunty ginvera tapi aku tak kisah buat seorang sebab dah sedia maklum dia mesti sibuk punya hari ni tengok kaunter dia kelam kabut
pun aku dah tau. Tengahari lagi aku dah nampak Hari sibuk tengah tarik barang dari receiving room. Barang
dari department dia dah sampai jadi dia kena susunla. Fuyoo! Dia nampak seksi pula hari ni
. Butang bahagian dadanya terdedah sedikit. Aih buat dosa sahaja aku ni. Tapi aku faham dia dekat belakang stor panas dah tu
tarik barang banyak. Kesian dia aku tengok. Sampai department dia rileks kejap. Nampak sangat baru lepas buat kerja dekat belakang stor sampai berpeluh. Tengah kusyuk tengok Aunty Ginvera buat kerja
tiba-tiba entah macam mana aku terdengar sounds macam ‘psst2x’. Aku pandanglah, Hari rupanya dia
panggil Greedy sebab ada pelanggan nak tanya. Wow! He smile. So
handsome. So matured
. Wow! Tapi tak pandang pun orang macam aku ni. Tak suka gamaknya. Aku dan aunty tak banyak cakap. Cakap pun pasal barang dia sahaja. Petang, Encik Kamsun minta tolong aku gantungkan travel
kit ubat gigi Giant dan set pemotong kuku. Sementara tunggu Encik Kamsun ambilkan tangga
berbual kejap dengan aunty. Kebetulan dia pun tengah panjat tangga nak topup barang dekat
atas. Lepas tu tiba-tiba Encik Kamsun panggil aku dekat kawasan sabun baju. Cepat-cepat aku pergi sambil
tersengih-sengih ceh!
Entah macam mana Hari ada pula kat kawasan sabun baju tengah buat kerja. Aku tersenyum dan terpandang dia. Dia pula pandang aku. Woi seriusnya dia!
. Encik Kamsun panjat dan bagi barang dari atas, aku sambut dari bawah. Lepas ambil barang dari Encik Kamsun
kami pun blah. Dah tu lalu betul-betul depan Hari. Aku dah segan dan hati ni berdebak-debuk aku perasan dia ada pandang aku. Malunya
. Pukul 5 petang, aku rehat terus pergi pinjam buku kat D
Sukses. Masa aunty balik aku sahaja nak pergi kat dia masa tu dia pergi kaunter baru lepas membeli-belah tiba-tiba dia marah aku lagi tak bagi aku pergi kat dia. Mak aih! Tersentap aku
kot
. Terasala. Malam, aku join sembang dengan Greedy dan Aunty Apachee. Bosan tak ada siapa
nak ajak sembang. Ermmm mereka ni kalau tak sembang seks tak sah. Yang tak boleh blah ayat Greedy kata dekat aku “Kalau lelaki tinggi batang panjang, kalau lelaki pendek macam Hari batang
pendek” Mak aih! Malu gila aku merah padam muka
. Tiba-tiba nama Hari terbabit
pula. Tak pasal-pasal kutuk boyfriend tak jadi aku tu! Kesian Hari belakang-belakang orang kutuk dia. Ni kali kedua aku dengar orang kutuk pasal Hari. Masa pertama kali tu aku mula-mula masuk Giant sebagai promoter, aku terdengar promoter dari bahagian pakaian kutuk Hari kata dia tak boleh pakai. Hai entahla mulut orang perempuan biasalah
.
Ulasan