Kacaknya Lenchaiku
Hari ni aku shif pagi, tak sangka hari ni Gedempol datang. Aku tolong Hippo susun
barang shampoo brand baru. Hippo dan Gedempol syok gosip dan chit chat pula
. Aku terdengar Hippo cerita pasal kes aku hari isnin. Itu pun nak cerita kat orang ke?? Diam-diam sudah
la!
. Sembang cakap orang macam ni walhal dia pun 2x5 jugak!
Gedempol asyik membontot Hippo, Hippo pun membontot Gedempol juga. Aku ushar kejap barang mandian, mak aih! tempat
aunty ader 3 sahaja, tak silap aku tempat aunty ada 6. Sah! Gedempol rampas tempat aunty! Bukan dia, Hippo yang alihkan. Matilah dia kalau aunty tau! Hari ni banyak barang Gedempol sampai jadi
merchandiser dan supervisor dia ada juga. Mereka tengah ambil tempat Safi dan Follow Me kawasan gondola. Pukul 12 tengahari, ayah datang Giant shopping. Macam biasa aku pun nak ‘shopping’
juga. Ayah tanya aku “Nak beli apa?” Kebetulan Hari ada kat kawasan sabun baju. Aku ingat
nak suruh ayah temankan ambikl Kellog’s Speacial K. Entah macam mana ayah pergi kawasan sabun baju
pula nak beli sabun baju kat rumah dah habis, jenuh aku panggil ayah. Nak masuk kawasan tu
maluuu
…comfirm dia pandang aku semacam. Lepas tu aku pergi kawasan susu dan kellog’s, jenuh aku
mencari Kellog’s Speacial K kegemaran aku tak ada langsung. Comfirm dah habis tengah sibuk
mencari, Hari pula lalu. Aku pun buat-buat tak nampaklah segan pun ada. Mula-mula dia tak perasan, lepas tu
baru perasan dia pandang aku pula. Pukul 5.30 petang, aku tengok Hari buat kerja sibuk angkat pencuci
lantai Good Maid dekat tempat asal, offer dah habis kot. Lepas tu Encik Mohd Anuar datang jumpa dia, terus peluk bahu anak buah kesayangan bawa belakang. Hari ni aku nampak dia tersenyum dan ketawa
bergurau dengan bos kesayangan dan merchandiser Rexona. Wah! hensemnya
. Pukul 5.55 petang, aunty cakap kalau nak tengok wayang cerita Abraham Lincoln Vampire Hunter esok pergilah dengan
Lindy dia temankan. Alaaa nak pergi dengan aunty, seganlah pergi dengan Lindy. Akhirnya tak jadi pergi
kecewa betul, tak apalah gaji nanti beli CD sahaja. Lepas tu sembang-sembang dengan aunty dekat kawasan block
Good Maid. Aku ada sembang pasal Hippo gurau-gurau kutuk sampai mengekek-ngekek aku dan aunty
gelak, cepat-cepat aunty tegur aku Hippo ada dekat kawasan susu baby takut dia terdengar. Ala tadi
dia sibuk pergi cerita hal semalam kat Gedempol biar dia pula rasa baru sama adil kan?
Pukul 7 malam, tengah
syok sembang dengan aunty ternampak Hari lalu kawasan sabun baju sambil bawa kotak cepat-cepat
aku undur ke belakang sambil pandang dia. Aku panggil aunty buat isyarat mata, yang bermaksud
“Aunty, sini Hari nak buat kerja.” Sebab aku tau block tu Hari nak uruskan. Nak letak
pencuci pinggan brand Labour ada offer. Sempat lagi aunty usik Hari tanya dia betul ke Tamang ada 5 isteri? Tak habis-habis aunty ni:P. Kalau tanya Hari ‘Dah kahwin ke belum?” Tak apalah juga nak juga tau yang my handsome boy tu single lagi ke tak?
Pukul 7.10 malam, baru
aku balik. Sengaja balik lambat nak berborak dengan aunty kejap. Masa nak balik nampak Hari macam nak cari sesuatu, sah! Cari salotape. Kesian dia. Nak bagi pinjam karang dia tak cakap terima kasih
pulak kat aku. Lain kali bawalah salotape sendiri senang dah tau awak kerja buat block. Sebelum
balik aku dah plan lepak Cyber Cafe Tropikana.Net nak update semua laman sosial aku kecuali
Tagged and Facebook. Gedempol nak join aku pergi Cyber Cafe ikutkan dia ajak pergi MP3 dekat padang futsal ada Cyber Cafe juga tapi tak naklah aku dah biasa Tropikana. Nak pula aku baru lesen L, selamat tak payah ikut
ceh! Ingat nak pergi Cyber Cafe hari ni isnin tapi pendrive pula lupa bawa sayangla. Sampai Cyber Cafe, chit chat
dengan Ain puas-puas dalam Facebook. Entah macam mana tengah syok online komputer hang pula. Mujur semua dah settle tinggal blog sahaja aku belum update esok aku pergi Cyber Cafe lagi. Pukul 9.15 malam terus
balik tapi sebelum balik aku makan kejap dekat Wau Bulan, kebulur dah. Pesan nasi putih dengan
daging merah dan sirap ais
. Lepas tu baru balik…
Ulasan