Kejadian Di Hari Jumaat
Sebelum pegi
kerja aku ajak ayah isi minyak motor, dah tinggal separuh dah…ingat nk isi semalam,
tak pegi-pegi pun...Sebelum aunty pegi rehat semapt dia bagitahu yang gedempol tu penipu besar! cakap dia semua tak boleh percaya...Tengahari, hippo bagitahu baranh aku dah sampai, banyakla jugak...baru nak sampai, bulan ni barang aku sampai 2 kali...macam mana nak ada sales?? Syok gila barang aku dah sampai, kawasan minyak wangi forum aku adjust sikit...minyak wangi aunty Nugeno aku tolak tepi sikit apa nak buat kali ni aku pulak ambik tempat aku...Dulu dia buat kat aku sekarang aku pulak buat kat dia tapi aku minta izin la dulu kat dia tu pun dah kire bersyukur aku cakap elok-elok tau...mujur dia kate ok saje...aunty dah kecoh ada berita tergempar kes rompakan...petronas depan kamdar dan shell kampung koh kena rompak…2 tempat sekaligus…kate aunty jalan
jam sebab ada roadblock traffic light depan Tesco…dalam puluhan ribu jugakla rugi…aunty
jugak ada citer, jiran dia ada di datangi lelaki bersenjata nak rompak…semua jiran-jiran dia
tutup pintu…tak sangka aku, memang masuk paper la ni…ermmmm manjung dan sitiawan dah tak selamat lagi dah…mujur aku lalu kat kawasan lorong bonggol (manjung point), tak adala aku
terperangkap dalam kesesakan…dan patutla ayah ajak lalu kawasan belakang shell taman samudera…dan tak sangka jugak, Si Perang Rosmawati datang pulak hari ni buat check stock...aunty ada cakap yang Greedy ada cakap dengan dia yang En. Kamsun marahkan aku masa hari isnin...Kent dan En. Kamsun gaduh! Dah terbongkar rahsia!...bodoh punya Greedy hari tu cakap macam tak bagi aku bagitau sape-sape ni dia sendiri bagitau aunty...aku dah berterus terang dengan aunty, aku tak nakla cerita kat aunty tak nak susahkan dia...aunty pun dah start bla3x, sampai bagi aku stress jugak, cara cakap macam nak lepas tangan dari masalah aku kire tak nak masuk campur...tula masalahnya, sepatutnya kalau kawan baik dia patut bagi aku sokongan sama-sama bantu masalah bukan buat aku macam ni...memang tekanan gilerla wei!...tengokla sekarang apa dah jadi, bila aku cerita kate tak boleh tido malam sebab stress sangatla hapela dan tak bagi aku cerita 'all noncence story' kat dia sampai marah-marah aku...sekarang? dia pulak cakap sampai aku stress yang boleh buat aku tak boleh tido malam tak apa pulak...heran betol aku orang tua tu! aku banyak diam saje...lepas bebankan aku dengan stress, aku buat tak tau saje...baru isnin aku release tension kat kedai mamak Nasi Kandar Lumut, datang pulak tension lagi...aku rasa Giant paling teruk tekanan aku dapat, Tesco ok lagi...kemudian boleh pulak kate Ah Ching tak bagi dia rapat dengan aku dan promoter lain, hari tu kate abang dia tak bagi dia rapat dengan aku dan promoter lain cakap macam mana entah??? pelik aku...aku pun buat tak tau dan banyak diamkan diri...susun barang-barang yang baru sampai pun lambat-lambat...aku kalau dah stress memang tak boleh nak beri tumpuan pada sales...susun barang kat kaca sikit punya penuh, tak tau nak simpan mana lagi dah...ada 2 barang tak muat nak letak kat cermin losyen syurah dan pembersih peribadi syurah manjakani...Hippo suruh aku simpan dekat atas tapi aku tak suka simpan atas malas nak panjat...dah tu tangga bukan senang nak dapat...akhirnya ada lebih aku sorok belakang losyen tracia raphsody 600ml...lepas tu aku ternampak Hari dengan susun barang area dia dari celah-celah sabun baju...entah macam mana tiba-tiba aunty panggil aku lepas tu aku pun pegila dia tunjukkan aku anak perempuan En. Kamsun, kebetulan En. Kamsun datang shopping...kate aunty anak perempuan dia la ada penyakit...eh! dah lain rambut En. Kamsun...botak!...Hippo pun kelam kabut sibuk nak tau jugak...lepas tu aku tengah rajin facing, tiba-tiba Sui Ching supervisor safi datang kat aku tanya pasal Greedy...Ai takkan super pun tak tau anak buah pegi mana?? hairan...aku cakap sajela tak tau...lepas habis susun barang, aku nak pegi buang kotak kat belakang...elok nak keluar dari tempat buang sampah bertembung dengan Hari pulak, dia keluar dari loose form...dia pandang aku, aku pun terpandangla dia tu pun cepat-cepat pandang tempat lain tak sanggup aku nak pandang lama-lama maluuu...tapi aku keluar dulu dia bagi laluan kat aku...elokla aku keluar tarik troli, dia keluar tarik high jack ceh!...lepas letak troli kat luar nak masuk dalam balik, bertembung lagi dengan Hari sama-sama nak masuk...macam tadila dia pandang aku, aku pandang dia cepat-cepat pandang tempat lain lepas tu aku yang masuk dulu...sebelum aku keluar rehat, aku dan aunty sembang dengan Tamang pasal negara Nepal tempat tinggal tamang...masa rehat aku just lepak kat Mr. Cendol makan cendol biasa sajesambil membaca novel...tengok syok baca novel datang pulak si perang dahla tu duduk semeja dengan aku pulak...aku pulak dah tak senang duduk, mujur masa tu aku dah habis makan cendol kalau tak depan-depan dia aku termuntah hape...aku tak banyak cakap dia yang banyak cakap dengan aku, sepatah di tanya sepatah aku jawap...katenya kejap lagi dia nak pegi check stock stock kat guardian pulak...lepas tu setengah jam rehat terus blah, banyak keja tak siap katenya yela tu entah-entah bosan duduk dengan aku...cendol makan pun tak habis...membazir! nak masuk kerja, terserempak Hari dia pandang aku, aku buat-buat tak nampak. Dia pun nak masuk aku pulak sengaja nak masuk lambat seganla biar dia pulak masuk dulu...masa dia nak isi air kat tangki air dengan ishok aku lalu cepat-cepat...lepas rehat terus aku cerita kat aunty pasal si perang tadi...sebelum aunty balik, hippo ada bagi amaran kat aunty jangan pegi tandas setengah jam masuk, puuulaak!...bila masa aunty tandas setengah jam...apa dia merepek aku pun tak tau ceh!...malam, entah macam mana tiba-tiba gempar dapat tangkap pencuri...kecoh kat tempat kaunter rokok...ramai orang berkerumun, aku pun tak terlepas tengok kejadian tu...aku tengok pencuri tu di soal siasat...kebetulan kat tempat tu aku ternampak Hari kat kawasan nak buat tanda harga, dia pun tengok jerla kejadian tu...lepas tu aku tanya hippo, dia kate pencuri tu dah kena tangkap dan nak bawa pegi balai...katenya lagi pencuri tu melayu dia curi barang kat Guardian...aku pun ikut hippo sampai kat kawasan jual CD, sengaja ikut dia walhal nak tengok Hari (dalam keadaan macam ni sempat jugak aku he3)...aku pandang dia, tak sangka dia pun pandang aku jugak...kate hippo CD pun pencuri tu nak curi tapi tak jadi dan plastik pun nampak terkoyak...malam ni aku sorang saje jadi aku pun buat sales kaw2...tengah syok2 nak facing deo nivea lelaki, aku ternampak Hari lagi tercegat kat tengah-tengah jalan depan HBA...tak ada keja la tu, asyik pandang orang lalu lalang...entah macam mana aku pandang dia, dia pun pandang aku...mok! maluuu giler aku, terus aku lari dalam hati allah saje la yang tahu...pukul 9.15 malam, aku berdiri kat blok pencuci pinggan lepak dengan hippo, aku ternampak Hari berbual dan bergurau dengan promoter softline...aku tengok pun panas saje hati! rasa nak cekik saje mamat ni! bohongla kalau aku kate yang aku tak cemburu, cemburu beb! tapi apa kan daya siapala aku di matanya, kecewa tol aku :( apa-apa pun hari jumaat macam-macam dugaan pulak merompakla mencurila...bak kate aunty, dengar pun bulu roma semua naik:D…
Ulasan