Kenangan Yang Tak Dapat Di Lupakan

Petang, En Kamsun minta tolong aku buatkan tanda harga pewarna rambut jenama Liesse. 9 kotak kesemuanya, kebetulan aku pun tak ada kerja nak buat. Pelanggan pun tengah tak ada. Jadi aku pun tolonglah. Masa aku nak scan pewarna rambut ada 4 kotak tak boleh nak scan. Cari barang tak keluar. Ah! Sudah apa hal pula ni??. Jadi aku pun cuba sekali lagi. Tiba-tiba tengah kusut selesaikan masalah scan kotak pewarna rambut Liesse entah macam mana 3 orang leng chai Abang Bob, security dan…HARI!!. Oh! my godness! Dia kat sini?? Apa dia buat kat sini?? Aduhh! nak tercabut jantung aku, panas muka aku mula terasa. Terkejut dan berderau darah. Terus nak buat kerja tak senang siot, kelam kabut jadinya. Habis berpeluh aku. Dahlah aku seorang sahaja perempuan kat situ Entah macam mana tiba-tiba Hari buat pertama kali bersuara dengan aku “Akak tolong buatkan harga" slang Nepal. Apa?! Akak?! Ceh! Silap-silap dia lagi tua dari aku nak tak nak aku pun tolonglah dia buatkan harga tapi aku buat barang aku dulu. Lepas tu aku tanya dia “Nak buat 1 ke 2?”. Lepas tu dia cakap “1”. Aku tengok cara pandangan dia pun macam tak tentu arah entahlah. Tapi aku buatkan untuk dia 2 sebab tak cukup 14 item. Agak dalam 2, 3 kali jugalah aku cakap “Sorry”. Almaklumlah mengelupur aku masa nak buat kerja nak-nak depan MHB (My Handsome Boy) aku tu . Dan yang tak sangkanya, barang dia yang nak buat harga tu TIN ARAK TIGER. Ah! Sudah aku pun dah serba salah nak pegang ke tak nak?? Kalau boleh aku tak nak pegang. Mujur Hari paham kot dia cakap “Tak apa saya pegang, scan sahaja.”. Selamat dunia akhirat! Fuh! Lepas, selesai semua aku dan Hari tunggu print harga keluar, keluar sahaja terus dia rembat dulu. Amboi! macam tak menyabor-nyabor. Lepas tu koyak harga barang dia dan terus blah macam tu tak ada cakap pun “thank you”. Tak guna punya leng chai! Penat-penat saya buatkan untuk awak macam ni awak balas ya?? Tak apa. Dhal yang aku buatkan harga untuk dia pun pandai cakap “thank you” kat aku. Masa aku nak ambil paper print harga dari tangan dia, aku dapat rasa kekasaran tangan dia. muke aku dah merah masa tu dalam hati Allah SWT sahajalah yang tahu. Aku berani kerat jarilah mesti dia perasan aku mengelabah sahaja buat kerja tadi. Lepas kejadian tu, aku tak berani nak pandang dia. Dia asyik tengok aku sahaja. Cepat-cepat aku menyorok sebelah Aunty Ginvera. Maluuuu beb!. Sampai aunty perasan yang aku asyik menyorok sebelah dia kata “Apa hal pula ni??”. Aku cakaplah “Hide from someone”. Aunty berdiri aku berdiri, aunty cangkung aku pun cangkung juga sebelah dia ceh!. Tapi aku tak cerita perkara sebenar, cuma cerita pasal ada masalah tentang nak scan harga pewarna rambut tak boleh nak keluar dekat komputer. Nasib aunty nak tolong aku lagi sekali buat, mujur dapat buat kecuali 1 pewarna rambut sahaja yang tak boleh nak cari. Cakap dengan Encik Kamsun katanya salah pejabat. Entahla. Tapi apa-apa pun kes tadi sumpah! sampai kiamat aku tak akan lupa. Serius wei macam nak luruh jantung aku rasa nak pengsan pun ada. Betol-betol gilala!

Ulasan

PrincezZara berkata…
kenangan memang sampai mati xleh lupe...hu3x

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)