Supervisor Syurah Vs Manager Giant

Pagi, macam biasalah sibuk buat check stock, top up barang dan order barang. Hari ni sedikit pun aku tak pandang Hari. Dia pun macam biasa serius juga. Masa aku nak pergi ambil troli tak sangka bertembung dengan Hari. Dia pula masa tu bawa masuk troli. Tak sangka dia boleh lalu betul-betul bersebelahan aku. Kira berselisih dengan dialah, tapi aku buat-buat tak nampak pandang tempat lain. Maluuu. Kadang-kadang ada juga terpandang. Kalau dia senyum pun pandang orang lain. Biasalah orang benci aku! Aku malas nak amik port! Tapi kan tengah aku nak susun barang tiba-tiba terdengar Hari menguap kuat pula tu, terkejut aku. Tak senonoh betul perangai dia, mengantukla tu. Tak cukup tidur kot. Dan lepas tu Encik Kamsun minta tolong aku buatkan harga. Sebelum buat harga aku buat harga deodoran roll on. Entah macam mana baru nak guna ada orang guna dulu. Kat bahagian softline. Mak aih! Agak setengah jam jugala aku tunggu. Sambil tu aku ada baca suratkhabar The Sun. Dhal pun nak guna juga komputer akhirnya mengalah dia sebab nak kena tunggu lama. Rupa-rupanya kak tu tengah order barang. Patutla lambat gila. Tengahari, aku tengok Greedy susun barang dia katanya barang dah sampai lama cuma belum susun lagi sahaja ingatkan tak nak datang Giant hari ni. Dia ada cakap dengan aku yang Sham ada cakap dekat dia “Kenapa Siti masam sahaja, dah tak tegur lagi dah. Nak tegur tak berani. Saya ada buat salah dekat dia ke?? Kalau saya ada buat salah dekat dia saya minta maaflah. Kirim salam dekat dia”. Terharu aku dengar, Greedy nak korek rahsia kenapa aku dengan Sham dah tak tegur, aku malas nak cerita banyak biarlah aku dan Aunty Ginvera sahaja yang tahu. Kata Greedy lagi Sham tu bukannya apa dia hanya usik-usik dan gurau-gurau sahaja sama macam promoter lain juga. Tapi ada orang bawa mulut kata Sham suka kat aku. Tergamam aku seketika. Aku kena fikir juga aku tak nak sebenarnya orang bawa mulut pasal kami lagi lebih baik aku dengan dia begini sahaja. Petang, Lai Ling datang tengok muka dia pun aku rasa nak muntah. Macam biasa dia pot pet pot pet dengan aku. Tau pula datang hari isnin, masa Aunty Ginvera cuti masa tu dia datang. Dah terang lagi jelas takut nak jumpa Aunty Ginvera. Takut aunty 'bunuh' dia!. Lepas tu supervisor suruh aku pergi pejabat cari Encik Kamsun untuk order barang alasannya dia pakai selipar nak pergi pejabat tak boleh pakai selipar. Dah tau nak pergi order barang pakai selipar buat apa bodoh! Aku ada tanya kat supervisor aku pasal barang kegunaan peribadi dah tamat tempoh, katanya boleh pakai lagi tak ada masalah. Boleh pakai lagi? Tak ada masalah? Nak mampus ape orang tu ni rosak muka aku ada kau nak tanggung?! Mujur aku tak pakai barang Shurah atau Irise. Lepas jumpa dengan supervisor aku tu, Hippo pula tiba-tiba tanya aku "Siti, you bergaduh apa dengan Encik Kamsun?" Apa?! Bergaduh?! Bergaduh apa pula ni?! Aku dah mula tak sedap hati ni. Kata Hippo dan Greedy pun menyampuk Encik Kamsun tengah marah pasal aku sebab Kent pergi jumpa Encik Kamsun. Supervisor dan Kent tengah gaduh, tak puas hati sebab aku berkawan baik sangat dengan Aunty Ginvera. Sales makin merosotlah, dah pandai lawan supervisorlah, Aunty Ginvera cucuk akulah apalah. Kata Hippo lagi Encik Kamsun ada kata kalau Hippo nak buang aku dari Giant buanglah dia tak kisah dan dia pun tak nak ada promoter shurah pun stand Giant. Promoter shurah semuanya bagi masalah kecuali Aunty May Fong. Masalah apa pula ni? Aku tak buat salah pun, aku bukan tak tolong mereka buat kerja ada juga tolong. Yang aku sakit hati, Si Kent botak tu pergi lapor kat Encik Kamsun buat apa?! cakap sahajalah depan aku. Kata Greedy lagi semua ni punca dari Kak Nor dia pandai tipu orang lepas tu cucuk Lai Ling, jadi bila dah jadi macam tu akulah yang jadi mangsa. Dia rasa Lai Ling ada masalah mental. Lagi-lagi Kak Nor penipu tu!! Teringat cakap Aunty Ginvera dia pernah cakap  yang Kak Nor suka stand Giant dan dia tak akan sekali-kali bagi aku stand Giant sebab tu dia nak tendang aku keluar. Memang betul cakap Aunty Ginvera. Lepas mereka cakap macam tu aku dah mula risau, tak sedap hati, sedih, sakit hati . Hari ni aku betul-betul tak boleh nak tumpukan perhatian sales aku. Dan aku tak sanggup cerita kat Aunty Ginvera nanti tak pasal-pasal kena marah macam hari tu. Dia tu bukannya boleh, lagipun aku tak nak susahkan dia. Biarlah aku tanggung seorang. Kalau aku kena tendang keluar Giant pun biarlah dia tak tau apa-apa. Betul-betul tension wei!! Menangis mengenangkan nasib aku. Betul cakap Aunty Ginvera, mereka macam nak bagi Aunty Ginvera kena tendang daripada Giant pula. Dan kerja promoting line ni betul-betul boleh buat aku tension!. Patutlah supervisor aku tu beria suruh pergi pejabat entah-entah ni cerita bodohnya! Aku berdoa masa cepat berlalu sebelum balik aku nak lepak Lumut release tension. Masa rehat, Aunty Ginvera mesej katanya tak jadi tengok wayang sebab Lindy nak tengok cerita lain Prometheus pasal alien. Tapi aku nak cubatengok Abraham Lincoln Vampire Hunter 3D. Akhirnya dia kata tengok cerita tu hari khamis nanti. Pukul 7 petang, aku pergi lepak kat Marina Wing, sempat mesej Ain kejap. Hampir merajuk aku dia tak nak balik Lumut sebab esok birthday dia aku nak meraikan bersama dia. Aku mengadu kat Ain pasal kejadian tadi. Cerita pasal Sham dan Hari pun aku ada cerita. Ringan sikit masalah aku, pukul 8 malam tengah syok nak tenangkan fikiran nyamuk pula datang banyak adooiii ai banyak gila!. Boleh gatal badan ni! Terus pergi food court Marina Wing. Baru nak pesan makanan pun ada nyamuk banyak juga ayooo! tak selesa aku!. Ish! tak sembur nyamuk ke kat Marina ni?? Aku pun dah tak tau nak pergi mana KFC ke kedai mamak Lumut. Akhirnya pergi kedai mamak nasi kandar depan BSN Lumut, release tension kat situ pula ceh! Aku pesan nasi goreng ayam dan teh o ais. Entah kenapa asyik teringatkan Hari sahaja. Rindunya aku pada senyuman dia. Sambil makan tengok berita, pukul 9.15 malam baru balik tak larat aku nak duduk lama-lama kat kedai mamak. Makin lama tengok muka mamak makin kuat ingatan aku kat Hari pula ceh! Apa nak buat rindu punya pasal

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)