~Aku Merajuk, Dia Pujuk~
Hairee call minta tolong aku tapi bukan pasal duit. Dia tanya, ingat tak masa aku dan dia pergi cucuk duit RM 100 kat BSN, Lumut ada hotel kat sebelah BSN? Aku buat-buat lupa dan tak ingat, tak ada mood nak melayan. Dia minta aku tolong tanya kat hotel tu 1 malam berapa? Malasnya nak pergi, aku cakap tengoklah kalau sempat. Esok dia datang nak tidur kat sana. Kalau ok dia bank in kat aku duit, lepas tu tolong bookingkan. Aku cakap kenapa tak tanya sendiri? Alasan dia malas, sekarang ni kat Ipoh. Aku lagi 2x ganda malas nak pergi tanya dengan mood down lagi, lepas tu kerja banyak esok takut tak sempat. Hairee kata, dia esok petang baru nak gerak dan baru cadang nak belanja aku makan malam. Belanja makan malam apa bendanya, aku mana boleh keluar malam. Dia suruh aku cuba ambil risalah atau nombor telefon hotel tu pula, dia akan call sendiri. Aku iyakan saja. Entah macam mana dia perasan aku macam tak ada mood. Dia tanya kenapa nak marah ni? Aku cakap mana ada. Hairee tanya lagi kenapa? Suruh aku cakap dia tak marah. Aku nak cakap pun serba salah, dah dia pun paksa aku bercakap. Aku bagitahu yang pasal semalam tu, cakap dengan dia tak payah risau sangat pasal aku. Aku ni dah besar bukannya budak-budak lagi, nanti kalau ada apa-apa aku bagitahu sajalah. Dia dah pelik pasal semalam? Kenapa dengan semalam? Ai cepat no dah nyanyok. Aku malas betul nak ulang cakap. Dia suruh aku cakap agaknya tak jelas dan lupa. Aku ulang balik apa aku cakap tadi. Hairee cakap benda itu pun aku fikir? Aku kata banyak lagi. Dia suruh cakap malam ni dia ajak berborak sebab malam aku dan dia jarang berborak. Aku masih rasa serba salah nak cakap. Dia kata kalau aku simpan dalam kepala, mati aku dan sampai bila-bila masalah tak akan selesai. Aku cakap selama ni dia pun tak pernah pun nak kata risau ke apa. Selama ni aku keluar pun sorang-sorang, pergi mana-mana pun sorang-sorang, keluar jalan-jalan sorang-sorang, shopping sorang-sorang tak ada pula nak kata risau ke apa. Entah apa penyakit semalam tiba-tiba kata risaukan aku pula. Hairee tanya jadi aku terasa hatilah pasal semalam tu? Kata dia, semalam dia cuma buat bergurau saja tak akan itu pun aku nak ambil serius sebab selama ni dia tanya ok saja tak akan semalam tanya pula tak boleh. Pelik bergurau apa macam tu, macam nak telan aku saja. Aku kata mana ada bergurau, bergurau ke semalam? bergurau apa bendanya, sound serious saja. Dia kata dia cuma cakap saja semalam jangan bagi dia risau. Hairee tu suka sangat nak tunjuk garang dengan aku. Dia cakap dah dia memang macam tu, aku macamlah baru kenal dia. Tapi aku tak suka cara dia. Katanya, dia lelaki mestilah nak bagi maintain suara sebab nak bagi aku takut sikit dengan dia. Pasal kongkong tu tak ada masalah, aku nak buat apa tapi aku kena taulah hukum hakamnya macam mana.sebab nak tau yang aku ni Hairee punya. Jadi aku tak boleh buat bukan-bukan. Kalau bab kongkong nak keluar tu tak ada function. Aku baru nak cakap, dia suruh aku dengar dulu dia cakap. Dia nak jelaskan betul-betul. katanya kalau aku nak keluar ke nak pergi mana pun itu hal aku bukan hal dia tapi bab keselamatan tu penting supaya dia tau aku dekat mana. Aku nak bercakap, Hairee suruh aku dengar lagi dia cakap. Bila masanya aku nak bercakap, dia asyik pok pek pok pek. Dia mula nak bising pasal aku menyampuk dia tak abis lagi cakap. Dia cakap dia bukan nak suruh aku buat report setiap hari, sekurang-kurangnya 1 hari tu mesej la dia ni tak diam memanjang. Hairee tanya kenapa? sayang sangat ke kredit tu nak mesej dia? Setakat 1 sen takkan nak kedekut? Itu yang buat dia terasa hati sebenarnya. Kalau boleh dia nak aku mesej dia 1 hari tu tanya dia tengah buat apa? ganggu ke apa semua senang hati dia. Entahlah aku lebih suka lelaki text aku dulu dari aku text lelaki. Hairee kata dia bukannya suruh aku report, dia tak mengharapkan report tu tapi kalau aku nak buat pun boleh tak nak buat pun tak apa. Kata dia lagi jangan sampai 1 masa dia kongkong hidup aku dan aku dah nak jadi isteri dia dah pun. Aku cakap habis kalau macam tu perlu ke tunjuk garang dengan aku? Hairee kata dia saja nak tunjuk garang kat aku supaya aku takut dengan dia. Hairee tanya selama ni pernah ke dia tak pernah tunjuk garang dengan aku? Memang ada. Katanya dia tak adalah sampai nak kongkong hidup aku sebab dia tau aku pun ada aktiviti yang aku nak buat dan aku pun tak pernah tanya dia pergi mana, buat apa jadi kenapa perlu dia tanya? Cuma dia tanya aku keluar dengan siapa? siapa kawan aku? Sebab itu tanya sekadar dalam telefon bukannya nak bagi report. Hairee tanya aku, ada apa lagi yang tak puas hati? Aku kata lagipun pergi ipoh bukan pergi sorang, pergi dengan ibu. Dia cakap itu dia tau aku pun ada bagitahu yang aku pergi rumah si Fendi. Aku cakap nanti kalau aku nak mesej, nanti aku mesejlah kalut sangat lagipun dia kan sibuk masa tu. Hairee tanya habis tu kenapa marah? Dia pun tak terasa hati pun, cuma dia terasa hati aku tak mesej dia diam saja. Kalau 3 hari dia diam, 3 harilah aku diam setahun dia diam, setahun aku pun diam terus. Hairee tegur aku sebab 1 sifat aku yang dia tak suka sangat, dia berterus terang dengan aku. Dia minta, kalau aku dan dia ada masalah tolong bagitahu. Macam mana aku nak bagitahu kalau dia...dia macam tak nak bagi aku peluang aku nak bercakap, asyik menyembang pasal diri sendiri saja, lebih baik aku bercerita dengan Ain. Hairee kata mengadu dengan Ain pula, lepas tu comfirm aku dan Ain kutuk dia. Bila masa pula aku kutuk. Aku baru nak cakap Hairee dah mengusik aku pula adeeehhh :P Hairee kata aku suka cakap tergagap-gagap. Bila masa la pula. Hairee kata mulai hari ini apa-apa masalah bincang berdua, siap tanya aku lagi setuju? Aku pun setuju saja. Jenuh si Hairee pujuk aku. Katanya baru dia tau yang aku ni pandai merajuk, dah lama dia tak tengok aku merajuk sebab susah nak tengok aku merajuk. Hairee tanya aku susah ke nak merajuk? Mana ada susah nak merajuk, kalau aku diam tu tandanya aku merajukla tu. Aku cakap kalau aku diam tu pandai-pandaila tau sendiri. Hairee kata sebab tu dia tanya aku ada masalah ke? Sebab ini bukan pertama kali aku buat. Dah aku bagitahu tadi macam mana aku nak bagitahu kalau asyik cerita pasal diri sendiri saja. Masa itu hari dia call aku ada tanya boleh sembang lagi tak, sebab aku ada nak cerita dan lagipun dah lama tak berborak panjang dengan dia. Baik aku cerita dengan Ain. Hairee tanya Ain ada tak cakap yang dia tu kejam? Aku memang macam ni kalau ada masalah aku lebih suka diam tak pun mengadu kat Ain. Hairee tanya yang dia tu kasar ke dengan aku? Aku jawap ya. Hairee tanya kasar daripada mana? Aku malas nak jawap, Hairee paksa aku jawap. Aku kata cara tegur kasar sangat. Hairee nak aku faham kerja dia macam mana, suara dia pun jadi tertinggi. Dah biasa marah-marah orang, dia minta maaf kalau benda ni jadi isu. Hairee kata dia pun ada masalah, kerja banyak. Dia nak cerita tapi macam serba salah pula, akhirnya kata nanti jumpa baru dia cerita. Aku pula ada benda nak bagitahu dia, Hairee suruh aku cakap. Aku cerita yang itu hari aku ada mesej kawan baik dia si Ika, budak Penang tapi dia tak balas mesej kat whatsapp aku. Aku mesej dia pun bagi salam saja. Ikutkan hati nak saja aku cakap lain kali jangan kacau boyfriend orang, kalau orang dah tak nak tu tak payahlah nak terhegeh-hegeh lagi buat semak saja. Hairee tanya bila aku whatsapp si Ika? Aku cakap hari tu. Hairee tanya aku cemburu ke? Dah kata yang aku ni kuat cemburu. Hairee tanya lagi cemburu ke? Aku kata ya. Hairee cakap pernah ke dia cemburu? Katanya lagi kalau pasal benda lain mungkin aku boleh bercakap, tapi kalau pasal perempuan dalam hidup dia ada aku seorang saja. Susah payah dia nak dapatkan aku, susah payah dia tunggu aku, susah payah dia nak dapatkan semua ni sayang gila dia nak buang macam tu. Aku cukup tak suka perempuan nak menyondol hak orang, nak saja aku cari pasal dengan perempuan tu. Hairee kata bukan dia yang buat masalah dengan perempuan tu, perempuan tu yang buat masalah dengan dia. Hairee suruh aku marah perempuan tu bukannya dia. Kata Hairee sekurang-kurangnya dia terus-terang dan jujur dengan aku, dia tak pernah tipu aku pun. Hairee tanya sayang dia tak? Aku jawap ya, sayang. Hairee tanya sayang macam mana, kalau skala 1-10? Aku jawap 8. Hairee tanya lagi 2 mana? Aku jawap belum sampai lagi he5x :D Gelak pula si Hairee tu..
Ulasan