~Hari Malas Boyfriend Aku~

Hairee call aku, mengadu lapar. Katanya perut dia dahlah macam perut gajah hahahahaha. Asyik nak makan saja memanjang. Aku tanya macam mana nak kurus kalau asyik nak makan saja. Katanya lagi no comment, dia pun malas nak cakap dah. Sabar saja aku kata. Hairee cakap dia memang dah tak boleh nak kurus nak buat macam mana. Aku suruh dia diet. Katanya susah. Nak seribu daya tak nak seribu dalih adoi rungsing aku. Dia suka makan susah lah. Katanya lagi makanan adalah yang paling sedap. Kalau aku tolak makanan maknanya aku tolak rezekilah katanya. Memang lah tolak rezeki tapi kesihatan tu kenalah jaga juga. Hairee cakap dia makan pun bukannya sampai nak mati, cuma makan dalam kuantiti yang tak banyak. Katanya dia tengah berjalan, nanti tengah sedap berborak kena sambut dengan kereta pula. Keluar paper esok budak mati kena langgar pasal main telefon hahahahaha bengong boyfriend aku ni. Katanya lagi hari ni tak ada buat apa-apa dan tak ada pergi mana-mana hanya duduk kat kerusi saja. Aku tanya tak bosan ke? Hairee cakap dia duduk kat kerusi urut sehari suntuk. Dia punya malas sampai tarik peti ais, pergi kat peti ais tu letak sebelah kerusi urut. Tv letak dekat, tutup langsir bagi gelap 1 alam lepas tu pasang aircond kuat-kuat duduk situ sorang-sorang. Dah macam hantu dia hari ni katanya, itu pun baru keluar. Katanya bayangkan kerusi urut tu mungkin dah penat kot hahahahaha. Mana taknya dari pukul 9 pagi sampai pukul 4 atau 5 petang, berurut badan sedap rasa. Katanya lagi, dia bawa keluar kerusi urut tu yang asalnya letak dalam stor, selama ni kerusi urut tu menyemak saja kat ruang tamu sebab tu dia letak dalam stor pasal lama tak pakai. Jadi dia pun terfikir, rasanya ada kerusi urut. Itu yang dia bawa keluar dari stor. Hairee kata nak bawa keluar kerusi urut tu ya rabbi ya tuhan nak tercirit rasa nya hahahahaha. Katanya berat kerusi urut tu sama dengan 3 biji tong gas. Akhirnya, baru dia terfikir kerusi urut tu ada roda dia lupa hahahahaha. Katanya lagi, roda tu sepatutnya ada suis boleh buka jadi roda tu akan nampak. Hairee kata dia pun bodoh pergi tarik sampai karpet pun koyak. Lepas tu dia baca manual kerusi tu rupa-rupanya ada roda, mati-mati dia pergi terajang roda kerusi tu. Aku kata dah lama tak pakai, siapa suruh simpan. Katanya, lepas dia pasang kerusi tu baru dia tolak. Kerusi urut tu juga yang dia salahkan. Hairee tanya aku, hari ni apa pula cerita. Malam tadi aku ikut ibu pergi farmasi, lepas tu baru pergi makan kat Zaharul Kitchen Manjung. Hairee tanya lagi, macam mana pergi Seminar hari ni? Ok ke? Aku jawapla ok cuma yang datang tadi pun majoriti perempuan, lelaki ada dalam 5 atau 6 orang saja. Hairee tanya tak ada ke seminar hanya untuk lelaki-lelaki gatal? Aku kata seminar ni tentang gangguan seksual kanak-kanak OKU. Dia ulang lagi sekali soalan dia. Bengang betul aku, kalau seminar tu dia seorang sajalah pergi aku tak nak pergi. Bengong. Katanya lagi, kalau ada dia orang yang pertama datang. Gampang :( Hairee gelak-gelakkan aku, kawan-kawan dia hari ni ajak dianya keluar. Aku mengadu kat Hairee tadi kat seminar aku malulah juga pasal seksualiti bukan saja penceramah sentuh tentang kanak-kanak, yang dewasa pun dia sentuh juga tapi tak banyak. Hairee tanya gangguan seksual ke apa? Yela gangguan seksual. Dia tanya lagi penceramah tu lelaki ke perempuan? Aku kata la penceramah tu doktor dari Hospital Besar Ipoh juga. Dia tanya lagi hospital swasta ke kerajaan? Mestila hospital kerajaan, apalah boyfriend aku ni. Aku bagitahu la yang penceramah tu dulu lecturer aku masa kursus perguruan. Hairee tanya aku ada tergur doktor tu ke? Lepas tu tanya pensyarah tu kenal tak ke buat-buat tak kenal? Mestilah kenal aku, dah aku bekas pelajar dia. Hairee cakap ingatkan buat-buat tak kenal, kalau tak, malu. Menyampah aku kalau bercakap dengan dia, asyik nak membahan aku saja. Kata Hairee, benda tu biasalah normal. Tiba-tiba Hairee cakap dengan aku kereta Exora yang baru keluar cantik sangat. Aku tanya habis tu nak beli lagi? Katanya dia tengah memikir sekarang sebab tengok prototype kat Proton Manjung memang cantik dan besar sangat. Excited betul dianya. Dia dah mula mengidam kereta tu, smart katanya. Kawan dia ada tanya nak ke? Hairee kata kalau macam ni berubah fikiran ni. Aku diam saja dengar dia bercakap. Katanya lagi dia nak trade in kereta dia yang sekarang, lepas tu beli kereta tu. Comfirm duit aku juga dia nak rembat. Hairee kata kereta tu warna hitam dengan putih, warna hitam memang nampak ganas katanya. Aku siap perli, suruh dia beli sampai 10 buah kereta. Katanya, dia mengidam dan suka kereta apa-apa jenis, yang paling kereta dia suka sampai sekarang tak dapat lagi kereta Nissan Skyline 2004 punya. Dia teringin nak beli, tapi sampai sekarang tak dapat beli sebab dia cuma fikir ada 2 kerusi saja. Kereta tu besar tapi ada 2 kerusi saja. Katanya lagi kereta tu memang laju, kawan dia pernah pakai kereta tu dan boleh mencecah 260km/j. Hairee kata bayangkan rasanya kereta tu boleh terbang kot. Dia tanya esok aku nak tengok wayang kan? Nak tengok movie apa? Aku kata tengoklah kalau movie best, aku pun dah bosan duduk rumah. Hairee tanya kalau tak ada movie yang best? Aku jawap baliklah apa lagi. Gelak pula dia. Tak pun aku lepak CC ke. Kata Hairee lagi, aku ni macam dia dulu, masa muda-muda. Aku tanya kenapa? Katanya dia suka pergi CC. Aku pergi CC bukan buat apa pun cuma download movie saja. Hairee kata masa dia zaman dulu-dulu pergi CC main game, tak main game layan movie, layan anime. Standart lah tu budak-budak lelaki kalau pergi CC. Kata Hairee dia suka tengok anime. Anime dengan kartun lain nak bagitahu aku awal-awal. Macamlah aku tak tau, ingat aku tak layan anime ke? Walaupun dia dah bekerja, masih layan anime lagi. Katanya nanti dia nak bagi aku tengok koleksi anime dia, ada 1 rak buku komik anime dia punya saja termasuk DVD, CD anime. Katanya lagi kalau jual boleh beli motor secondhand. Dah nak jadi bapak budak pun layan benda-benda tu lagi. Hairee kata 1 kotak DVD anime saja dah RM 100 lebih. Contohlah full episode ada 99 episode 1 kotak CD tu yang paling mahal dia pernah beli punya One Piece saja dah RM 290. Hairee mengaku yang dia gila anime, sebut saja anime apa semua dia dah tengok dah. Aku kata normallah tu budak lelaki. Katanya dia pun tak buat kerja bukan-bukan, kadang-kadang mak dia marah juga. Padan muka dah tua bangka masih layan anime lagi. Dia cakap dah hobi nak buat macam mana. Katanya lagi hobi dia tak suka buat koleksi tapi suka kumpul komik Hairee cerita yang kawan dia pula suka kumpul koleksi kereta, kereta bukan sebarang kereta tapi jenis Mercedes Benz. Jenis lama ada baru pun ada, yang baru punya dari USA kawan dia anak orang kaya, anak Dato. Dan kawan Hairee pun polis juga sama macam dia. Paling latest Mercedes Benz kawan dia ada, C class 320cc hampir setengah juta harganya. Katanya kereta tu tak ada masuk Malaysia lagi, lagi sorang kawan dia kat Kelantan suka kumpul kereta BMW. Dan dia pun terfikir nak kumpul kereta, nak kumpul kereta apa? Perodua? Wira? Kancil? Proton? hahahahaha kumpul lemak sajalah. Bila aku nak beli kereta bising siap cakap nak beli kereta banyak-banyak nak buat apa bagai. Dia pun sama juga nak beli kereta lain. Hairee tanya tau tak sejak bila dia mengumpul kereta? Dia mula mengumpul kereta sejak dia jadi polis. Masa mula-mula masuk polis dia kumpul motor dan ada dua buah motor dulu. Lepas bila basic gaji dia dah naik, beli kereta secondhand masa tu dia pakai kereta Iswara dan Wira. Katanya, selepas dapat gaji pertama dan kedua pula dia trade in Iswara dia ambil kereta Nissan Skyline GTR yang ada dua pintu. Masa tu pula ekonomi tengah gawat, dia jual kereta tu dengan orang cina RM 30 ribu. Lepas tu dia stay pakai Wira dulu, masuk 2 tahun dia pakai kereta Alza pula. Dia ambil kereta Alza pun tahun 2015, baru lagi. Lepas tu pula dia beli Hilux dengan cina. Elok dia membebel bercerita itu ini baru sampai rumah, keluar pun semata-mata nak makan rojak mee punya pasal. Pelik aku ada pula rojak mee. Gara-gara nak makan rojak mee sanggup keluar jalan kaki sebab kereta dia tak boleh nak keluar. Aku bising juga kenapa tak naik kereta saja? Bersusah payah nak jalan kaki pula. Hairee merungut letih berjalan, lepas tu tanya aku dah mengantuk ke? Aku mana ada mengantuk dah dengar dia punya cerita punya aku 'ermm' kan sajalah. Dia suruh aku pula yang bercerita, siap perli aku karang kata dia asyik call aku nak yang itu saja jadi dia suruh aku bercerita puas-puas. Dah dia menyembang aku dengar sajalah, tak kan nak menyampok pula. Kang aku menyampok kang bising pula. Hairee suruh aku bercakap. Aku blur tak tau nak cakap apa. Hairee dah mula membebel bila bagi peluang bercakap aku tak bercakap pula. Aku suruh dia tunggu kejap nak cari idea tak tau nak cakap apa. Hairee cakap cerita la apa-apa saja kucing berlari ke semalam? Kucing kena langgar ke? Hahahahaha bingai boyfriend aku ni. Sabar saja aku. Aku cakap kejapla dia pula macam bising apasal ni kejap-kejap? Macam ni ke latest story punya? Dah aku tak ada benda nak cerita nak buat macam mana nak bising pula. Hairee kata dia banyak benda kalau nak cerita dengan aku. Banyak gila katanya, siap tanya aku nak cerita apa? Aku kata cerita saja lah. Tiba-tiba dia mengarut pergi cerita pasal Dragon Ball pula. Akhirnya dia pass kat aku balik suruh cerita masa kat seminar, tadi dah cerita pasal pergi seminar berapa banyak kali nak cerita. Hairee tanya seminar tu memang diwajibkan ambil ke macam mana? Seminar tu nak datang boleh tak nak datang pun tak apa, dari aku duduk rumah tak ada buat apa baik aku pergi program yang beri aku manfaat. Dia tanya kena bayar ke? Yang kena bayar tu orang luar, kakitangan tak ada kena bayar. Dia tanya lagi berapa jam seminar tu? 8.30 pagi sampai pukul 1 tengahari. Hairee tanya ada makan tak? Aku cakap ada tapi untuk breakfast sajalah, tengahari tak ada. Itu yang balik dari seminar tengahari ayah ajak aku makan. Hairee dah terkejut tengahari tak ada makanan? Apa punya seminar pergi potong kepala lah. Gelak aku bingai hahahahah. Kedekut nak mampos punya seminar, marah si Hairee. Kata Hairee, dulu masa dia masuk polis pergi seminar banyak makan dari seminar. Kerja dia asyik keluar makan saja, bukannya dengar seminar pun. Katanya lagi kalau tak silap dalam tahun 2013 atau 2014, masa tu dia pergi Sarawak ada seminar seminggu sekali dengan training masa pergi badan dia tak besar sangat balik dari seminar terus jadi besar gila. Katanya nak tau kenapa? Sebab malam saja keluar makan, makan udang bakar lah sotong bakarlah semua telan asal bakar saja kalau orang pun boleh bakar dah lama dia bakar hahahahahahampeh. Hairee kata murah pula tu dengan team dia memang jenis suka melantak dia dengan geng dia. Kalau dah macam itu rupanya, kalau dah kahwin dengan dia memang aku kena masak banyaklah jawapnya kurang-kurang mahu 5 lauk ni. Katanya dia sekurang-kurangnya ada 2 lauk 1 sayur, kalau tak ada lauk ikan goreng dengan sambal belacan pun dah boleh hidup dah. Tapi kalau sayur goreng 2 jenis saja dia makan, sayur kangkung dengan kobis saja. Aku ingat lagi dia ada bagitahu aku hari tu. Kire simple sajalah. Hairee tanya yang aku tau kan dia tak makan bawang? Itu pun aku tau. Dia cakap dia memang tak suka makan bawang, tak sedap katanya. Baru aku teringat nak bagitahu dia yang bulan 11 ni aku ada konvokesyen. Hairee tanya konvokesyen apa? Aku kan baru habis kursus perguruan tahun ni baru nak konvo. Tanya Hairee lagi taska punya ke? Aku cakap bukan ni yang dah tamat dalam kursus perguruan. Hairee cakap dengan aku exgirlfriend dia masa kat Kelantan, tapi tak adalah sampai jadi ex la baru kenal-kenal. Perempuan tu bukan cikgu taska tapi owner taska, Hairee berkawan dengan perempuan tu. Lepas tu Hairee minta putus pun bersebab. Sebabnya si Hairee tak tahan. Tiba-tiba cemburu aku datang dan tanya yang aku ni yang kedua lah? Kata si Hairee, dia minta putus pun sebab pasal tiap-tiap hari bertanya, naik rungsing kepala dia. Aku cakap perempuan tu tanya apa? Tanya yang biasa-biasa ke? Kata Hairee lagi macam-macam di tanya dari pagi sampai ke malam. Perempuan tu tanya aktiviti dia pergi mana? semua nak ditanya dalam seluar Hairee pun dia nk tau. Beristighfar panjang aku. Katanya, masa tu dia lost contact terus dengan perempuan tu. Aku tanya lepas tu layan ke? Hairee kata layan apa dah lost contact. Lepas tu dia pun dah sampai rumah dan bagitahu lagi 15 minit dia akan call aku balik. Hairee pesan dengan aku jangan tidur lagi, mana pula aku nak tidur. Katanya, kalau aku tidur cucuk biji mata. hahahahahaha ada saja mamat ni.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)