~Call Masa Cuti~

Hairee tanya aku dekat mana? Aku cakap kat kampung. Dia tanya kampung dekat mana? Aku cakap kat Johor. Dia tanya lagi Johor Bharu kat mana? Johor Bharu apa pula merepek ni, aku cakap kat Batu Pahat. Dia macam pelik pula, Batu Pahat??? Dia tanya aku Batu Pahat kampung apa? Aku cakap adalah. Kalau aku bagitahu dia nak stalkerlah tu. Aku cakap bukan kampung tapi taman perumahan. Hairee tanya taman apa? Aku tanya kenapa? Hairee suruh aku cakap. Aku cakap kat tamanlah. Hairee kata takkan dia nak pergi siasat, tanya saja taman mana? Aku pun ingat-ingat lupa taman perumahan apa atok duduk. Aku cakap taman tu belakang Hotel Catherina. Si Hairee pula salah dengar Sultan Aminah perginya adeeehhh...Hairee tanya yang bangunan tinggi tu ke? Itu kawasan perumahan kan? Aku iyakan saja. Macam tau saja dianya tempat tu. Hairee macam pelik lagi, Batu Pahat? Semalam dia pergi Batu Pahat tak ada pun aku. Aku kata siapa suruh cari. Hairee tanya semalam aku pergi mana? Hairee kata semalam dia check nombor aku kat mana? Dah agak dah mesti nak stalker punya. Hairee kata suka hatilah, nak stalker bini dia. Bila masa pula aku bini dia entahlah. Dia cakap aku kat kampung mana entah. Sibuk betul mamat ni, tak senang aku dengan cara dia. Aku tak ada nak stalker, dia pula yang sibuk-sibuk. Aku balik kampung bukan keluar dengan lelaki lain. Hairee cakap dia saja buang tebiat memang dia stalker aku semalam, apa guna ada kuasa.Tapi Aku tak suka, macam tak bebas nak ke mana-mana macam ada cctv kat sekeliling aku. Lepas tu boleh pula cakap guraula tak adala apa benda la. Katanya memang dia stalker aku, tapi dah tak buat dah. Hairee tanya bila aku balik? Hari Rabu sampai Ahad aku cuti. Hairee kata best betul aku cuti. Dah ibu ajak aku balik kampung pasal pak andak meninggal. Hairee tanya kenapa ayah tak ikut? Ayah ada appointment esoknya. Hairee kata boleh delay appointment tu sebab ada orang meninggal. Ibu cakap tak nak tangguh, kalau boleh dia nak tengok pak andak sebelum dikebumikan. Hairee kata bukanlah, appointment tu boleh delay. Aku kata tak taulah dah ayah tak nak ikut. Hairee pelik, katanya kalau dia tengok ayah macam tak suka balik Batu Pahat. Ayah selalu balik Muar tapi saudara mara belah Muar adalah datang melawat pak andak meninggal. Hairee cakap masa raya pun sama ayah balik Muar. Aku bagitahulah yang ayah tak berapa rapat dengan keluarga ibu. Hairee kata dah agak dah. Walhal atok aku tu mak saudara ayah. Hairee kata sebenarnya appointment tu memang tuahla, ibu memang nak ajak kan? Tapi ayah yang tak nak ikut kan? Sebab appointment tu boleh delay, Hairee tau. Entahlah aku, mungkin doktor dah tetapkan tarikh. Hairee tiba-tiba cakap dengan aku, nak makan bihun. Aku kata pergilah makan. Hairee kata bukan suruh dia, dia tanya aku nak makan bihun? Tak berapa paham aku si Hairee cakap melalut-lalut. Hairee tanya aku, Isnin kerja tak? Aku kata kerja. Dia tanya balik pukul berapa? Macam biasalah balik, pukul 4.30 petang. Hairee tanya boleh ambil half day ke? Aku bukan tak nak ambil half day nanti penyelia bising pula, dahlah itu hari bergaduh besar dengan dia. Hairee tanya bergaduh pasal apa? Aku ingat memang nak cerita pun, memandangkan dia asyik sibuk sampai terlupa nak cerita. Jadi aku pun ceritalah kat dia hari ni, aku bagitahu yang setiap tahun mesti ada bergaduh atau tak puas hati dengan penyelia. Hari tu kebetulan aku pergi kerja mengantuk, rasa penat pagi-pagi aku tertidulah sekejap. Masa tu belum pukul 9 pagi lagi, lepas tu dia turun bawah nak buat kerja. Penyelia tanya kenapa tak sihat ke? Aku kata tak adalah, tak ada apa-apa. Lepas tu, penyelia cakap kalau tak sihat pergila klinik. Aku kata sikit saja tapi boleh lagi terus aku buat kerja. Entah macam mana penyelia tengking aku depan anak-anak murid, dia kata tak payah nak tunjuk rajin, pergi saja ambil MC tinggalkan semua kerja tu. Hairee tanya lelaki ke? Aku cakap lelaki, umur dalam 60an bekas navy bukan pencen tapi berhenti. Aku cakap dengan Hairee, aku banyak diam malas nak bertekak dengan orang tua tu tapi tahun-tahun lepas mesti bergaduh dan melawan cakap dia. Hairee tanya kenapa penyelia tu berhenti navy? Dibuang ke dihenti? Aku cakap navy berhenti. Aku bagtahulah Hairee, penyelia tu masa dalam navy suka melawan orang atasan, pegawai-pegawai. Kalau tak puas hati dengan orang atasan atau sesiapa saja dia akan cari pasal dan melawan balik. Hairee kata kalau dia ada kat situ comfirm penyelia dah kena pijak. Aku bagi contoh takut Hairee tak faham, andai kata penyelia kerja dibawah dia dan ada yang tak puas hati mesti dia akan melawan balik sebab rasa yang dia tu betul akan hentam baliklah walhal dia tu hanya orang bawahan saja. Hairee kata kalau dia dah lama acu pistol kat kepala dia. Aku ada bagitahu Hairee yang masa kejadian tu aku ada mengadu kat Sam, kawab baik aku. Nak mengadu kat Hairee dia pula sibuk dengan roadblock. Masa aku mengadu kat Sam sampai menangis-nangis aku, tak tahan. Hairee tanya kawan baik aku tak tanya ke kenapa tak mengadu dengan Hairee? Tak ada pula tanya cuma bagitahu yang Hairee sibuk dengan roadblock sebelum raya haji itu hari, lagi seminggu nak raya haji macam tu. Aku cakaplah kat Hairee selalunya aku balik pukul 4.30 petang, minta penyelia balik awal pukul 3.30 petang nak pergi klinik walhal melencong pergi tengok wayang kih5x...stress wei, lantaklah tension duduk kat bengkel lama-lama dengan stress macam tu. Hairee tanya dia nak jumpa aku nanti boleh tak? Aku tanya bila? Aku cakap esok dan hari isnin memang tak boleh nak ambil half day sebab banyak kerja. Hairee kata nanti tengokla hari sabtu atau ahad, dia nak jumpa aku. Aku bagitahu Hairee kalau tak sabtu ni aku nak lepak dengan Abby, kawan baik aku tak jadi pula sebab dah balik kampung. Aku dah minta maaf kat Abby tak dapat lepak sama. Hairee tanya kawan yang mana duduk manjung? Ala aku ada cerita dengan dia hari tu. Hairee tanya lelaki ke? Aku kata bukan, yang duduk manjung Abby kata lain kali sajalah lepak. Kebetulan sabtu ni Hari Malaysia itu yang dia ajak lepak. Jumaat aku cuti sampai ahad, Sabtu aku ada seminar kat Ipoh dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 1 tengahari. Penyelia suruh aku pergi dengan cikgu baru tu, aku cakap tak naklah mesti dia pergi dengan suami dan anak-anak. Kalau dia pergi sorang tak apalah, boleh juga join. Hairee kata tak apalah Sabtu dia cuba datang dan kalau free dia hantarkan aku. Aku kata tak payahlah, dah cakap dengan ayah minta dia hantarkan. Hairee kata kejap dia nak pergi tandas. Aku tersalah dengar ingat dia nak pergi kerja. Hairee kata dia cuti hari ni.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)