Mood Ke Laut

Hari ni aku dah masuk kerja, rasa tak puas cuti kat kampung selama 5 hari. Dan hari ni juga aku ganti puasa. Ngooi Yong Chiang bagi aku nota dari orang tua tu. Orang tua tu bagi senarai pembayaran duit yang dia dah guna. Pukul 9.30 pagi, orang tua tu elok nak pergi kilang straw aku panggil dia tanya berkenaan kewangan yang dia guna untuk bayar duit KWSP dan SOCSO. Katanya, duit untuk pembayaran KWSP dan SOCSO pelatih guna duit hasil jualan air kotak, bundle dan kraftangan. Duit yuran Razi dan Yew Kok Yong dia guna untuk bayar roadtax van. Patut aku tengok duit yuran Razi dan Yew Kok Yong tak ada dia dah buatkan rupanya dan pelik juga mana dia letak duit yuran? Rupanya dia pakai dulu untuk bayar roadtax dan katanya dapat kebenaran dari En. Munisamy. Orang tua ni suka-suka buat macam tu. Mati-mati aku ingatkan hari tu En. Munisamy tanya pasal duit banyak dalam tupperware. Penat-penat aku kumpul, dah tinggal sikit dah. Aku tanya orang tua tu, hari rabu tak panggil En. Munisamy ke? Dia datang tak? Katanya orang tua tu, dia tak datang. Datang pun masa hari jumaat. Dah tau tak datang kenapa tak panggil dia suruh datang? Lembab!! Hari tu dia dah cakap kalau panggil dia akan datang untuk claim payment. Aku dah agak dia takkan nak panggilnya En. Munisamy tu. Dan En. Munisamy pula, kalau boleh tak nak berurusan dengan dia nak juga berurusan dengan aku sebab aku bahagian akaun, tu 1 dan yang ke 2nya dua-dua ekor ni mana ngam antara satu sama lain. Masing-masing nak ikut kepala sendiri! Aku siapkan jahitan saja hari ni, malas nak buat kerja lain. Aku dah telefon En. Munisamy datang bengkel untuk claim payment, tak datang pula mungkin hujan pagi ni tu dia tak datang. Selalunya kalau hujan memang dia tak datang punya. Masa rehat tengahari, aku online whatsapp kejap. Hari ni aku balik lambat, ingat dah claim payment dan dapat duit nak balik awallah sikit pergi bank-in duit gaji pelatih. Esok jugalah nampak gayanya. Pukul 4.45 petang lepas layan movie sambil menjahit, ingat nak tidur kejap. Sebelum tidur sempat online whatsapp, Hairee whatsapp aku pukul 2.35 petang tadi dia tanya kenapa tak whatsapp dia? Nak whatsapp macam mana aku kerja...aku tanya dia tak kerja ke? Agaknya dia tengok aku macam moody tanya aku kenapa sekarang ni suka nak marah dia? Atau aku ni memang tak suka dia whatsapp aku? Aku bukan apa memang aku tak ada mood nak layan dia, sakit hati pasal semalam. Dah puas marah aku pasal tak bagitahu yang aku nak balik perak bagai, lagi tanya macam tu. Yang tu dah 1 hal, yang ke dua pula sejak dia dah on whatsapp balik aku jadi takut nak online whatsapp. Bukan apa, sebab hari tu dia kata kalau dah on whatsapp balik dia nak gambar bukan-bukan itu yang aku tak nak. Asal malam saja aku buat-buat sibuk walaupun memang sibuk sikit dan memang aku tak online whatsapp kalau tak selalu saja aku online tak kira pagi, petang, malam. Telefon pun macam tu, atas pukul 12 tengahmalam kalau tak ajak sembang mesti ajak phone sex. Sejak dia berani minta bukan-bukan dengan aku, aku pula jadi tak berani dan takut. Entahlah, hubungan aku dengan dia macam tak ke mana...tak ada hala tuju...tak nampak kat mana bahagianya...Nak layan dia pun macam malas. Perempuan lain kalau ada orang tersayang mesti rasa bahagia dan rasa selamat tapi aku?...Ingat aku suka ke situasi macam ni? Ingat aku ni perempuan murah ke? Pelacur? Aku dah cakap dah aku bukan jenis perempuan senang bagi macam tu. Belum ada apa-apa hubungan yang sah dah berani minta itu ini. Aku pun ada maruah juga...Sempat lagi dia hantar gambar, katanya dia kat futsal malam baru kerja. Dia kata nak kuruskan badan sikit, dah gemuk. Sedar diri pun aku ingat tak sedar. Hari tu aku ada suruh diet tak nak, dengan perut buncitnya dah macam 4, 5 bulan pregnant aku tengok. Pegawai polis apa perut ke depan? Aku ingat kalau polis ni badan mesti sado sikit dengan segaknya, tegapnya. Aku xtaula mamat ni :( Pukul 6.45 petang aku balik. Sampai rumah pukul 7.15 petang, terus aku panaskan lauk ayam masak merah. Selesai ambil nasi dan lauk kebetulan maghrib dah masuk terus aku berbuka sambil sambung layan cerita Bruce Almighty, pelakon komedi kegemaran aku Jim Carrey. Kelakar habis :D Pukul 8.45 malam, aku nak mandi tengok handphone aku kejap ada 2 misscall dari si Hairee pukul 8.30 malam. Dah kenapa call time isyak pula ni? Terus aku online whatsapp, whatsapp dia kejap minta maaf pasal tak jawap telefon tengah siap nak solat isyak walhal mandi pun belum lagi. Pukul 9.30 malam, aku online whatsapp lagi tengok Hairee tak balas mesej aku just baca saja. Nampak sangat tengah kerja, terus aku off. Lantak dialah nak balas, balas tak nak sudah...ada aku kisah sangat? 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)