~Hairee Dah Sampai KL~

Hairee tanya aku, kenapa dp whatsapp aku tak ada gambar? Bila pula tak ada gambar, ada saja. Katanya tak ada pun. Aku dah letak gambar dah. Hairee tanya bila? Aku baru nak on whatsapp. Hairee kata nanti buat. Katanya lagi, dia membuta saja kat rumah hari ni letih punya pasal. Aku dah agak dah. Esok dia ada meeting sebab tu tidur. Sempat menguap mengeliat depan aku, buruk betul peel. Aku tanya dia, dah tidur tu tak mandi ke? Hairee kata, dia tak mandi lagi bujang lagi tak apalah. Dia betul² mengantuk dan letih hari ni. Letihnya apa naik flight, turun flight jalan terus mana datang letihnya. Hairee tanya dah makan ke? Aku cakap dah pagi tadi. Hairee tanya lagi, tengahari ni, tak makan? Aku tak makan lagi tengahari sebab pagi dah makan. Katanya, kalau dia pagi dah makan tengahari kena makan lagi. Kalau tengahari dah makan, malam pun mesti kena makan. Hairee memang, kuat melantak...kuat membuta dan paling penting kuat main. Katanya lagi, pagi kena makan tapi sikit sajalah, tengahari makan banyak, malam pula makan banyak². Hairee mengadu hari ni dia sakit kepala. Sakit kepala biasa sebab baru bangun. Aku ingat dia tak ada migrain, sekali Hairee bagitahu dia ada migrain. Tiba² Hairee tanya aku pasal semalam, lepas tidur dia ada terbatuk sekejap. Lepas batuk dia tidur balik lepas tu dia punya kepala sebelah kiri sakit gila. Hairee tanya aku kenapa? Aku tanya dia balik tak pergi klinik ke? Tanya aku, aku bukannya doktor. Lepas bagi alasan MALAS. Katanya, kawan dia cakap kalau migrain sakit separuh kepala saja. Kalau macam tu sah²lah ada migrain. Aku tanya lagi selalunya yang ada migrain doktor ada kasi ubat kan? Katanya lagi, ada. Aku tanya dah makan ke ubatnya? Katanya dah makan. Hairee panggil aku dan tanya aku balik pukul berapa? Aku pun tak tau lagi balik pukul berapa? Hairee tanya, banyak kerja lagi ke? Haah...Hairee pesan kat aku, kerja kat tempat kerja buat kat tempat kerja jangan bawa balik rumah. Kerja banyak pun buat slow². Aku tanya dia hari ni tak kerja ke? Katanya, hari ni dia tak kerja cuti. Aku tanya lagi esoklah kerjanya? Katanya lagi esok atau lusa. Hairee tanya aku, sabtu ni tengok wayang pagi ke petang? Baru aku teringat Sabtu ni 30 haribulan aku kerja, kalau nak tengok wayang tengahari atau petang. Hairee tanya aku 30 haribulan kerja ke? Aku kerja cuma half day lah, kalau nak selepas aku balik kerja terus pergi Aeonlah. Hairee tanya balik tengahari kan? Aku kata balik tengahari sampai pukul 1. Katanya, daripada KL dia gerak subuh jadi dia sampai pun tengahari dia pun tak apalah tunggu aku kat station bus. Aku tanya, nak tunggu kat mana? Hairee kata tunggu kat Station Bus Lumut. Aku tanya dia lagi, jadi maknanya nak aku ambil dia kat sana, macam tu? Hairee tanya, jauh tak? Jauhnya nak kena ambil dia kat Lumut lepas tu patah balik ke Manjung balik, pelik juga kenapa tak turun kat Station Bus Manjung saja kan dekat tak adalah aku nak berpatah balik. Hairee tanya lagi, jauh tak? Jauhlah, kalau dari Sitiawan ke Lumut adalah dalam 15 minit ke 20 minit. Hairee siap perli aku, ingat jauh sampai 1 jam setengah ke, 15 minit jauhlah sangat. Lepas tu cop aku pemalas. Aku bukan pemalas kalau dia standby duit untuk minyak motor aku tak apa ni aku kena keluar duit sendiri topup minyak. Dia pemalas tak apa, kita pemalas nak bising...nak perli. Hairee kata nanti aku ambil sebab dia pun malas nak balik Manjung. Aku cakaplah turun kat Manjung pun tak apa, Station Bus Manjung kan ada. Boleh pula tanya aku nak dia turun kat manjung ke? Yalah lagi senang kerja aku. Hairee kata boleh saja, bukan stakat kat Manjung, kat depan rumah aku pun dia sanggup turun😄. Katanya, betullah dia cakap lebih baik turun kat rumah aku dari turun kat Manjung ke Ipoh ke Teluk Intan ke. Nak mengarut saja. Hairee tanya aku sibuk ke? Aku tak adalah sibuk mana, layan facebook saja. Hairee cakap main facebook lagi, tak bosan ke? Tak adalah, aku pun baru hari ni tengok facebook. Hairee tanya aku banyak ke friendlist kat facebook? Aku cakap kawan tak ramai adalah dalam 700 friends macam tulah. Terkejut Hairee bila aku cakap macam tu. Tak ramai lah itu pun kawan-kawan sekolah, kawan-kawan sekerja, kawan-kawan university. Hairee pelik 700 friendlist tak ramai sempat dia tanya kalau ramai berapa? Aku cakaplah 1k. Hairee cakap aku ni mengarut😚. Lepas tu dia tanya pasal anak² murid aku pula. Diorang semua ok saja. Hari ni sini hujan pagi tadi. Si Hairee dah pekak bila aku dok cakap, nampak sangat tak focus. Pelik pula kenapa hujan di tanyanya. Dah hujan nak turun aku cerita saja lah, hujan tapi tak lebatlah. Hairee tanya lagi hujan tapi tak lebat? Pukul berapa? Aku agak dalam pukul 7 pagi atau 8 pagi macam tu. Hairee tanya lagi tadi naik motor pergi kerja tak basah? Elok aku dah sampai tempat kerja, baru hujan turun kalau tak lencun lah aku. Katanya, dia pun tak tau nak buat apa hari ni? Aku suruh dia termenung saja, tengok dinding...tengok lantai. Sempat lagi dia menyanyi, katanya leh jadi gila kalau dia termenung. Hairee tanya aku tengah mengajar ke? Aku cakap tengah menjahit sambil layan facebook. Hairee perli aku kata inilah namanya cikgu tak bertauliah😄😅 Lagipun anak murid tengah sibuk buat kerja. Hairee tanya yang cikgu pergi layan facebook buat apa? Ala sekejap saja pun bukannya lama, sibuk betul😝. Tiba² Hairee suruh aku sekejap jangan letak phone, entah apalah yang dibuatnya. Sempat aku melayan anak murid aku sekejap. Elok aku mengusik Teoh Pei Ji, Hairee pula menyampuk. Aku tanya pergi mana? makan ke? Hairee kata makan apanya? dalam mimpi? Tak makan lagi. Aku dah mula bising, suruh bangun mandi suka sangat bangun lambat. Tu aku kata kalau bangun lambat memang aku simbah pakai baldi air. Hairee cakap memang patutlah dia cuti. Aku cakap itu yang kena mandi atas katil tu, dia pun follow ayat aku. Mabuk agaknya boyfriend aku ni😂😂.  Hairee kata esok ada meeting kena bawa semua, dah lama dia tak balik rumah kat KL. Katanya, rumah dia kat KL tu rumah flat saja 6 tingkat, bukan flat tapi macam kondo. Rumah tu rumah beli, kalau tak kena bayar sewa. Cuma seminggu sekali atau 2 minggu sekali mak dia hantarkan orang suruh bersihkan rumah. Hairee tanya aku, tau tak perkhidmatan cleaner secara online tu? Aku tau. Mak dia guna perkhidmatan tu call saja, sebab dia pun jarang datang rumah. Sebenarnya rumah tu mak dia yang hadiahkan sempena hari jadi 2 tahun lalu kalau tak silap dia. Ini pun rumah ni bank lelong, bila bank lelong mak dia belilah. Nanti bila dah kahwin ada 2 rumah lah. Shah Alam, seksyen 2 1, Subang Jaya 1 nanti dia cari kat Manjung lagi 1. Berapa banyak rumahlah dia ni. Katanya lagi, kalau ikutkan rumah dia ada satu saja yang lagi satu tu mak dia hadiahkan. Hairee kata lepas aku dan dia kahwin nanti dia ingat rumah kat Subang Jaya nak bagi orang sewa. Bagus juga, dari tak ada siapa yang duduk. Hairee ajak duduk rumah kat Shah Alam nanti. Lagi berfaedah katanya daripada tak ada orang duduk, lama-lama hantu yang duduk👻😂. Lagipun dia jarang balik situ, nasib baik semua tak berhabuk lagi. Rumah tu lengkap sofa, tv semua ada. Kerusi urut pun ada, cuma kaki saja ada. Katanya, kalau ada rezeki dia nak tukar kerusi urut tu nak pakai yang lain. Aku tanya nak pakai yang mana? Katanya lagi, nak pakai yang besar sikit yang boleh tenggelamkan 1 badan tu yang best tu. Hairee sempat menguap katanya tak lapar tapi mengantuk saja. Aku cakap lepas tu malam tak boleh tidur. Katanya, malam dia tidur lewat pukul 1 pagi atau 2 pagi tapi kalau dia pergi kerja, contohlah pergi kerja pukul 9 pagi tapi pukul 7 dia dah kena bangun dah kalau kat KL. Pukul 7.30 dah kena gerak dah dia tanya aku nak tau kenapa? Sebab kat KL jam, kat Bukit Aman ni jam. Kalau tak, sampai pukul 9 pagi pun tak sampai lagi bukit Aman. Katanya lagi, dia meeting 2 hari esok dan lusa hari jumaat saja free tapi ada kerja juga kat Bukit Aman. Hari Sabtu baru dia jumpa aku. Hairee dah mula gatal nak pegang dada aku, geram katanya lama tak jumpa aku. Dah pasang niat nak pegang² aku. Tak nak aku. Hairee slumber saja cakap ada dia kisah. Motor aku tu nanti dia nak bawakan. Aku ni risau takut motor rosak lagi. Hairee tanya rosak dah kenapa? Nanti rosak lagi motor tu dia juga yang tak selesa. Hairee tanya lagi tak selesa kenapa? Yalah faham² sajalah motor aku tu suka meragam. Hairee kata dia ok saja. Hairee tanya nak pakai motor dia ke? Tak nak aku pakai motor dia bukan reti pun aku bawa. Katanya, kalau aku nak pakai motor dia aku kena peluk dia betu²l. Segan aku tak nak lah. Hairee kata motor dia tonggeng ke belakang, bawa motor besar dapat juga rasa aku punya dada. Aku dah agak dah. Hairee kata gurau saja, kalau dapat dah rezeki jangan ditolak. Banyaklah kau punya rezeki! Hairee suruh aku buat kerja dulu, apa² nanti dia call balik sebab dia pun nak mandi. Lega aku, makin lama layan dia makin miang pula. Katanya, kalau tak mandi nanti mata dia nak terlelap balik. Aku saja mengusik dia, kalau boleh mandi lama² sikit nanti berbau pula😂 Hairee kata dia tak pernah berbau seumur hidup badang dia sentiasa wangi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)