~Saja Sembang Dengan Hairee~
Hairee tanya aku dah tengok ke movie The Mummy 2017 punya. Aku kata dah tengok. Dia kata tak best dan tak seram cerita tu, tak macam movie The Mummy yang dulu. Lepas tu dia tanya lagi dah tengok ke movie American Man...sebut pun tak betul orang American Mad la. Aku jawab pun acuh tak acuh saja malas plak nak layan mamat ni tapi movie tu aku belum tengok lagi macam tak best saja. Hairee kata dia dah tengok thriller, memang best movie tu, kelakar. Dia cakap tahun depan ada movie best akan keluar, Fast & Furious 9, Justice League, The Avenger : Infiniti. Hairee minta maaf kat aku, kaki dia sakit main futsal lama tadi sebab ada geng dari Pangkor main...4, 5 jam lepas tu kawan-kawan dia ajak lepak kat kedai mamak.itu yang lambat. Hairee main futsal dengan kawan-kawan dia kat Manjung. Aku macam malas nak dengar. Dia tanya aku dah mengantuk ke? Memang aku dah mengantuk tunggu dia dah macam tunggul kayu. Aku bisingla siapa suruh lambat? Dia minta maaf lagi, bukan tak nak call aku semalam cuma tak nak ganggu aku tidur. Lepas tu whatsapp dia mesej aku baru baca. Semalam aku online whatsapp memanjang takkanlah buta tak nampak. Hairee kata aku off data dia tanya baru nak tidur ke tengah tidur? Aku ni tengah tidur dah dia call terjaga pula. Dia ingatkan aku tengok movie. Bila masa pula aku tengok movie? Hairee tanya lagi habs tu tengah menjahit? Aku cakap sengaja online, nak tunggu dia text aku. Dah dia macam pekak pula tak dengar. malas aku nak ulang-ulang. Dia tanya lagi habis tu aku tengah buat apa? Dah aku kata tengah tidur, dia pula macam tak percaya. Hairee mula tunjuk perangai mengada-ngada katanya dah lama aku dan dia tak borak-borak. Dia minta aku berborak dengan dia sekejap, 10 minit atau 20 minit. Hairee tanya tak rindu dia ke? Aku kata ya. Dia tanya apa yang ya? Aku kata rindula juga, dah orang tu asyik sibuk saja memanjang. Hairee mengajuk cakap aku rindula jugaaa?? Juga nak kena ada ke? Dia minta maaf lagi saja nak menyakat aku. Hairee bagitau aku, esok petang dia nak main badminton dekat Ipoh. Kebetulan dia cuti jadi nak pergi main badminton. Aku siap perli suruh dia main game sampai lebam. Dia gelak saja, katanya dia bersukan dan nak kuruskan badan. Hairee tanya aku, semalam macam mana ok ke? Ada apa-apa tak nak borak? Ada apa-apa berlaku tak kat kelas? Kena marah ke? Bergaduh ke? Bertumbuk ke? Berbunuh ke? Aku kata tak ada cuma esok ingat nak merayap. Hairee tanya aku nak merayap ke mana? Esok aku ingat nak makan tengahari kat luar dengan anak murid, makan kat KFC Tesco. Hairee tanya anak murid aku yang mana? Sebab aku ramai anak murid. Dia tanya anak murid yang lelaki tu ke? Aku iyakan saja. Hairee tanya dia ada masalah apa? Aku kata masalah slow learner. Hairee tanya umur berapa? Aku jawap 27 tahun. Hairee tanya anak murid kacau aku tak? Aku kata kacau tu tak ada, mengorat tu adalah...biasalah budak-budak macam tu mana tau apa. Hairee tanya yang anak murid aku tau kan yang aku ada dia? Anak murid aku yang lelaki tak tau, anak murid perempuan semua dah tau. Hairee suruh aku cakap dengan anak murid yang siapa cuba nak mengorat aku suruh jumpa Hairee. Kalau anak murid tanya kenapa nak kena jumpa? Nak rasa dia punya 'adik kembar'. Budak OKU bukannya tau apa, anak murid dengan cikgu saja pun. Hairee cakap dia selalu bawa 'adik kembar' dia. Dia tanya aku nak pegang 'adik kembar' dia ke? Aku pun pelik juga 'adik kembar'? Apa benda tu?. Hairee cakap pistol dia la dan katanya lagi polis tak panggil pistol tapi panggil 'adik kembar'. Ala kalau aku nak pegang bukannya dia bagi pun. Hairee kata insyallah, tengok boleh tapi pegang tak boleh. Aku cakapla nak test tembak sekali. Hairee cakap banyakla. Apa salahnya? Excited kot, setakat tengok saja tak bestla. Test tembak baru adventure sikit. Aku fikir selama ni dia tak bagi tengok pistol dia mungkin sebab dia risaukan keselamatan aku. Hairee kata dia memang risau takut aku terkena badi tu satu hal, lepas tu risaula malang tak berbau. Aku cakap kalau dapat pegang memang aku excited habislah. Hairee kata pistol dia berat bukannya ringan. Dia tanya aku ingat ringan ke? Ala setakat pistol apalah sangat, macam navy meriam kapal masa ayah aku dalam navy dulu pun aku pernah pegang. Dalam kapal navy pun aku pernah masuk. Untung juga aku jadi anak navy, merasa juga naik kapal he3 :D. Hairee kata pistol dia berat 10 kg. Beratnya aku kata. Memang berat pun kata Hairee. Aku tanya juga macam mana dia boleh pegang pistol berat-berat macam tu? Hairee kata itu belum campur berat peluru lagi tu? Dia tanya tau tak berapa berat peluru pistol? Manalah aku tau. Dia cakap berat peluru sama dengan 2 biji handphone. Terkejut aku macam tak percaya saja. Habis selama ni aku tengok dalam movie cerita hollywood pasal cops, FBI, CIA apa semua rilek saja diaorang pegang. Hairee kata aku terpengaruh tv pula. Hairee tanya aku esok kerja pukul berapa? Kerja la esok pukul 8 pagi. Dia cakap dia cuti lagi sampai hari ahad. Ai itu hari kata awal muharram kerja. Dia kata memang kerja tapi sabtu dan ahad dia cuti. Lepas tu aku ada benda nak cakap dengan dia tak dan nak bersuara dia dah mencelah pula. Hairee suruh aku cakap. Aku tanyala gambar dia yang main kat futsal kenapa muka makin gelap? Berjemur tengah panas ke? Dia cakap sebelum ni dia ada buat roadblock, meronda sana sini masa tengahari. Aku tanya dia pakai pencuci muka tak? Hairee kata dia tak pakai pencuci muka pasal tak pandai nak guna. Aku suruh dia pakai pencuci muka yang jenis lelaki punya. Hairee kata nantilah dia pakai dan dia ada pencuci muka yang Body Shop punya tapi tak pakai pun. Aku tanya kulit muka berminyak tak? Dia cakap ada tapi dia pakai yang jenis oily dengan scrub punya. Aku bagi cadangan suruh pakai pencuci muka yang untuk kulit berminyak atau pun kalau tak nak, pakai whitening body lotion dahlah. Hairee kata kawan dia cakap kalau nak putih pakai Qu Puteh baru putih. Apa lagi tergelaklah aku ha3x :D. Hairee minta maaf sebab muka dah jadi macam keling. :D. katanya lagi gelap-gelap macam ni pun ada orang suka juga. Dah pandai mengayat memangla. Hairee mulakan cerita dia masa kat Hospital Ipoh ada seorang doktor ni nak bagi nombor telefon dia. Kebetulan dia datang hospital tu pasal ada kes. Kawan si Hairee yang pakcik-pakcik pangkat Sarjan ni bagitahu dia ada doktor ni nak bagi nombor telefon. Si Hairee ni terkejut la. Pakcik tu cakap dengan Hairee loghat Perak, tak paham mamat tu. Lagipun doktor tu nampak Hairee macam tunggu mak bapak dress up pn pakai baju tshirt, seluar pendek, poach bag dengan topi, dia tak pakai uniform pun. Hairee kata dia bukannya apa nakal-nakal juga tapi pasal perempuan dia tak layan dan dia cuma fikir pasal kerja dengan aku saja. Katanya lagi kalau dia nak dah lama dia cari perempuan lain. Pada aku tak semua lelaki berfikiran macam dia. Hairee kata bila dia ada peluang, mestila dia nak rebut apatah lagi doktor. Dia cakap dengan kawan dia yang dia tu dah ada aku. Aku cakaplah kalau dia nak kahwin dengan doktor tu nanti dah kahwin masing-masing sibuk dengan kerja sampai tak ada masa nak luangkan masa bersama. Hairee kata dia bukan pikir pasal tu, cuma dia fikir satu saja kita buat orang sakit hati Allah akan balas balik. Jadi dia bersyukur dah ada aku. Dan dia buat aku tertunggu-tunggu tiba-tiba dia kawin dengan orang lain nanti Allah balas la balik. Kata Hairee lagi biarlah Allah yang tentukan, qada dan qadar Allah. Katanya lagi Ustaz Kazim pernah cakap jangan kita mencari orang yang kita cintai tapi carila orang yang menyintai kita. Hairee tanya aku suka dia tak. Muka aku dah merah padam malu nak jawab. Aku jawap juga Ya. Hairee pun kata ya dia pun sukakan aku. Hairee siap cakap ada kawan dia walau dah kawin, dah bertunang tapi belakang pasang perempuan lain. Hairee cakap dengan kawan dia, ini kalau bini tau memang sial lah. Yang buat perangai macam tu pun pangkat bawah dia. Kawan dia semua tua daripada dia tapi kawan dia tak panggil Tuan semua panggil Hairee. Kawan dia cakap muka dia pun bukan tua sangat. Tapi aku tengok muka hairee nampak tua dari usia saja. Mana tak nya baran memanjang,serius saja. Hairee cakap dia ada simpan mercun 1 kotak kat rumah. Aku tanya siapa suruh simpan? Hairee kata dia ambil dari barang rampasan. Katanya lagi, dia suka simpan barang rampasan. Aku tanya habis kalau ambik barang rampasan tu gunalah? Hairee kata memang guna pun dan jual. Kalau mercun dia suka main kat belakang rumah. Aku bising lah buat apa simpan barang macam tu buang saja. Tiba-tiba Hairee minta bersama. Part ni paling aku malas, aku bagi alasan mengantuk. Hairee kata 10 minit saja. Dia merungut sebab lama dia tak bersama dengan pasal aku asyik sibuk saja memanjang. Dah dua-dua kerja nak buat macam mana. Kata Hairee lagi dia pun tak kongkong aku, dia tanya nak ke dia kongkong aku? Hairee kata aku pun ada life aku sendiri. Lepas tu tanya selama ni dia pernah tak kongkong aku kalau nak ke mana-mana? Hairee tetap nak juga bersama dengan aku, dah malam buta nak minta bukan-bukan. Macam-macam alasan aku bagi, tetap berdegil juga. Rupa-rupanya dia minta takut nanti aku period pula. Siap hafal lagi bila aku period. Jenuh dia mmujuk aku, tak bagi kang ugut aku macam-macam lepas tu kena marah. Bukan aku tak tahu dia tu.
Ulasan