Berhenti Kerja
Petang pukul 2, ayah ajak aku keluar tengok duit dalam bank, shopping dan fotostat sijil. Mula-mula pergi, tengok duit dekat BSN Sitiawan dalam bank aku ada RM 546.06. Ayah nak masukkn duit RM50 dalam akaun aku jadi ayah aku ajarkanla macam mana nak masukkan duit kat mesin ATM. Mula-mula buat tak dapat ada problem, buat kali kedua baru boleh rupa-rupanya ayah lupa nak masukkan no akaun aku, tu pun orang belakang yang bagitahu masa beratur. Periksa balik dalam bank ada berapa?? RM 596.06 la campur dengan gaji aku nanti esok dapat adalah dalam RM1000. Kayo makcik wei!!
Ala baru RM1000 dah kecoh kan?? Lepas tu pergi shopping dekat Econsave
...beli barang-barang dapur dan sebagainya. Akhir sekali, pergi fotostat. Aku sampai sahaja rumah, ibu panggil. Ibu tanya aku,
"Kak Akmar ada complain apa-apa tak masa hari sabtu datang kedai??."
"Ada. Dia macam marah sebab orang tak masukkan baju Ila dekat dryer mechine. baju dia dah berbau. Orang dah cakap tak sempat nak buat macam mana. Lepas tu, dia complain kata orang tak tutup air-cond hari tu walhal orang dah tutup dia cakap tak tutup. Lepas tu message orang dekat hf, kate bende ni dah banyak kali berlaku. Banyak kali apa, baru pertama kali tak tutup air-cond. Dulu ada tak tutup air-cond tapi yang sebelah yang tak ada remote. Tu pun dia tak bagitau dia buka air-cond tu, orang pun mana nak tau dia buka. Dan yang ni pertama kali tak tutup, tak taula betul ke tak. Tapi orang ingat orang tutup. Lepas tu suruh orang bersihkan satu kedai tiap-tiap hari pula tu. Boringla."
"Dah memang tanggungjawab kau kan jaga kedai kenala bersih kedai tiap-tiap hari." kata ibu
"La...ni 1 kedai tiap-tiap hari kena buat...mop lantai, cuci cermin, sapu sampah...cuci jamban pun kena buat. Kalau tak puasa bolehla bawa 10 botol pun boleh minum kalau dah letih...ni bulan puasa pulak tu..." kata aku dengan nada tak puas hati
"Keje lain kau ada buat salah tak?"
"Tak ada seingat along. Along rasa along buat kerja semua dah ok cuma duit sahaja selalu short skit. Terutama shot dekat akaun tapi En Hamdan kata takkan nak cari sampai mati. Jadi along pun buat tak taula."
"En Hamdan dah BERHENTIKN kau kerja. Esok tak payah datang kerja, tadi dia telefon ibu. Katanya tak nak pakai orang dia nak bini dia jaga kedai. Esok petang ibu pergi ambik gaji kalau jawatan kosong ada lagi dekat pintu maknanya memang kau ada buat salahlah." terkedu aku. Aku dah agak dah, patut hati aku tak sedap sejak hari ahad.
"Along dah agak dah. Sebab hari ahad yang dia suruh datang ambik gaji tu dia suruh bawa kunci sekali. Pelik jugak kenapa kena bawa kunci pulak?? Walhal En Hamdan ada kunci spare."
Jadi nak tak nak terpaksala aku kerja lain lepas raya. Redha sahajala. Nak buat macam mana.
Ulasan