Sakit Hati Dengan Budak VF

Pagi tadi aku tengok kejap VF (Virtual Friends), ada 6 mesej dari thread. Salah 1 thread aku bengang gila dengan tuan thread tu. Nickname dia Ninja (lelaki), dia buka thread tittle 'Why Upload Picture Mendedahkan Aurat'. Jadi aku pun komenla kat thread dia.

"Lelaki pun ada jugak mendedahkan aurat...siap tunjuk anu lagi...aku penah jumpe lelaki pakai seluar pendek paras peha....adoooii coverla bulu peha tu, gelila...dedah-dedah pun ramai lelaki pilih perempuan free hair, ada pulak yang tak berbaju bajet body tough walhal body sekeping, lagila tak lalu...so baik lelaki atau perrempuan ada jugak dedah aurat...jangan ingat lelaki tak tutup aurat terlepas di SANA ok"

Macam tula ayat aku. Pagi ni aku on VF tengok dia balas komen aku, nak tau dia balas apa?

"Sape tunjuk anu dekat hang? tak payah cari excusela...sekarang ni sape yang banyak buka aurat? Ramai lelaki pilih perempuan free hair? kalau dah namenye jodoh, sama sepadan keduanya tak kanla lelaki baik nak yang free hair...lelaki tak baju? lame excuse untuk cover isu aurat perempuan...by the way, baik ko pegi mengajila sebetulnya aurat lelaki definisinya macam mana? tapi jangan cari dekat web, ko pegi jumpa sendiri alim ulamak tanya betul2...and 1 more thing, stopla reply bias nak cover gender, aku buka thread ni untuk korang buka mata tentang isu ni, bukan cara mencari kesilapan antara gender...bagi aku it's so childish...grow up ye dik..."

Perghh!! berani mati betul ayat dia, sound aku tu. Sakit hati Allah Swt sahaja yang tau.. Aku tau topik untuk thread tu sangat sensitif untuk perbincangan hanya orang yang matang dan tau nak susun ayat saja boleh berbincang tapi aku tak puas hati cara dia cakap patutlah pun orang utara. Nasib baik bulan ramadhan, kalau tak dah lame kena bahan dengan aku juga. Aku ingat nak balas tapi bile pikir-pikir, karang aku balas lagi panas ayat dia bagi pula tu timbul rasa marah keluar ayat tak sepatutnya di bulan puasa. Dah batal puasa aku, lagi 1 busuklah nama aku dekat VF kalau aku memanjangkan cerita. Taubat aku, lepas ni mamat tu buka thread lain pasti aku tak layan. Jadi aku nak jugak balas mesej thread dia tadi tapi bukan di VF di Blogger ni la. Nasibla kalau siapa tengok kat blog aku ni...

"Sekarang ni bro, ramai lelaki ke perempuan tunjuk kemaluan tak segan silu dalam laman sosial. Kira kemaluan tu auratlah bro. Aku tak cari excuse ko kena terima jugak hakikat, aku hanya bagi komen dekat thread ko. Semua orang berhak bersuara, kalau aku tau ko macam ni mamposla aku nak join thread ko ni. Memangla jodoh, jodoh Allah Swt yang tentukan. Bukan ke agama cakap lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik macam mana? Yang dok dedah aurat ke?? baik ko kaji ayat ko tu bro...excuse lame ke tak, yang penting aku cakap bende yang betol. Kalau salah, salahlah. Ko tak payah suruh aku mengaji ko tu dah berapa kali khatam Al-Quran? Bulan puasa ni ko ada mengaji ker? ko tak payah tunjuk baik bro. Aku tak mainla cari fakta dalam laman web dan tak payah suruh aku jumpa alim ulamak, ni aku dengar sendiri ceramah ustaz dari negeri ko sendiri. Bukan ke tak baik perempuan bukan muhrim tengok tubuh laki bukan muhrim?? Ada ke nabi tayang body dekat perempuan bukan muhrim?? kalau dekat isteri yala. Ko ingat aku jahil sangat macam ko ke bro?? Aku bukan nak cover gender, apa tak betul pula lelaki pun dedah aurat?? ko pasti semua lelaki tutup aurat?? aku tak nakla  tuduh-tuduh, tapi pikir biar logik la sikit. Jangan ikut sedap mulut sahaja. Memang aku buka mata pun. Aku bukan nak cari kesilapan antara gender hanya berkongsi pendapat dekat thread ko...apa yang aku lalui dalam hidup aku apa yang aku nmpk itula yang aku nak kongsi dan bagi pendapat. Kalau silap cakap tegurla betul-betul ni cara ko cakap macam nak cari pasal sahaja. Nobody Who Perfect In This World. Sorryla bro kalau ayat aku dekat thread ko melampau. Ko kata aku childish and from me, you are insane!!"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)