Tension Di Tempat Kerja

Hari ni cuti Nuzul Quran, jadi aku pun cuti juga. Pukul 10.30 pagi, lepas mandi ingat nak terus kemas bilik tapi malang buat aku, K. Akma (isteri  bos aku) telefon. Katanya, aku tak basuh baju Ila sampai habis dan tak keringkan baju Ila jadi sekarang baju dia dah berbau sebab semalam aku letak dalam wash mechine dan tak letak dalam dryer. Lepas tu dia kata aku tak tutup air-cond. Eh! semalam aku dah tutup macam mana pulak tak tutup...walhal semalam nak balik aku ingat lagi dah tutup air-cond. Lepas tu, K.Akma kata benda macam ni dah banyak kali berlaku?? Banyak kali seingat aku baru first time, jadi nak tak nk aku pun terpaksa pergi kerja hari ni. K.Akma suruh aku selesaikan baju Ila. Baru rancang nak kemas bilik, jamban tol!. Semalam bukan aku tak nak basuh baju Ila tapi tak sempat nak buat macam mana, dia pun hantar last minute. Lepas tu aku tengok handfhone aku, ada 3 misscall K.Akma dan 2 message. Bunyi macam marah sahaja...Ala apa salahnya, tolong basuhkan baju Ila tu. Mengganggu cuti aku sahaja, baju dia anak branak aku yang basuh dan lipat tiap-tiap hari. Jadi 1 kerja pula bile wash mechine dia bawa pergi kedai. Pula tu aku bosan gila kerja kat situ, dahla kerja seorang dan tak sesuai dengan akulah kerja ni. Ada sahaja yang tak kena. Pula tu kena cuci 1 kedai tiap-tiap hari, sapu sampah, lap cermin, cuci jamban, rak baju, mop lantai, cuci mesin basuh lagilah bertambah bosan aku. Tak buat kena bising. Dah tu K.Akma tanya aku pergi mana-mana ke?? Aku cakaplah tak pergi mana-mana. Kenapa cuti lama?? Aku nak tanya, cuti sehari pun lama sangat ke?? Lagipun aku dah cakap dah dengan En. Hamdan esok aku tak kerja sebab hari ni kan hari cuti Nuzul Quran orang mana kerja. Pulak tu dia sendiri dah dengar ibu aku kata, aku cuti sebab nak kemas bilik. Itu pun tak boleh nak paham. Bilik aku dah lame tak kemas dah macam sarang tikus dah. Lagaknya macam dia bos besar pula, walhal isteri bos sahaja. Si Syahmi pun sama juga macam dia bos walhal anak bos sahaja, taulah anak orang kaya. Hari tu dia tanya itu ini pasal kedai seolah-olah macam aku ni tak buat kerja pula atau tak tau buat kerja. Pula tu bila mak dia nak cakap dengan aku dia sibuk nak cakap juga, aku naik rimas. Aku tak boleh orang tanya aku ada orang lain menyampuk, rimas. Nak tanya pun nantilah lepas mak dia tanya. Nasib baik budak lagi umur 14 tahun, macam tak hormat aku lebih tua sahaja. Aku pun tak taula sampai bila boleh bertahan kerja situ. Harap-harap adalah orang baru nak masuk kerja, bolehlah meringankan beban aku. Tak ringan-ringan juga tak taulah.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)