Dasar Lelaki Bajet Hensem!
Tadi layan FB (Facebook) aku, ada mamat ni baru add aku dalam FB. Aku tengok dia ada komen dekat gambar aku, sekali dia kutuk gambar aku
. Katanya bajet lawa, muka banyak kawah jerawat dan entah apa entah dia cakap. Pergh!!! Panas betul aku
. Dahla tak letak gambar sendiri letak gambar kartun macam kanak-kanak ribena entah-entah muka cacat. Aku nak tegur sikit la dekat lelaki-lelaki di luar sana
"Kau orang tak payah poyo sangat pandang perempuan dengan paras rupa, pandang hati yang suci. Paras rupa tak kekal sampai kiamat. Kau orang yang hensem jangan ingat kulit kau orang tak berkedut suatu 1 nanti kecuali kau orang pakai Botox mengubah ciptaan-Nya. Perempuan cantik ke hodoh ke itu Allah SWT yang cipta, bukan kau orang yang cipta. Apa hak kau orang nak kutuk-kutuk orang. Buat kau orang yang tak hensem pula, sudah-sudahla mohon sedar diri kalau tak hensem tak payah nak berangan nak perempuan cantik. Silap-silap muka kau orang macam taik kena ludah dengan perempuan cantik
. Kalau dasar muka jamban tak payah kutuk orang walhal diri sendiri pun sama. Aku rasa jamban lagi hensem dari kau orangla
. Kau orang yang berperangai macam ni insaf-insafla. Baik yang cantik atau hodoh, bukan kita yang cipta sendiri. Dah Allah Swt jadikan kita pelbagai rupa, terimalah dengan redha. Buat apa nak dipertikaikan. Pandang paras rupa tidak menjaminkan kebahagiaan. Untuk perempuan yang hodoh, jangan takut dengan paras rupa yang tak lawa sejak azali mungkin kau orang ada kelebihan lain yang jantan-jantan bajet hensem tak nampak."

Ulasan