Tak Puasa

Bangun pagi-pagi nak mandi piriod pula. Maknanya tak puasala aku seminggu, baru ada miss. Risau juga sebab dah nak masuk bulan 9, bulan 8 aku tak piriod lagi. Tapi seronok jugak piriod tak payahla puasa hahahaha...perempuan lain risau piriod tak nak ganti puasa dan nak penuh puasa tapi aku seronok pula bile piriod masa puasa ceh!...pelik...pelik...kalau ganti tu, tak ada halla bagi aku. Ganti tetap ganti. 

"Along, ko tak puasa ke??" tanya ayah aku...
"Tak puasa. Orang piriod pagi tadi."

Tapi ayah aku fahamla sikit, dah tau aku tak puasa. Ayah aku belikan air dan keropok dengan iwan (memang tak pernah puasa, maklumla insan istimewa). Dekat Petronas Skinchan, berhenti kejap isi minyak dan aku nak pergi toilet sebab tak selesa. Yala hari pertama piriod pergi pula jalan jauh memang tak selesala jawapnya. Risau takut bocor. Lepas buang hajat dan sebagainya...aku masuk dalam Petronas ingat nak beli majalah Remaja. Rindu dah lame aku tak beli, duit tabung asyik kurang sahaja  mana taknya. ushar punya ushar tak ada 1 majalah pun jual, apa punya Petronas daaa...

"Tak beli air ker??" kata ayah aku.
"Tak nakla. Segan. Karang orang ingat along tak puasa pula" kate aku dengan rasa segan
Lepas tu berhenti lagi dekat Kuala Selangor, dekat kedai rumah Pak Itam (bapak saudara aku). Ayah aku tolong belikan air kotak besar kongsi dengan iwan...
"Nak keropok tak?? Pergi ambik keropok." kate ayah aku dengan nada perlahan
"Tak nakla."
Akhirnya, jumpe jugak majalah Remaja kesayangan aku. Rindunye tak terkata. Aku ingat nak beli majalah Ujang sekali tapi tak apala beli dekat rumah sahajalah nanti. Sebab majalah Ujang versi bumper raya ada free CD dan Calender 2011. Jadi dalam kereta apa lagi bantai minum air soya yang ayah aku beli. Masa dalam perjalanan nak balik, dekat Petronas mana entah ayah belikan lagi keropok dan air gas Kickkapoo. Rezeki jangan di tolak, apa lagi rezeki di mulut tolakla. ...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)