Kelam Kabut
Hari ini kat pejabat bos aku agak kelam kabut sikit. Sampai pejabat pukul 8 pagi, aku tengok suis lampu luar tak tutup, kipas kat bilik basuhan pun tak tutup juga, mesin pengering tak tutup. Takkan lupa kot bos aku ni, jadi aku pun tutupkan. Nanti rugi bil elektrik pula. Belum sempat aku nak letak punggung dan sarapan bos aku sampai dengan isteri dia. Dalam kelam kabut, En Hamdan dan isteri dia pergi bilik basuhan terus lipat tuala, tuala pool, bedsheet dari Hotel Marina Curve, Lumut dan basuh yang baki punya semalam tak sempat nak basuh. Ceritanya macam ni, semalam bos aku dapat pesanan dari Hotel cuci tuala dan bedsheet pukul 7 petang (masa tu aku dah balik pukul 6 petang). Jadi bos akula yang mengendalikan cuci tuala dengan isteri dia sampai pukul 2 pagi, kemudian pagi ni sambunglah. Katanya pukul 11 pagi, dah nak kena hantar kat Hotel balik, dia minta tolong aku lipatkan tuala yang dalam 80 lebih helaian jugalah. Banyak gila tu. Pukul 9.30 pagi, baru aku sarapan dan masa tu juga bos aku keluar hantar tuala yang dah siap sahaja dulu kemudian separuh lagi isteri dia pula yang hantarkan. Masa tinggal aku dan isteri dia kat pejabat, kami buatla kerja melipat tuala yang berbaki tadi dan bedsheet (lipat + iron). Masa nak bungkus tuala sikit punya seksa aku. Memang susah gila nak bungkus tuala dalam plastik besar. Sampai berpeluh aku dan isteri bos. Kebetulan pula air-cond ada tapi buat hal pula ada angin tapi tak kuat. Yang tuala berbaki sepatutnya nak dihantar sebelum pukul 12 tengahari tapi terlajak 12.25 tengahari sebab bungkus tuala itula masalahnya seksa bukan main lagi.
Ulasan