Azam Baru - Tingkatkan Prestasi Bengkel

Mulai hari ni aku dah ada azam baru iaitu cara nak meningkatkan prestasi bengkel untuk pelatih OKU aku ni. Aku akan bertungkus-lumus buat sesuatu aktiviti yang mendatangkan pendapatan. Semalam bersusah-payah aku memikirkan cari idea. Aku nak buat projek, biar aku fikir sendiri. Nak harapkan pentadbir aku sampai ke sudah tak ada apa-apa hasil. Balik-balik kerja straw, straw, straw...Aku nak buat ni untuk pelatih-pelatih kelas aku sahaja, pelatih kelas dia pepandailah cari idea sendiri nak buat. Lantaklah situ! Selain tu mudah sikit kerja aku untuk tulis catatan harian dalam buku RPH. Buat masa ni aku dah plan projek apa nak buat bermula bulan depan nanti. Semalam pun aku dah bagi briefing kat pelatih aku. Tentang buku catatan RPH, aku follow sahaja apa yang aku dah belajar masa kursus perguruan hari tu dan cari bahan juga contoh-contoh buat RPH sebagai rujukan. Itulah gunanya aku pergi kursus. Lepas tu untuk senarai projek setiap minggu buat 1 projek. Aku dah plan : - 

Minggu Pertama - Alas kaki
  • Aku akan ajar semua pelatih aku buat alas kaki termasuk yang buat straw. Mereka yang buat sub-straw aku nak hapuskan, disebabkan dah masuk kelas kraftangan kena buat kraftangan. Aku juga ajar dari basic sampailah yang siap alas kaki. Untuk pelatih lelaki tak ada masalah buat sendirian. Untuk pelatih perempuan pula ada 3 orang yang tak boleh buat kira dengan bantuanlah. Bukan tak boleh buat langsung cuma tak kemas, kain perca yang diguna tak ikut standard, buat kerja pun lambat. So, aku bagi mereka buat berpasangan termasuk dengan aku sekali. Mana yang boleh buat aku minta tolong ajarkan dan tengok-tengokkan pasangan mereka. 
Minggu Kedua - Jahitan tangan dan mesin
  • Untuk jahitan, pelatih aku yang boleh buat hanya seorang. Jadi untuk permulaan aku kena ajar balik basic kepada semua pelatih aku. Kalau yang memang tak boleh jahit langsung tu aku bagi yang senang-senang sahaja seperti gunting benang ke masukkan jarum ke apa-apa sahajalah. Yang penting semua buat jahitan. Untuk jahitan juga buat berpasangan baik pelatih lelaki dan pelatih perempuan. Oh ya! aku akan ajar mereka jahitan crosstitch untuk buat kotak tisu, bell box atau bekas cawan, jahitan crosstitch pakai kain kanvas yang selalu aku buat pun akan ajar dan jahit pakai mesin buat beg duit dan beg tangan. 
Minggu Ketiga - Kraftangan (kitar semula)
  • Aku nak ajak dan mengajar pelatih aku membuat kraftangan kitar semula a.k,a dari bahan terbuang. Contohnya, tudung saji yang tak pakai di anyam pakai reben bagi cantik, bekas tisu roll boleh buat bekas pen. Yang ni aku kena cari bahan lebih sikit dari internet atau cari idea sendiri. Ini pun buat berpasangan, sebab ni first project aku. 
Minggu Keempat & Kelima- Jualan amal atau jumble sale
  • Yang ni aku punya idea sendiri. Projek ni aku nak buat jualan amal setiap penghujung bulan. Aku dan pelatih aku akan buat jualan di depan bengkel. Di samping itu, aku akan mengajar pelatih aku macam mana nak layan pelanggan, nak bagi flyers kat pelanggan, menguruskan duit jualan dan cara-cara menyusun barangan jualan. Aku nak bagi mereka terbiasa dengan perkara macam ni, bagi mereka ada pengalaman sikit dalam berniaga. Esok dah nak kerja luar ke senang. Selain tu, ada 3 jenis jualan yang akan dijalankan iaitu jualan buku terpakai, jualan barangan bundle dan jualan kraftangan. Dan plan aku sebelum buat jualan, aku nak bawa 2 atau 3 orang pelatih pergi kedai ke kedai untuk hantar flyers sebagai promotion. Aku nak gunakan pengalaman semasa aku kerja sebagai promoter dulu. Aku juga nak tengok menjadi tak projek ni dan yang ni pun first project aku ni. 
The Objective - Itulah di antara projek aku untuk tahun ni, aku berharap sangat dapat berjalan dengan lancar dan membantu pihak bengkel terutamanya pelatih OKU. Aku akan berusaha keras selagi termampu untuk meningkatkan hasil pendapatan mereka. Aku nak tengok sejauh mana kemampuan dan objektif tercapai atau tidak sama ada boleh buat atau masih memerlukan bantuan dari guru. Selain ingin melihat mereka berdikari, aku ingin mereka berkomunikasi dengan masyarakat luar. Dan aku tak mahu masyarakat luar memandang mereka sebelah mata. Ada OKU yang mampu berjaya, kenapa tidak pelatih-pelatih aku? Mereka boleh buat atau tidak itu semua hasil usaha macam mana seseorang guru itu mendidik dan mengajar mereka dengan lebih baik. Apa-apa pun semoga urusan aku ni dipermudahkan oleh Allah SWT untuk insan syurga ini. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)