Mat Gian...

Pagi ni macam biasa sebelum pergi kerja aku beli sarapan kat gerai mak cik yang selalu aku pergi. Aku ingat nak beli kuih sahaja untuk pengalas perut, nak makan benda yang berat-berat macam tak ada selera dengan keadaan aku yang demam ni. Tu pun aku kena gagahkan juga makan sebab nanti nak makan ubat lagi. Ada seorang mamat mana entah duduk mencangkung betul-betul depan gerai mak cik tu sambil jinjit beg plastik. Masa dah bayar untuk kuih kat mak cik tu, aku usharlah mamat tu yang dari tadi mencanggung tak bangun-bangun. Sekali pandang elok tengok dia tengah sedut sesuatu dalam tin. Pergh! hisap gam rupanya. Aduuii apa nak jadilah orang sekarang ni, hari tu aku jumpa budak hisap vape depan kedai mak cik tu sekarang hisap gam pula. Lepas ni, jumpa orang hisap dadah pula. Apa? Ingat gerai mak cik tu tempat sarang sampah masyarakat ke?! Aku tengok pun naik meluat, sudahnya mak cik tu tak perasan pun...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)