Summer Camp 2016 (Hari Kedua)
Pukul 4 pagi aku terjaga, memang tak boleh nak tidur dengan panasnya lepas tu muris yang tidur sebelah aku berdengkur mengalahkan bunyi motor bot. Cikgu dia kejutkan dia pukul 4.30 pagi suruh mandi. Aku ingatkan dan pukul 5 pagi lebih, sekali tengok jam tangan aku baru pukul 4.45 pagi. Agak dalam setengah jam aku mandi dulu sebelum yang lain serbu baik aku mandi awal. Pukul 7 pagi, bersiap untuk senaman pagi bersama-sama murid dan pelatih. Selepas sarapan pagi, pukul 8 pagi ada aktiviti 'treasure hunter' yang mana setiap kumpulan kena cari 10 puzzle mengikut warna yang di pilih oleh setiap kumpulan. Dan setiap station ada puzzle yang tertinggal. Dah jumpa 10 puzzle terus lengkapkan puzzle dan selesaikan 1 perkataan. Masa ni aku memang bersemangat mengalahkan murid dan pelatih, berkejar kami mencari puzzle di sekeliling camp. Kumpulan aku ada 1 puzzle belum jumpa dan tertinggal di mana-mana station yang kami terlepas pandang. Jenuh mencari balik. Bila dah jumpa nak selesaikan perkataan pula, bentuk puzzle macam diamond akhirnya aku yang dapat jawapannya. Selesai juga akhirnya. Pukul 10.30 pagi pula, aktiviti indoor/outdoor iaitu setiap kumpulan kena pergi ke 8 jenis game yang berlainan. Pukul 11.30 pagi, majlis perasmian penutup untuk summer camp 2016. Selain itu, dapat hadiah dan pemberian sijil summer camp. Kumpulan aku yang terakhir dapat markah rendah. Aku dah agak dah memang kumpulan aku tak boleh pakai. Kumpulan Megat (Merah) menang dapat nombor 1. Bila dapat hadiah, cikgu kumpulan panggil murid untuk bahagikan makanan berupa hamper. Pukul 12.30 tengahari, sebelum balik ke tempat masing-masing kami makan tengahari dulu. Sebelum makan, sempat aku, Ting, Megat, Ayah dan Shah makan ais krim yang di jual mat pakistan. Memang penatlah dengan air susah nak dapatnya. Dahaga gila aku. Lepas makan, terus aku balik dorm kemas beg aku dan letak dalam kereta. Ayah suruh pergi berkumpul kat 'dewan' sebab ada cikgu dah bising pasal tak kemas dah terus nak balik. Ayah aku pun dah bising juga, tadi tak nak cakap. Dahlah tengah panas terik ni, pergi sana kami berkemas dan susun meja kerusi makan. Agak dalam 15 minit tunggu arahan seterusnya, ayah tanya kat Cikgu Reza ada apa nak kena buat lagi ke? Katanya tak ada dan boleh balik. Lepas salam dengan cikgu-cikgu lain aku pun balik. Sampai rumah pukul 4 petang lepas hantar Megat dan Ting. Masuk bilik terus aku tidur tak ingat. Letih campur mengantuk. Jadi kesimpulannya, summer camp untuk kali 2 aku sertai memang hambar. Arrangement pun kureng, dapat pula kumpulan yang tak best. Nak buat aktiviti pun, adalah 1, 2 aktiviti macam tak sesuai dibuat. Sepatutnya kalau nak buat aktiviti kat camp macam tu, buatlah jungle tracking ke baru best. Kira banyak movementla dari buat aktiviti yang banyak duduk sahaja. Apa-apa pun ini tidak mematahkan semangat aku untuk pergi lagi pada tahun hadapan. Insyallah, aku nak pergi dengan Megat, Adibah dan Shafiq sahaja. Aku surrender nak bawa Ting dan Shah lagi.
Berposing 3 jejaka dari Bengkel Perlindungan Semangat Maju, Sitiawan hehehe:D
Inilah kumpulan aku. Pelatih yang aku masih ingat namanya Muzaffar, Taneeswaran, Sabri, Aini, Fiqa, Amin
Saja aku ambil gambar mereka berdua ni buat kenang-kenangan:)
Kumpulan Ting Hong Aun ambil hadiah tempat no 3
Kumpulan Megat Faizal. Juara!! Tahniah! >v<
Perasmian untuk majlis penutup yang di rasmikan oleh Pengerus Summer Camp 2016
Ulasan