Summer Camp 2016 (Hari Pertama)
Hari ni aku dan 3 orang pelatih aku pergi ke summer camp untuk 2016 di Murni Camp, Kg Jahang Gopeng. Pukul 6.30 pagi bertolak tapi sebelum tu ambil Megat dan Ting. Dalam pukul 8.30 pagi, baru sampai Murni Camp, Kg Jahang. Nasib baik tak sesat. Mujur juga kami belum terlambat untuk sesi pendaftaran. Sampai sahaja aku terus jumpa Cikgu Ranjene (Pengerusi a.k.a Incharge program ni) untuk buat pembayaran t-shirt guru, nak ambil t-shirt dan nak bertanyakan tentang tempat tidur ayah. Ayah tak join program. Lepas tu, kami diberi sarapan. Pukul 9.30 pagi, majlis perasmian untuk program summer camp di rasmikan oleh Pengerus Murni Camp. Pukul 11 pagi, sesi suai kenal pula dimana murid-murid, pelatih dan guru akan dibahagikan ikut warna kumpulan. Aku dapat kumpulan Oren. Berdebar juga aku dengan cikgu manalah aku akan bekerjasama. Akhirnya dapat 2 cikgu india dari Ipoh, Alamak!. Rungsing aku 1 kumpulan dengan cikgu India. Dah tu cakap sesama dia sahaja, kalau macam ni biar mereka yang buat kerja aku goyang kaki. Goyang kakilah sangat. Murid dan pelatih kumpulan aku ada 15, mujur Shah 1 kumpulan dengan aku. Megat kumpulan Merah. Ting pula kumpulan Hitam. Cikgu Ranjini ada kata kat aku yang ayah boleh join makan dengan kami ganti murid yang tak datang. Lepas tu, aktiviti pun bermula iaitu membuat tag nama ikut kreativiti murid dan pelatih. Kumpulan aku dah blur tak tau nak bagi nama apa kat kumpulan kami dan corak apa nak buat untuk tag nama. Dah tu bukan murid dan pelatih yang buat cikgu pula kena buat. Masalah betul! Murid dan pelatih kumpualan aku macam tak aktif bukan nak tolong cikgu, tolong tengok sahaja. Nak kena bersuruh baru buat. Yang Shah lagilah, tak join langsung aktiviti dan dah mula nak buat perangai. Sakit hati aku! Murid yang ok pun seorang 2 sahaja. Yang cikgu india tu macam biasalah cakap sesama dia sahaja. Akhirnya disuruhnya aku melukis corak tag, mujur aku tau melukis. Nama kat tag Cikgu Surim yang tulis tapi dia pakai ball pen pula, orang pakailah pen marker baru nampak ni pakai ball pen mana nak nampak. Kumpulan kami yang terakhir siap, itu pun dah kelam-kabut. Bila dah siap bagi setiap seorang dan kena pakailah setiap kali untuk aktiviti. Dah selesai satu aktiviti barulah nak ditempatkan di dorm pula. Untuk cikgu perempuan dapat dorm 4 sekali anak murid 4 orang jadi 16 orang 1 bilik. Dengan pantas aku ambil beg untuk masuk dalam dorm tingkat atas. Masuk sahaja dorm, cepat-cepat pilih katil. Aku ambil katil bawah betul-betul depan bilik air dan bersebelahan tingkap. Bilik dorm dahlah sempit, katil 2 tingkat berhimpit-himpit dan yang paling tak best...PANAS! Kipas dinding 2 sahaja itu pun kami tak terasa anginnya. Aku apa lagi selak langsir buka tingkap seluas-luas alam. Ramai cikgu merungut, bukan cikgu sahaja murid dan pelatih pun merungut kepanasan. Dahlah sekarang musim panas, bayangkanlah. Megat dan Ting satu dorm, ayah 1 dorm dengan Shah. Kalau nak diikutkan Megat 1 dorm dengan Shah, kata ayah dia minta tukar dengan Megat. Sementara tunggu untuk turun makan tengahari, sempat aku men'touch up'kan tag nama aku pakai pen marker yang aku ambil. Nama aku pun dah salah, Nur tak letak. Pukul 2 petang, selepas makan tengahari buat lagi aktiviti yang ke dua iaitu setiap kumpulan kena buat 1 puppet dari bahan terbuang kemudian malam nanti kena buat performance puppet. Kumpulan aku dapat beg plastik, aku ingat nak buat macam anak patung. Adalah idea sikit aku tapi tula yang cikgu india pula aku tengok dah rungsing semacam tak tau nak buat apa. Aku nak tengok dulu apa idea mereka. Mereka sendiri pun tak ada idea minta tolong cikgu lain, cikgu tu cadang suruh buat tentang alam sekitar. Jenuhla kami nak membuatnya. Lain suruh buat lain dibuatnya, cikgu suruh buat anak patung puppet betullah aku punya idea nak buat patung tadi . Aku buat sahaja patung yang aku buat sendiri. Pukul 4.30 petang pula, aktiviti air di sungai. Part ni aku suka sebab ada sungai memang tak sabar aku nak berendam. Game ni barulah Shah nak join lagipun dia suka main air. Ting pula buat hal, ada sahaja nak buat aku sakit hati. Nak berenang kat sungai tapi seluar berenang tak bawa dipakainya seluar jeans pula. Adooii...aku pun bisinglah dah pesan suruh bawah short pant untuk berenang. Untuk aktiviti ketiga pula, setiap kumpulan murid kena kutip batu dari sungai letak atas board putih lepas tu pass kat kawan yang lain kemudian pass kat kawan yang duduk di darat dan susun batu yang dikutip tadi. Pedih kaki aku memijak batu-batu kat sungai. Settle game tu, aktiviti seterusnya iaitu aktiviti ke-empat pula (masih aktiviti air) isi air ke dalam belun sampai besar. Kemudian barulah kami boleh mandi-manda dengan senang hati. Memang bestlah. Pukul 6.30 petang, semua kena naik ke darat untuk berehat dan bersedia untuk makan malam nanti. Disebabkan 1 bilik sampai 16 orang, jadi pelatih cikgu suruh mandi berdua. Cepat sikit katanya sebab cikgu yang lain pun nak mandi. Boleh dikatakan seorang mandi 5 minit sahaja. Pukul 8 malam, aku turun untuk pergi makan macam biasa makan geng-geng bengkel Sitiawan. Megat mengadu kat aku yang Cikgu Jais marahkan Ting pasal barang dia ada hilang. Apalagi anginlah aku, bising lagi aku kat dia. Agak masa sebelum pergi mandi sungai nak pergi tukar pakaian entah mana letak barang sampai hilang, mengelupur mencari. Sebab tu aku malas nak bawa dia tapi disebabkan terpaksa atas kekurangan peserta dan tak ada siapa nak ikut. Lepas makan malam dan sebelum memulakan aktiviti persembahan kreatif, Cikgu Reza suruh semua berkumpul kat fire camp dan buat aktiviti sambil mengelilingi fire camp. Cikgu Reza ni cikgu baru dari SSM, Ipoh menggantikan seorang cikgu yang berhenti sebab ikut suami kerja di tempat lain. Dengar cerita Cikgu Reza ni baru beberapa bulan kerja. Tapi aku cukup tak senang dengan karakter dia, mana taknya dia nampak LEMBUT dan OVERACTING. Macam manalah sekolah boleh ambil dia jadi cikgu. Mulut pun boleh tahan lazernya, orang lelaki lembut ni kebanyakkannya mulut lazer main ikut sedap tekak sahaja. Habis sahaja di fire camp, baru buat persembahan kreatif puppet. Itu pun semua kumpulan macam tak bersedia lagi. Masa tiba kat kumpulan aku buat persembahan, semua kaku tak buka mulut untuk bercerita main tuju-tuju sahaja. Agak 5 minit jugalah kami tak mulakan lagi akhirnya kami suruh murid nama Sabri, dia yang tolong ceritakan itupun main bantai dia sahaja cerita. Habis persembahan, untuk minum malam ambil roti terus masuk dorm. Memang letih gilalah sehari suntuk dengan aktiviti. Pukul 11.30 malam, terus tidur. Pukul 12 tengah malam, entah macam mana aku terjaga sebab murid yang tidur sebelah katil aku kuat gila berdengkur. 1 dorm dengar. Dahlah aku tak boleh tidur bila orang berdengkur tambah dengan panasnya lagi. Azabnya hanya Allah sahaja yang tahu. Murid tu pula anak murid Kak Intan dari SSM, Kuala Kangsar. Pasrah sahajalah aku.
Kumpalan Ting Hong Aun.
Kumpulan Megat Faizal
Inilah name tag untuk kumpulan aku, FLAME. Jenuh jugalah masa kami nak pilih nama kumpulan kami. Asalnya di tulis pakai pen sahaja, tapi cikgu yang buat tu tak cantik tu aku touch up balik bagi nampak cantik termasuk pemasangan tali
Ulasan