Beli Kelengkapan Untuk Anak Murid
Lepas makan tengahari dalam pukul 1.15 tengahari, aku ajak Ting dan Shah pergi Econsave kejap. Aku nak belikan kelengkapan Ting untuk pergi camping Sabtu ni. Sampai Econsave kami pergi kat tempat pakaian sukan dulu nak cari seluar sukan dia. Sehelai seluar sukan pun tak ada, macam mana nak buat aktiviti masa camping nanti pening aku dengan mamat sorang ni. 3 jenis seluar sukan aku suruh cuba, baru ada yang dia berkenan itu pun nampak macam ketat. Mujur bulan ni aku cucuk duit lebih sikit, jadi cukuplah nak belikan pakai duit aku. Beli yang murah-murah sudah...Lepas seluar beli pula bedak, pewangi, ubat gigi yang jenis untuk travel punya. Nasib baiklah untuk 2 hari 1 malam, kalau seminggu kopak duit aku. Aku tak lupa belikan makanan ringan untuk makan dalam kereta semasa nak pergi camping nanti. Semua kelengkapan dah cukup dan selebihnya dia dah ada kat rumah, pandai-pandailah bawa. Jangan Esok bawa masalah sudah. Risau juga aku dengan anak murid aku yang seorang ni. Kalau tak kerana tak cukup pelatih nak bawa terpaksalah ambil dia juga. Haih nasiblah badan
: <
Ulasan