Pentadbir Yang Tak Aktif
Hari ni aku pergi sekolah lagi untuk beli buku RPH dan buku kedatangan murid ikut cara sekolah, kata Kak Fiza ambil dulu bayar kemudian sebab dia pun tak ingat harganya. Macam semalam juga sempat aku, Kak Fiza dan Cikgu Wani berbincang tentang isu bengkel kena buat RPH. Cikgu Wani ada pesan minta contoh bengkel ipoh dan taiping punya faxkan. Macam mana mereka buat. Ada minta mereka ajarkan sikit macam mana nak buat kedatangan murid dan sebagainya. Pukul 11 pagi, aku balik bengkel. Lepas tu aku jumpa En. Zainal untuk bagi buku. Ada bincang sikit pasal aktiviti bengkel, cara dia cakap macam tak buat aktiviti lain. Lepas dah dapat buku tu dalam pukul 11. 45 pagi, aku terus buat pakai buku RPH tu. Jenuh nak menyalin balik. Pukul 2 petang, aku baru teringat kata-kata Cikgu Wani yang hari sabtu pelatih sepatutnya kena datang buat kerja, tak kisah 2 atau 3 orang sekalipun yang penting adalah catatan untuk di catat dalam RPH nanti. Bila aku bagitahu En Zainal, katanya hari sabtu budak tak boleh nak datang sabtu perkara ni Mr Khaw dah tau, kalau nak suruh mereka datang, siapa nak hantar hari minggu parent sibuk dan dia pula tak nak ambil budak hujung minggu bla bla bla. Akhirnya dia perli aku, "Kalau cikgu nak, ambil van bawa sendiri ambil budak?" Bengang saja aku! Kalau tak nak ambil sudahlah! Fikir nak tolong budak OKU tapi tak ada inisiatif nak meningkatkan bengkel demi budak OKU! puih!
Ulasan