Rancangan Dalam Projek
Setakat ni aku dah ada 2 projek hasil idea aku sendiri tak termasuk 2 lagi projek yang dah selalu buat di Bengkel Perlindungan Semangat Maju, Sitiawan. Ada juga projek lain yang dalam rancangan aku tapi kena ambil masa sikit kot untuk buat iaitu berkebun. Aku nak ajar pelatih aku cara berkebun sayur kemudian hasilnya boleh dijual dengan harga murah. Kata En. zainal, nak buat kat belakang bengkel agak kurang sesuai sebab tak ada tanah lapang. Kalau nak buat kat Manjung Point ada tanah lapang. Entahlah tengoklah macam mana nanti boleh ke tidak nak buat perkebunan. Kemudian, aku nak promote barang-barang jualan tak kiralah kraftangan ataupun bundle melalui Facebook dan Blog. Aku cadang nak buat 1 akaun facebook khas untuk promote jualan sahaja, manakala blog pula sama untuk promote jualan dan aktiviti pelatih selain promote untuk pendaftaran pelatih baru. Untuk blog aku tak mau campur adukkan blog peribadi aku dengan hal bengkel, kalau boleh biar asing-asing. Buat masa ni itu sahajalah cadangannya. Kalau kawan-kawan blog ada cadangan lain silalah kongsikan ya!:) Bersama-sama membantu golongan OKU.
Ulasan