Bertegur Sapa Di Antara Pelawat

Pukul 11 pagi, Pak Itam ajak sarapan kat restoran mamak. Lepas sarapan dalam pukul 12 tengahari, baru bertolak pergi Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Sampai sana jumpa Tok Su Latip dan sepupu ayah pula. Abang Rim datang dengan Nona dan siapa entah budak perempuan seorang kawan Nona ke sepupu dia entah. Abang Rim bawa kawan serumah dia. Jadi bertambah kecohlah bila saudara mara datang IJN. Lepas tu, pergi tengok Mak Long pula kat wad semalam aku pergi. Dalam beberapa minit, ayah dan Iwan nak turun pula nak sembang-sembang nak Tok Su Latip. Aku pula duduk kat wad dengan Mak Su, Mak Long dan Mak Andak. Disebabkan kerusi tak ada aku duduk kat kerusi pesakit yang beroda besar tu. Dari semalam aku duduk kat kerusi tu, seronok juga naik kerusi roda. Dapatlah aku merasa duduk atas kerusi tu.  Menurut Mak Andak semalam, kerusi tu Pak Andak yang pakai sebab Pak Andak ada penyakit gaut. Bila aku duduk dengan mak-mak saudara aku, mulalah mereka bertanya pasal ibu. Kenapa ibu tak ikutla itula inila, macam mana nak ikut kalau ayah sendiri tak bagitahu ibu yang Mak Long kat hospital, tak ajak ibu jenguk Mak Long. Bila orang tak tau dan nak jenguk-jenguk saudara mara sakit ayah sibuk mengumpat tapi diri sendiri tak nak bagitahu macam mana? Aku malas nak kecoh-kecoh hal orang tua ni. Tiba-tiba perut aku sakit rasa nak terbuang air besar, jadi pergila tandas sekejap. Tengah nak melabur adala budak-budak memekak dalam jamban lak. Kalau yang tu aku boleh tahan lagi tapi yang aku tak tahan sangat tu ada budak gatal tangan ketuk pintu jamban tempat aku buang hajat. Jambannya budak!! Menganggu konsentrasi aku betul, nasib baik aku dalam tandas kalau tak dah lama aku sepak budak tu. Lepas buang hajat bosan, aku lepak kat lobby wad. Lepak-lepak sambil baca buku lagi bagus. Apa lagi aku pun sambung membaca buku bola sepak kelab Manchester United. Aku ingat nak duduk kat lobby ada orang india pula duduk, nak duduk kat tempat Mak Long lagilah aku segan. Ah! duduk sahajala kat india tu pun, bukan aku nak buakan nak buat apa pun nak membaca sahaja. Lepas baca buku bola sepak, tiba-tiba tekak rasa haus pula. Turunla aku naik lif dan cari ayah bagitahu nak pergi beli air. Nanti aku tak bagitahu ayah cari aku pula. Masa dalam perjalanan nak pergi cafeteria, terserempak dengan mak saudara aku (sepupu ayah, anak kepada Tok Su Latip) 

"Nak pergi mana?"
"Nak pergi Cafeteria beli air."
"Kenapa tak beli kat lobby sana? kat Cafeteria mahal."
"Oooo...Yala."

Jadi pergilah kat kedai sebelah lobby (bahagian bawah). Aku beli air coca-cola, ingat nak beli bahan bacaan tapi bila fikir-fikir tak cukup bajet tak jadilah. Jadi pergi balik lobby tingkat atas nak sambung baca lagi. Masa nak naik lif pergi atas, adalah pernjaga lif ni lelaki tegur aku.

"Aik, seorang sahaja?"
"A'ah"

Apa? Dia ingat aku tak berani kot naik lif. Dah biasalah naik naik turun lif ni. Kat lobby aku baca buku komik kartun cina lawak. Aku suka baca buku kartun cina tu, kelakar betul. Walaupun aku tak paham bahasa cina tapi tengok gambar dia sahaja dah nak tergelak. Apa entah tajuk komik tu tak paham sebab dalam bahasa cina kan. Tengah syok-syok membaca adalah pak cik melayu tegur aku.

"Adik...Adik ni tunggu siapa?"
"Tak tunggu siapa-siapa"
"Adik ni pesakit ke?"
"Taklah. Saya melawat Mak Long saya sakit"
"Ooo..."

Tiba-tiba pak cik tu pun bersuara lagi...

"Dik...ni macam mana tukar chanel 308?"
"Tak taula. Sebab ni tv biasa sahaja."
"Yeke? Remote mana remote?"

Dalam hati aku, "Pak cik ni biar betul, ingat tv kat hospital pasang Astro ke? Lepas tu buat macam rumah sendiri pula nak remote. Dah tv tu main tekan kat butang tv sahaja. Tekan sahajalah situ" Tak senang aku nak baca buku. Ke hulu ke hilir pak cik tu cari remote. Akhirnya tanya jururawat pasal remote minta tukar chanel. Sekali jururawat india tukar tak dapat, kata pak cik tu nak tengok sukan. Akhirnya memang tak dapatlah kata jururawat tu TV biasa sahaja. Orang cakap tak percaya. Selang beberapa minit, datang pula mak cik...

"Adik datang dari mana?"
"Perak"
"Mak cik kat Sabak Bernam. Jauh juga nak ke sini. Dari perak ke sini berapa jam ya?"
"Ermm...sebenarnya saya datang rumah pak cik kat Kuala Selangor. Lepas tu datang sini. Dari Kuala Selangor nak datang sini dalam sejam setengah sahaja"
"Ooo...Kuala Selangor"

Lepas tu, mak cik tu pun menyibukkan diri menonton TV3, rancangan Nona. Pukul 3 petang, ayah ajak balik pula. Singgah rumah pak itam kejap lepas tu terus balik perak...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)