Pergi Institut Jantung Negara
Menurut kata ayah, yang masuk hospital tu Mak Long aku (sebelah ayah). Dengar cerita Mak Long kena serangan sakit jantung. Dan aku ada dengar cerita dari ayah dan Pak Itam, Abang Azrin menantu Pak Uda kena denggi, Pak Andak demam seminggu tak baik-baik, Ehsan (anak Pak Itam) demam juga
. Dalam pukul 3 petang, baru bertolak ke IJN kat Jalan Duta KL, Pak Itam seorang sahaja ikut. Sampai sana pukul 4.30 petang, kat lobby IJN aku jumpa Pak Andak sekeluarga, Mak Cik Melah dan Haikal, Atok Su dan anak dia, atok pun ada. Tiba-tiba tekak aku rasa haus, jenuh jalan-jalan cari ayah nak suruh belikan air. Tak sangka dalam hospital tu pun ada jual baju, handbag, buku, tudung dah macam kat uptown pula. Ingat nak beli tapi Itula takut bajet lari, duit aku bukan banyak pun. Dalam pukul 5 petang, ayah ajak kami semua pergi kafeteria minum-minum dulu. Nak masuk wad lambat lagi pukul 6 petang boleh masuk dah. Kat kafeteria aku ingat nak pesan air Cadbury Hot Choclate RM2.50 sahaja
. Tapi fikir-fikir beli ke tak nak beli ke tak nak. Tak payahlah pesan milo ais sahaja dan makan roti dengan tuna. Sedapla juga
. Habis mak-mak bapa-bapa saudara aku sembang, pukul 5.30 petang pegi lobby balik...kemudian depan lobby kebetulan ada kerusi urut Gintel jadi apa lagi ayah naik kerusi sebelah aku sebelah tapi kena bayarla nak urut tu. Letak seringgit duit kertas maka bermulala sesi mengurut badan oleh kerusi urut. Pergh!! best juga, bergegar badan aku. Terasa belakang badan aku macam di tumbuk-tumbuk, kaki aku pula asyik kena kepit. Pukul 6 petang, pergi lawat pesakit. Mak Long kat tingkat 1, sebelum lawat jururawat bagi arahan. kalau nak tengok pesakit kena masuk dua orang sahaja dan bawa pass masuk. Masa tu baru aku tau, ramai gila pelawat tunggu giliran nak masuk
. Mula-mula masuk tengok Mak Long, ayah dan Mak Andak...sambil tunggu aku pinjam majalah Ujang kat adik sedara aku, Haikal. Daripada bosan tunggu. Agak dalam setengah jam tunggu giliran, lutut aku dah mula longgar dan sakit kaki akibat lama berdiri. Nak duduk ramai orang, penuh dah. Belum sempat nak tengok Mak Long pukul 7 malam, ayah ajak balik pula. Aik, aku belum tengok Mak Long lagi ni. Ayah kata tengok esok sahaja, esok nak pergi hospital lagi. Pulak tu balik awal sebab nak hantar Ehsan pergi klinik pula. Adusss...

Ulasan