Motor Skuterku Buat Hal

Pagi aku nak pergi kedai beli air susu. Nak makan dengan conflake special K. Baru hidupkan motor, tiba-tiba aku tengok kat meter lampu berkelip-kelip. Ah! sudah apa hal pula ni?? aku periksa minyak 2T aku banyak lagi, tak kan minyak aku sikit kot. Minyak hitam?? Mungkin?? yang aku peliknya siapa yang gatal punggung naik motor aku ni?? Nak kata tak ada motor semua dalam rumah ni motor masing-masing (kecuali ibu). Baru sahaja sehari aku tinggalkan rumah, dah ada orang guna barang aku TANPA IZIN. Mana aku tak bengang. Aku tanya idin siapa pakai motor aku? Kata dia mana ada siapa pakai motor tu. Aku ingat nak suruh dia tengokkan, takut dia tak pandai jadi aku abaikan sahajalah. Was-was nak naik aku letak balik motor aku, terpaksalah aku jalan kaki ke kedai. Laptop aku pun ada orang pakai, CD aku tak diletaknya, beg laptop aku tak letak tempat sepatutnya, YM aku pun tengok macam ada orang pakai. Sial tau siapa pakai barang aku. Memang tak selamat dunia akhirat. Dahla guna barang aku, menyusahkn aku pula. Motor sendiri ada pakai sendiri punya dahlah, ada duit belilah laptop sendiri. Kalau nak guna pun bagitahula dulu, minta izin susah sangat ke nak minta izin kat tuan punya barang?? Kan dah kena sumpah seranah...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)