Pergi Institut Jantung Negara Lagi
Ayah kata pukul 1 tengahari, lepas kerja terus gerak. Jadi pukul 10 pagi, aku bangun. Layan chatting kejap. Pukul 11 pagi, aku kemas beg. Aku hanya bawa beg sandang sahaja, tak banyak barang aku nak bawa pergi pun sehari sahaja. Pukul 12.25 tengahari, baru iron tudung. Lepas siap-siap tunggu ayah pukul 1 tengahari. Tak balik-balik pun, nak dekat pukul 2 petang baru nak balik. Aku ingat nak makan dulu, malasla. Pukul 2 petang bertolak, pergi makan tengahari kejap kat GHULAM RASOL. Aku makan mi goreng tu pun tak habis sebab banyak makan semalam
. Perut pun macam nak buat perangai lagi
. Sampai rumah Pak Itam dalam pukul 5 petang. Sampai-sampai terus gerak pergi Kuala Lumpur pula pergi IJN. Sampai sana dalam 6.30 petang, Pak Itam kata Mak Long dah ditukarkan wad biasa jadi boleh keluar masuk bila-bila masa sahaja. Masuk ramai pun tak apa, tak macam minggu lepas kena masuk dua-dua sampai aku pun tak dan nak jenguk. Hari ni baru aku dan jenguk Mak Long kat tingkat 3 Wad Dahlia tak silap aku. Aku tengok Mak Long dah makin sihat sedikit, yang ada temankan Mak Long masa tu Mak Uda, Pak Uda, Mak Su, Pak Su dan Abang Rim. Masa nak maghrib, datanglah pula 3 awek jenguk Mak Long. Salah seorang awek tu macam kenal
. Bila ayah sebut kawan Abang Shidi baru aku teringat kakak itula awek Abang Shidi. Patut lain macam sahaja, kurus skit. Akhirnya aku jumpa kakak tu masa dia datang kenduri kawin Kak Lin. Lawa jugalah kakak tu tapi aku pun tak tau nama dia apa Kak Ana rasanya. Tapi dengar cerita, Abang Shidi dengan kakak tu dah tak kapel lagi, ada kata kawan sahaja entahla aku pun tak tau mana satu. Masa mula-mula aku jumpa kakak tu, saudara mara aku kata dia belajar lagi. Tak taulah sekarang belajar lagi kot. Masa kakak tu dan kawan-kawan dia datang tak semena-mena Iwan bersalam pula dengan kakak-kakak tu
. Aduss aku tengok ayah dah malu. Pukul 7.30 malam baru balik Kuala Selangor. Dalam kereta ayah ada pesan kat Iwan, jangan salam dengan perempuan. Memang pun bukan mahram mana boleh salam, pula tu Iwan tu OKU mana tau apa. Sebelum balik rumah Pak Itam, ayah ajak makan kat kedai makan dulu. Aku ingat balik dulu baru pergi makan sebab perut aku rasa tak sedap sahaja dari petang tadi. Sebab kat rumah Pak Itam, Mak Itam dan anak-anak perempuan dia tak ada ikut balik kampung kat perlis. Jadi tinggal Pak Itam dan Ehsan sahajalah. Nak tak nak terpaksa makan, Pak Itam pula suka-suka pesan aku nasi goreng ayam. Aku tak minta pun. Macam biasalah kat rumah Pak Itam lepas mandi tengok tv, pukul 11 malam Pak Itam dah nak pergi kerja pula. Rupa-rupanya Pak Itam kerja polis pangkat SARJAN baru aku tahu. Itu pun aku tau sebab aku tengok kad jemputan kahwin dari siapa entah...
Ulasan