Roti Bun Dan Kek
Siapa sini suka makan roti bun atau kek?? Angkat kaki
hehehe. Pagi tadi kan dalam pukul 11.30 pagi, ayah aku balik dari mana entah. Ayah aku belikan roti bun 3 jenis, Roti Bun perisa Coklat Manis, Roti Bun perisa Anggur dan Roti Bun perisa Coklat. Sedap gila, aku memang suka dan ayah memang tau kegemaran aku. Ayah beli kat mana entah, rasa macam kat Billion. Tengok plastik bag roti CLASSIC BAKERY BOULANGERIE. Selain suka roti bun, aku juga suka sangat makan kek. Ermmmmmm yummmyyyyyyyy memang sedap
, tapi ada yang tak suka makan kek sebab krim dia macam mual kan kalau makan banyak. Aku tak kisah, suka. Dulu beli dengan yang macam-macam corak kek yang beli. Kadang-kadang balik kerja ayah belikan aku kek. Kalau bab perisa pula suka flavour coklat dan strawbery. Aku pun tak tau kenapa aku boleh jatuh cinta dengan kek dan roti bun. Mungkin sebab sedap di makan dan rekaannya yang cantik dan comel. Aku sekarang ni teringin nak belajar buat kek, bukan sahaja boleh makan untuk diri sendiri malah boleh jual dapat jugak untung kan? kan? kan?. Akhirnya buka bakery sendiri....

Ulasan