Tak Dapat Ikut Pergi IJN, Amy Pulak Mesej
Pukul 8 pagi, lepas ayah dan Iwan pergi beli sarapan ayah ajak aku keluar pula. Pergi restoran mamak, sarapan kat situ pula. Pukul 9 pagi, ayah, Iwan, Pak Itam, Mak Itam dan 2 anak dia pergi IJN tengok Mak Long lagi. Aku nak ikut tapi ayah tak bagi, aku belum tengok Mak Long sejak semalam. Nak naik kereta 1 punya pasal sanggup tak bagi aku ikut
. Kalau macam tu baik aku tak payah ikut pergi Selangor. Tapi bila fikir-fikir balik, baik tak payah pergi sebab perut aku macam nak buat hal lagi
. Jadi duduk sahajalah kat rumah dengan dua adik saudara aku, Insyirah dan Ehsan. Bosan aku baca Majalah Ujang, Remaja dan suratkhabar Metro Harian. Mujur aku bawa majalah dari rumah, ujang baru beli masa makan kat restoran mamak. Sebelum ayah berangkat, ayah bagi aku RM20. Belilah apa-apa kalau pergi jalan-jalan dengan Insyirah. Pukul 11 pagi, aku tengok henfon aku N3500 ada mesej, siapa lagi kalau bukan Amyla. Dia tanya aku.
"Dah tak nak kawan lagi dengan Amy ke?"
"Perlu ke orang jawap soalan tu?? Sendiri boleh fikirkan??"
"Esok janganlah bagi suami bye kawan dengan perempuan ye" sindir Amy. Wah! ayat makan dalam ni. Perli aku siot
"Boleh. Asalkan my hubby sedar diri status dia sebagai suami/tunang orang. Berkawan pun dengan perempuan yang dah berkawin/bertunang sahaja. Bukan dengan EX-GIRLFFRIEND yang masih SINGLE lagi."
"Macamana kalau bye tak tau dia berkawan dengan ex-girlfriend dia??" Eh! banyak tanya pula budak gemuk ni.
"Tu pasal cari orang yang betul-betul jujur dan ikhlas dengan kita. Bukan hanya hipokrit semata-mata. Ooo...jadi selama ni tunang amy tu tak taula amy berkawan dengan ex-girlfriend, macam tu??"
"Dia tau sahaja"
"Salah ke Amy nak kawan dengan bye?"
"Kalau Amy nak kawan dengan mana-mana perempuan lantak Amyla but not me ok. Tapi disebabkan keter'hegeh-hegeh'an amy cari bye, apa lagi bye nak buat?"
Bila dia dah kawin, maka keputusan aku tak siapa boleh ingkar atau bangkang. Terputuslah kawan antara aku dan dia. Ikutkan masa dia dah tunang lagi aku tak nak kawan, tapi itula. Dia sering mencari aku. Tengokla bila dia dah kawin mesti cari aku. Aku nak tanya pada kamu semua, (tak kira kamu lelaki ke perempuan) boleh ke terima berkawan dengan ex-boyfriend/ex-girlfriend kamu yang dah kahwin sedangkan kamu masih single lagi?? Kisah tak?? Lebih parah sayang kamu kat si dia tak penah hilang?? Atau kamu ada alasan-alasan tertentu?? Ermmmmmm
Ulasan