Lepak Cyber Cafe

Tengahari, Insyirah ajak aku jalan-jalan naik motor ayah dia. Kami pusing 1 taman sahaja, adik saudara aku ni tingkatan 1. Tak ada lesen dah pandai bawa motor, tapi dia bawa perlahan sahaja. Alahai sambil bawa motor dia telefon member pula, Adusss nasib baiklah bawa perlahan kalau tak dengan aku-aku sekali maut. Aku tengok amy pun tak balas mesej aku jadi aku mesej dia yang aku dah bagitahu Abby pasal dia kawin 20hb ni. Tak tahula dia datang ke tak? Tapi amy kata kenduri tu bukan belah dia, belah tunang dia. Ah! bukan belah kau pun, kau juga yang naik stage wedding. Wedding of the yearlah katakan. Lepas tu aku sakit kepala pula, mana taknya pusing tengahari buta. Kemudian Insyirah ajak pegi Cyber Cafe, wah! ada Cyber Cafe kat rumah Pak Itam rupanya. Bonus bagi aku, apa lagi terus ajak adik saudara aku tu pergi sambil-sambil boleh layan Yahoo Messenger ke Facebook ke Tagged ke. Aku pergi Cyber Cafe pakai duit yang ayah aku bagi. Cyber Cafe sana main sejam RM 2, 2 jam RM5 jadi aku ambil 2 jam. Bosan tak ada apa nak buat kat rumah baik lama sedikit kat Cyber Cafe. Aku duduk sebelah adik saydara aku, kemudian terus online Facebook ramai juga dah accept jadi friendlist aku. Aku minta email Insyarah nak add kat Facebook. Lepas layan facebook buka laman sosial aku yang lain pula. Insyirah layan Facebook sahaja sebab yang tu sahaja dia ada. Aku tengok ramai juga kawan-kawan dia layan kat Facebook, tak macam aku sorang dua sahaja kat chat room. Itu pun kalau ada orang nak chat dengan aku. Tengah syok nak open blog aku tiba-tiba computer dia 'shit down' (shut down) sendiri, aku dah tension...minta kak ka kedai tolong tengok kan. Akhirnya dia suruh pergi komputer kat sebelah lagi. Baru boleh on blog aku. Macam nila kalau kat Cyber Cafe macam-macam masalah, masalah komputerla, keyboard susah nak tekanlah, line slowla, tak ada WebCamla dan yang paling tak tahan ramai budak-budak sekolah rendah asyik main game. Macam tak ada kerja lain nak buat, balik belajar kan bagus. Ini pergi Cyber Cafe mak bapa tau ke tak ni?? Jadi aku pun buatlah hal aku, buat blog tu pun buat separuh sahaja. Balik rumah pukul 1 tengahari, terus tengok tv cerite Senario The Movie 2 kat Astro. Pukul 3 petang, ayah baru balik. Pukul 3.30 petang, bertolak balik Perak. Sebelum balik Perak ayah ajak makan kat Pizza Hut pula. Masa nak makan Pizza, Iwan pula buat perangai. Orang ajak makan ada sahaja perangai nak bagi orang marah. Masa dalam perjalanan balik Perak hujan pula (masih dalam kawasan Selangor). Sampai rumah pukul 7 malam...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)