Orang Otak Biol!!

Sebenarnya aku dah lama nak luahkn pasal mamat ni. Bukan nak luah rasa sayang ke suka ke tak, aku nak luahkan rasa benci dan sakit hati. Aku tak taula kenapa orang macam ni suka ganggu hidup aku, aku tak layan pun dia layan juga. Aku rasa tertekan kadang-kadang bile dia muncul. Macam ni ceritanya, aku kenal dia dalam Yahoo Messengger (YM) aku (ID yang ke-2). Mula-mula kenal tu aku dah rasa lain, sebab dia ni macam gatal sedikit. Aku pulak jenis tak suka lelaki-lelaki yang gatal ni. Jadi aku pun padam dia dalam senarai rakan YM aku, sejak dah padam dia sering mengganggu hidup aku (walaupun aku tak nak layan). Kata-kata dia kadang-kadang sungguh menyakitkan hati aku. Dulu aku selalu marah-marah gila kat dia, dia pula kutuk aku macam-macam. Hina aku macam-macam. Sekarang ni aku dah kurang sikit, malas nak layan buat tak tau. Tapi dia masih Personal Messege (PM) Aku juga walaupun aku tak balas. Asal aku buka ID aku yang second dia ada, asal buka dia ada lecehlah macam ni. Aku bosan dan sakit hati dengan dia. Lagi 1 yang peliknya, dahla kutuk-kutuk, hina aku tapi masih cari aku juga. Macam Jin afrit betul!! Muka dasar tak tau malu. Bahasakan pula ABANG SAYANG nak termuntah aku. Sebab tu aku tak suka dan benci dia. Kalau kamu sakit hati tak?? Melayu pula tu, dah tua perangai macam budak-budak. Dah macam-macam cari aku buat supaya dia tak ganggu hidup aku lagi, kalau kamu ada idea macam mana nak 'halau' dia dari hidup aku bagila pendapat sedikit. Aku betul-betul dah tak tahan sangat dengan mamat ni. Tension gila siot. Aku pun tak tau sampai bile dia nak ganggu aku. Kepada sesiapa yang berperangai begini, tolongla pergi pemeriksaan doktor takut ade urat dawai kat otak terputus. Dan aku rasa lelaki ni dah gila terlepas dari tanjung rambutan agaknya. Janganla susahkn orang lain, orang dah tak nak kawan dengan awk tak nak diganggu buat apa nak di layan. Bila dah jadi macam ni tau nak kutuk hina sahaja lepas tu kacau juga. Sudahlah tak minta maaf tau-tau kena kutuk. Macam mana orang tak nak kawan dengan awak lagi perangai pun macam ni. Belum ada ikatan sah, tak kenal, tak jumpa dah panggil SAYANG. Aku cakap ni hanya nak bagi pengajaran buat semua. Apa yang awk dapat kalau terus ganggu hidup orang?? nak kata dapat PAHALA tak taula pulak...


P/S : Semalam aku kenakan dia aku cakap bukan pemilik ID tu aku cakap kawan aku punya walhal memang aku. Aku sahaja nak pancing dia jadi buat-buat baikla, dia minta email dan lepas tu aku bagi email palsu bagi share picture pun palsu. Lepas tu, dia bagi gambar dia. Kepada sesiapa terjumpa mamat ni di mana-mana tolongla berhati-hati khususnya kaum wanita. Atau terserempak di Yahoo Messenger ke ID dia Nan_Radar@yahoo.com. Bukan apa takut dia ganggu orang lain pula selepas aku...so beware!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)