Abby Pinjam Duit

Petang tadi tergerak hati aku nak tengok henfon aku kejap, manalah tau ada mesej ke. Bila aku tengok sahaja henfon aku memang betul ada mesej dan mesej tu dari Abby, kawan baik aku. Dia nak pinjam duit aku lagi. Sebelum raya hari tu ada juga dia nak pinjam RM 200 kat aku tapi aku tak bagi sebab kebetulan aku pun nak pakai juga dan kebetulan juga masa tu dia dah berhenti kerja kat Kamdar, Manjung. Agaknya terdesak nak beli persiapan untuk raya tak ada kot. Kali ni dia nak pinjam RM 50. Ingat dia kawan baik aku jadi aku bagilah pinjam yang penting bayar balik. Ikutkan hati aku tak nak bagi pinjam sebab aku dah fobia nak bagi orang pinjam duit aku walaupun dia kawan baik aku sendiri. Ini semua gara-gara perempuan celaka yang pinjam duit aku sampai RM 250 tak bayar-bayar sampai sekarang! Dan aku tak pernah nak halalkan! Aku dah berjanji dengan diri aku nak jadi seorang yang kedekut nak beri pinjam. Berbalik cerita pasal Abby tadi, dia tunggu aku kat perhentian bas pukul 6 petang. Aku cakap dengan dia yang aku balik pukul 7 petang, mana taknya lepak dalam bengkel lagi. Pukul 7 petang, terus aku balik. Belum sampai rumah lagi, Abby dah telefon. Kebetulan aku dalam perjalanan nak balik terpaksa berhenti tepi jalan. Hai! tak menyabor-nyabor minah ni. Sampai rumah, aku ambil duit dan jumpa dia kat perhentian bas. Aku bajet buat muka seriuslah konon dah fikir nak bagi ingatan bila dah hutang tu jangan tak bayar. Alih-alih dah nampak muka dari jauh, aku jadi tak tahan berseringai. Aku tengok dia sekarang dah kurus gila, terkejut juga kalau-kalau dia ada masalah atau penyakit. Kata Abby, tak adalah. Risau juga aku dibuatnya. Dah memang 1 tabiat aku, kalau ada masalah atau apa-apa perubahan pada kawan atau kawan baik aku orang pertama susah hati. Bukan nak bangga diri, tapi serius aku memang ambil berat tentang kawan-kawan aku. Aku ada tanya juga sekarang kerja mana? Katanya kerja kat Hardware dalam perjalanan nak ke Lumut. Aih! jauh bukan main tempat kerja. Gaji pun ok katanya basic sahaja dah RM 1000 tak campur OT. Ni yang aku pelik gaji sampai seribu, takkan masih meminjam kat aku. Nampak sangatla dia jenis dapat gaji terus perabiskan semua tak menyimpan-nyimpan. Abby...Abby...Aku tanya juga kenapa berhenti kerja kat Kamdar tu? Kerja sikit punya lama alih-alih berhenti pula, dah 10 tahun kot kerja sana. Kata si Abbynya tak berbaloi dia kerja lama pun tapi gaji tak naik-naik juga masih RM 1200. Bagi aku kalau gaji dah sampai RM 1200 dah cukup rahmat dah. Kalau aku kumpul dah entah dah berapa puluh ribu entah dalam bank aku. Nak kata dah kahwin belum lagi, tapi cara belanja macam orang dah berkahwin. Aku gaji RM 900 pun kadang kena ikat perut juga. Suruh kerja dengan aku tak mahu kata gaji sedikit pula. Abby siap tanya aku lagi dah ada teman lelaki ke? Aku cakaplah tak ada single lagi. Dia pun single, 4 kali putus. kalau ada pun tak 'comfirm' lagi. Lagi 1 aku perasan, bila Abby bercakap mesti macam nak cover mulut dia tutup-tutup bagai. Rupa-rupanya baru aku perasan gigi atas dan bawah dia rongak. Mungkin 3 batang gigi cabut kot. Kenapalah hang tak tak pakai gigi palsu sahaja Abby oii. Apa nak dimalukan. Tapi aku tak cakaplah terang-terang kenapa jadi macam tu, hanya diam sahajalah. Nanti aku takut dia terasa hati, malu dan rasa rendah diri. Baik aku buat tak tahu sahaja. Aku pun faham, kalau aku ditempat dia pun sama juga, rasa rendah diri tu terlebih-lebih. Lepas puas berbual-bual dengan Abby, terus balik dia pun macam nak balik cepat. Sempat aku pesan supaya bayar balik duit aku. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)