Pabila Keseorangan Di Bengkel

Seronoknya dah kena kerja semula dan lagi seronok tak ada siapa di bengkel. Pelatih cuti, Encik Zainal pun ambil cuti. Tinggal aku terkontang-kanting kebebasan. Hari ni, mak cik yang selalu aku beli mi goreng dan kuih tutup lagi pula. Lama noo cutinya, makcik? Mujur ada makanan berbaki yang aku beli semalam, cukup untuk alas perut. Singgah kedai mamak kejap beli milo panas. Lepas tu, sampai bengkel aku terus sarap dulu baru baca novel lagi 1 yang aku pinjam "Hanya Sedetik Lagi". Novel "Dia..Isteri Luar Biasa", pukul 5 pagi  baru sadaqallahulazim. Tengah layan novel tu jam pelanggan datang beli baju bundle. Lepas tu, pukul 10 pagi tiba-tiba Encik Munisamy datang pula. Mengelupur aku simpan novel, mampus aku kalau dia nampak. Entah apa yang dia nak aku pun tak tau. Rupa-rupanya nak bagi roadtax dan geran Van. Encik Munisamy ada bagitahu yang dia ada Whatsapp kat aku, semalam punya cerita aku tak buka langsung Whatsapp. Dia ni rajin betul post gambar ucapan dari Whatsapp kat aku. Lepas tu sebelum dia balik, dia nak bersalam dengan aku dan tepuk-tepuk bahu aku. Dah kenapa pula orang tua ni, tak penah dapat 'penghargaan' macam tu tiba-tiba sahaja? Tapi bagus juga, alhamdulillah antara aku dan En Munisamy dah ok. Dia pun dah mula layan aku dengan baik. Kalau tak, dulu nampak aku sahaja muka cemberut, tak suka, macam menyampah. Lepas dia blah, aku sibuk nak menguruskan duit tabung sebab minggu depan nak 'bank-in' dan aku ternampaklah pen Encik Munisamy tertinggal. Pukul 12.30 tengahari, Encik Munisamy telefon katanya pen dia tertinggal. Dia datang dalam pukul 2 petang dan suruh aku pergi keluar rehat. Aku apa lagi dia dah bagi 'lampu hijau' aku pun keluarlah. Ikutkan malas nak keluar, lagipun aku kenyang lagi. Tapi bila fikir aku rasa bosan pun ada, dahlah tak apa nak buat kat bengkel ni. Aku pergi Secret Recepi makan kek kegemaran aku. Lepas makan kek, lepak Econsave pula konon nak cari majalah Gila-Gila ke Apo? ke tak ada pula. Pergi kedai jual dvd, tengok kot ada cerita best ke. Rasa bosan terus balik bengkel balik. Pukul 2 petang, Encik Munisamy datang lagi semata-mata nak ambil pen dia. Pukul 4 petang, aku dah tutup bengkel tapi aku nak lepak dalam bengkel. Entah macam tergerak hati nak geledah belakang kot ada lagi tak baju-baju bundle. Lepas tu, aku uruskan bahagian bundle pula. Masa dah nak baliklah, baru sibuk nak buat kerja. Selesai semua, aku sambung buat blog yang sejak pukul 2 tengahari aku dah buka. Tak sampai pukul 5 petang, mata aku rasa mengantuk gila  tak tahan dibuatnya terus balik tak jadi nak tunggu sampai pukul 7. Mana taknya malam semalam tak boleh tidur.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)