Salam Aidiladha 2015
Pukul 8 pagi, aku dah terjaga tapi mata masih rasa berat nak buka akhirnya pukul 9 pagi baru bangun. Lepas mandi, aku malas nak pakai baju pakai robe sahaja sambil membaca novel "Dia...Isteri Luar Biasa". Memang luar biasa, sampai mata aku pun nak tertutup. Mengantuk tak hilang lagi. Aku malas nak sertai makan dengan si Bingai sekeluarga tu. Maaf, bukan malas tapi TAK SUKA! Asal raya haji sahaja, balik sini. Apa pasal kat Ipoh tu tak sambut raya aidiladha ke? atau lembu kat sana dah pupus? Aku nak makan ketupat palas pun tak jadi nak makan. Harap cepatlah berambus! Sudahnya, aku tertidur dengan novel terbuka atas muka (dah jadi tabiat aku kadang-kadang bila baca novel, majalah dan seangkatannya). Sedar-sedar dah pukul 3 petang. Haih! lama betul aku tertidur. Aku ingatkan dah pukul 6 petang. Bangun dari tidur aku capai notebook kesayangan aku. Terigat perut yang tak terisi dari pagi tadi terus keluar kejap pergi kedai 24 jam Top 2. Tak pernah dibuat orang masa raya makan hidangan roti dan keropok. Orang lain sedap-sedap tangkap kecur liur makan ketupat, lemang, rendang bagai. Apalah nasib aku, ni malam nanti tinggal 'sisa' sahajalah untuk aku. Tak apalah dah biasa. Oklah di sini ada pantun untuk Hari Raya Aidiladha:-
Beli tepung gandum di kedai Isabella,
Buat kuih bengkang di rumah cik Leha,
Patut la lembu ngan kerbau cuak gila,
Rupanya hari ini dah Raya Aidil Adha!
Pergi ke masjid bersama bapa,
Diajak bersama rakan dan taulan,
Selamat hari raya Aidil Adha,
Salah dan silap harap dimaafkan
Berhati-hati dijalan raya,
Biar lambat asalkan selamat,
Selamat Hari Raya Aidil Adha,
Kepada semua Muslimin & Muslimat
Muzik berkumandang rentak a go go,
Nona manis berbaju kebayo,
Korban harta mahupun tenago,
Taknak korban dah jangan beghayo!
Cari pengat sampai ke Sarawak,
Pengat dicari di kawasan pokan,
Den bizi masak ekau jangan nak melawak,
Kang kobau tak tumbang ekau den korbankan!
Mata kadang salah melihat.
Mulut kadang salah berucap.
Hati kadang salah menduga.
Maafkan segala kekhilafan.
Mohon maaf zahir dan bathin.
Selamat hari raya Sukaria di Hari Raya,
Orang Tua Jangan dilupa,
Jasa mereka sangat berharga,
Kalaulah tiada mereka siapalah kita…
Andai jemari tak sempat berjabat.
Jika raga tak bisa bersua.
Bila Ada kata membekas luka.
Semoga pintu maaf masih terbuka.
Apabila terjaga di pagi hari,
Lihat semua berlawa sakan,
Aidil adha berkunjung lagi,
Marilah sama kita raikan,
Janganlah dikau terus berangan,
Marilah kita bersembahyang raya,
Ketupat rendang menjadi hidangan,
Jamuan untuk tetamu yang mulia.
Kenapa pula bersembahyang raya,
Aku langsung tak tahu apa,
Kanak-kanak bergembira,
Yang tua bertemu mesra.
Kenapalah engkau bernasib malang,
Hari nie hari rayalah rahim..!!!,
2 3 ekor lembu tumbang,
Bagi mengikut sunnah ibrahim.
Itulah sebab tak ambik perkembangan
Sampai tak perasan bila hari raya,
Semuanya tersenyum keriangan,
Ada yang memberi ada yang menerima.
Jangan engkau termenung sahaja,
Cepatlah siap untuk beraya,
Ingin saya ucapkan buat semua,
Selamat hari raya aidil adha.

Ulasan