Aduan Dari Keluarga Anak Murid
Ayah datang ambil Shah pukul 3.30 petang, sebab pagi tadi aku yg suruh ambil dia awal. Dan aku kata yang aku ada hal. Bukanlah hal penting tapi nak tengok wayang sahaja pun. Maklumlah mula pukul 4 petang. Aku ingat ayah ambil Shah lepas tu terus balik tapi melepak kat bengkel pula. Aku pun sementara tu menyembang sekejap dengan ayah. Alang-alang bagitahu program untuk bulan 10. Aku tanya ayah pasal surat dan kupon aku bagi kat Shah. Kata ayah, Shah tak bagi pun. Ah! sudah risau juga, risau bukan nanti tak pasal-pasal kena ganti pula duit kupon kalau hilang
. Mengelabah aku mencari dalam beg Shah, bila aku tanya dia semuanya tak tahu. Elok sibuk mencari kupon dalam beg si adik Solehah, Shikin pula datang. Dia tanya aku, "Kenapa lengan An lebam?" Sudah! bala apa pula lagi ni??
Aku cakaplah tak tau. Bila an tunjuk lengan dia memang ada bekas sedikit lebam kat tangan dia. Kata si Shikin, An kata aku cubit. Aku tak mengaku, walhal memang ada aku cubit dia pun. Biasalah faham-faham sahajalah kalau dah buat salah, siapa yang nak mengaku. Aku tahu, aku tergolong dari kalangan tu. Dan aku ni mudah mengelabah. Aku kata mungkin kawan-kawan dia yang buat, entah kawan ada kacau dia ke? Ayat memang nak menipu sahaja aku ni. Tapi yang si An ni tak tau nak cover line cikgu sendiri, lurus bendullah juga kata memang aku buat. Ayah pula dah mula masuk campur, ini lagi masalah kalau orang tua ni ada mesti kena membebel dan marah punya. Lepas tu kata si Shikin lagi, Solehah tak pernah cakap bohong. Dengan aku apa pasal ada sahaja tipunya? Aku cakaplah yang aku tak ada pukul ke cubit budak cuma marah tu sahaja. Dan katanya lagi, dia harap apa yang aku cakap ni betullah. Dia tak mahu nanti susah di kemudian hari. Lepas tu, aku cepat-cepat ubah topik. Yang ayah pula, macam salahkan aku seolah-olah aku ni kejam sangat dengan budak. Sedih! bapa sendiri pun tak nak 'menang'kan anak sendiri. Dari aku kecil sampailah besar, kalau anak orang punya salah tetap salahkan aku walaupun aku tak bersalah. Sanggup berbuat baik, puji melangit anak orang dari anak sendiri sama ibu aku juga
. Bila dah jadi macam ni, macam biasalah aku jadi tertekan, tension. Mujur hari ni cadang nak pergi tengok wayang. Lepas Encik Zainal balik, ayah tanya aku lagi pasal kes Zul Jalal Wali Kram pula yang kes terjatuh sampai jatah jari kaki. Aku hairan macam mana ayah boleh tahu ni??
. Ini mesti ayah ada bagitahu kat Encik Zainal pasal Solehah tadi, itu yang orang tua tu buka cerita Am pula. Ayah ni betul-betul tak reti nak cover anak sendirilah. Pukul 3.55 petang, terus aku pergi Aeon Manjung. Dan tak sangka masa nak pergi beli tiket orang ramai beratur pula. Sah! cerita dah mula aku baru nak tengok. Ingat nak ambil pukul 6.15 petang, tapi bila fikir-fikir mesti habis pukul 8 malam ni. Lagipun nak tunggu lambatdari tak tau nak buat apa baik tengok sekarang. Oh ya! aku bercadang nak tengok cerita animasi 'Hotel Transylvania 2'. Best betul cerita tu, kelakar
. Pukul 6.30 petang baru habis cerita. Aku betul-betul rasa malas sangat nak balik. Terasa berat kaki aku, tension masih ada sikit lagi. Aku pergi makan dulu kat KFC. Aku memang bercadang juga nak makan KFC yang terbaru
. Lepas makan, aku pergi jalan-jalan dalam pasaraya Aeon. Lama dah aku tak masuk dalam tu. Ada 1 kedai pizza aku tanya klu 1 pan berapa harga? Lepas tu, baru pergi jalan-jalan. Habis 1 Aeon aku tawaf bilanya tidak pun. Entah macam mana sebelum balik tu aku ingat nak beli komik kejap singgahlah POPULAR. Beli komik Lawak Kampus Jilid 22. Kopaklah duit aku, tak sabar nak cucuk duit esok. Lepas tu, terasa masih belum nak balik lagi alang-alang aku beli plastik bungkusan untuk persediaan hari sabtu ni ada jualan amal makanan. Siap beli barulah terus balik.
Ulasan