Berat Sebelah

Sebelum pelatih bengkel balik, En. Zainal beritahu aku yang dia nak bagi surat amaran kat Shah. Aku tanyalah kenapa? Dia buat salah apa? En Zainal kata, Shah tak mendengar arahan, melawan dan selalu duduk bawah kat depan. Mula-mula tu dia ada tanya juga "tadi Shah duduk mana?" Aku cakaplah "Duduk bawah kat depan.". En Zainal kata, dia dah tak larat dengan Shah lagi. Suka turun bawah, entah apa yang ada bawah. Katanya lagi, nanti orang luar tengok dah macam pengemis minta sedekah pula. Bila dia cakap macam tu aku terdiam, dalam hati membara menahan marah. Suka hati cakap adik aku macam tu! Aku pun cakaplah "Lebih baik hal ni cik sendiri cakap dengan ayah saya.". En Zainal kata dia suruh ayah aku jumpa dia esok. Lepas tu aku dengan tak puas hati bangkitkan pula hal Gary, "Habis yang Gary turun tiap-tiap hari mengamuk tu macam mana pula? Kami nak buat kerja pun rasa terganggu" . Kata En Zainal, "Halau sahaja dia naik atas.". Amboi! Cakap senangla, yang kena maki hamun carut bagai akulah kena dengan budak tu!! En Zainal suruh bagitahu sahaja kat dia, nanti dia sendiri akan bagitahu bapa si Gary tu. Dia ada kata dia sendiri nak cakap pun susah sebenarnya sebab aku sebagai kakak Shah dan ayah pula Bendahari BPSMS. Katanya lagi, budak-budak lain semua boleh ikut tapi Shah seorang tak boleh ikut arahan. Aku dengar pun boleh berdarah telinga dibuatnya.

Untuk En Zainal a.k.a Mr Laziest....

"Kalau diikutkan salah kaulah! Kenapa kau tak gunakan cara alternatif kunci pintu bagi mereka tak keluar? Aku dah cakap pasal ni, kau tak jawap pun soalan aku. Nampak sangat kau tu bebal!! Bila dah jadi macam ni salahkan budak, diri sendiri tak nak salahkan!! Shah tu memang dari dulu macam tu, nak buat macam mana. Lagipun lori kat kedai 5 sen tu banyak, dia tu jenis suka tengok lori treller. Takkan kau tak boleh nak faham perangai anak murid kau!! Aku ingat lagi apa kau cakap dulu, Shah dengan beberapa orang budak lain tak boleh nak buat apa lagi dah. Sekarang kau nak merungut pula!! Sedap mulut kau kata adik aku tu macam pengemis. Woi!! pak cik tua!! dia dah sah-sah OKU sesetengah orang luar mesti faham. Kau nak hina anak orang agak-agaklah!! Ooo...si Gary yang belasah Shah tu tak ada pula kau nak cakap dia macam samseng ek?? Apa pasal? Takut bapa dia dah tak nak tolong bengkel??! Habis kau tak fikir bapa aku selaku Bendahari bengkel yang ada jasanya dengan bengkel juga? Dah terang-terang kau ni berat sebelah!! Kau nak samakan si Am dengan Shah pula?? Come on lah! Kau tak payah nak banding-bandingkan adik aku dengan anak orang lain yang kecacatan dia sendiri pun kau tak tahu 100%!! Kau sebenarnya tak pandai nak 'tackle' budak macam ni! Kau tak tak payah cakap semua budak dengar arahan, tak semua budak dengar arahan juga ok! Tak apalah kalau cara ini yang kau tunjukkan kasihan kau kat budak, tak apa Allah tu Maha Adil. Orang teraniaya sentiasa dilindungi Allah lebih-lebih lagi orang OKU! Tak guna buat amal ke jalan Allah tapi macam ini perangai kau, tunggulah bayaran tunai dari Allah!!"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)